2 Cara Merawat Rambut Kering Dan Kembang Dengan Bahan Di Rumah
Siapa yang ada rambut kering dan kembang?Okey, kita geng. K.fiezz dalam kategori ada masalah rambut kering dan kembang ni. Pakai minyak?Hmm...bukan tak suka, kadang-kadang k.fiezz pakai juga cuma tak boleh selalu sebab k.fiezz sakit kepala kalau pakai minyak rambut, serum atau apa-apa yang berkait untuk mengatasi rambut kering dan kembang k.fiezz ni.
Banyak dah k.fiezz tukar syampu & conditioner yang bersesuaian dengan masalah rambut k.fiezz ni. Tapi sama hasil dia. Tak ada perubahan pun. Walaupun hasilnya tak berapa nak menjadi, takkan tak nak bersyampu pula weii. Kang berbau pula rambut sis. Jadi k.fiezz juga. Cuma part rambut kering dan kembang k.fiezz ni, kadang lantakkan pakai juga minyak, serum atau apa-apa vitamin rambut yang boleh merawat masalah rambut kering dan kembang.
Petua Guna Bahan Di Rumah Tadi k.fiezz ada terbaca perkongsian dari blog oversea cara merawat rambut kering dan kembang guna bahan-bahan di rumah saja. Wah menarik ni. Orang luar negara pun guna bahan-bahan di rumah sebagai salah satu cara perawatan rambut kering dan kembang. Dari pembacaan k.fiezz, bahan-bahan yang dikongsikan itu senang dan mudah, jadi boleh rasanya nak cuba.
Jom check it out cara merawat rambut kering dan kembang yang k.fiezz dapat dari Google ni
Cara yang pertama :
Bahan-Bahan :
1 Biji Telur3 Sudu Teh Minyak Almond
Cara - Campurkan kedua-dua bahan, kacau sebati sampai adunan jadi tekstur yang lembut. Protein dari telur boleh mengatasi masalah rambut kering.Selepas kedua-dua adunan dah sebati, sapukan adunan di rambut sikit demi sikit sampai kesemua adunan rata di sapu atas rambut dan juga kulit kepala.Lepas itu, urut sekejap rambut dalam 2 minit untuk menggalakan peredaran darah dan membantu rambut tumbuh dengan lebih cepat.Kemudian baru balut keseluruhan rambut dengan shower cap dan biarkan selama 45 minit. Selepas selesai 45 minit, bilas rambut dengan syampu dan conditioner seperti biasa. Cara yang kedua :
Bahan-Bahan :
3 Sudu Minyak Kelapa1 Sudu Minyak Vitamin E
Cara : Campurkan dua-dua minyak ini kemudian sapukan pada kulit kepala dan rambut. Biarkan selama 45 minit dan bilas seperti biasaPenggunaan minyak kelapa dan minyak vitamin E ini sekali atau dua kali seminggu boleh mengatasi masalah rambut kering dan rambut lebih bersinar dari sebelumnya. Yang Mana Satu Nak Cuba?Antara dua-dua cara atas ni untuk mengatasi masalah rambut kering, k.fiezz tertarik nak cuba cara yang pertama. K.fiezz siap cari minyak almond di shopee, gais. haha. Macam senang nak dapat berbanding minyak vitamin E. Harga minyak almond pun dalam kategori berpatutan dan mampu dibeli. hehe. Minyak vitamin E tu ada tapi mahal sikit. So kita cuba cara yang mampu lah kalau gitu. Nanti k.fiezz kongsi macamana hasil dia. Menjadi ke tidak? Tapi bukan lah sekali cuba, k.fiezz terus share hasil dia. Tunggu k.fiezz cuba beberapa kali, nanti baru k.fiezz kongsikan hasil dia. Stay tune!!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2020/10/2-Cara-Merawat-Rambut-Kering-Dan-Kembang-Dengan-Bahan-Di-Rumah.html