Nak Menang Oscar Boleh Tapi Jangan Perkecilkan Anugerah Tempatan




PETALING JAYA – Pelakon, penyanyi dan komposer, Naim Daniel berasakan tidak salah untuk selebriti tempatan memasang angan untuk memenangi Anugerah Academy atau Oscar tetapi jangan sisihkan anugerah tempatan.
Menurut Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, menjadi satu kerugian jika artis tempatan sendiri menyisihkan anugerah yang dianjurkan dalam negara.
“Saya rasa tidak elok jika kita nak memperkecilkan anugerah tempatan sama juga seperti kita memperkecilkan impian orang untuk meraih Oscar.
“Tidak kisahlah anugerah apa sekalipun yang dianjurkan di Malaysia, jika anda dapat maknanya orang mengiktiraf bakat anda serta kerja anda. Selepas itu baru anda boleh memasang impian yang lebih tinggi.
“Jadi saya rasa tidak adil jika mahu memperkecilkan anugerah tempatan dan membandingkan dengan anugerah di luar negara,” katanya sewaktu ditemui pada sidang media pelancaran single baharu kumpulan Muah, di sini, kelmarin.
Dalam masa yang sama, kata pelantun lagu Sumpah itu, setiap individu yang berimpian untuk meraih sesuatu penghargaan atau anugerah haruslah disertakan dengan usaha keras.
“Tidak kisah tua atau muda. Baru atau lama. Siapa yang berusaha keras dan berbakat pasti akan meraih kejayaan.
“Lihat sahaja Puteri Balqis yang meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik Asia di Anugerah Televisyen Asia sewaktu masih kanak-kanak.
“Saya sendiri teringin nak menang Oscar kalau lakonan saya betul-betul hebat satu hari nanti,” jelasnya.
Langkah Naim untuk meraih anugerah besar seperti Oscar dimulakan dengan kejayaannya meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Malaysia) pada Asian Academy Creative Awards menerusi drama I.D.
Kongsi Naim, dia sendiri sebenarnya tidak menyangka akan meraih anugerah tersebut.
“Saya pun pada mulanya tak tahu saya menang sehinggalah diberitahu oleh peminat. Pengumuman tentang kemenangan itu dibuat menerusi hantaran dalam Instagram.
“Kemenangan ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk berkarya.
“Saya percaya kemenangan ini adalah hasil sokongan rakan-rakan, pihak media dan sebagainya. Sokongan kalianlah yang membuatkan saya nampak hebat,” ujarnya.
Majlis penyerahan trofi anugerah tersebut akan diadakan pada bulan Disember depan di Singapura. – KOSMO! ONLINE




Source link
The post ‘Nak menang Oscar boleh, tapi jangan perkecilkan anugerah tempatan’ appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/nak-menang-oscar-boleh-tapi-jangan-perkecilkan-anugerah-tempatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Boleh Jadi Dominan Tapi Perangai Sombong Macam Kp Umno Tidak Harus Ada Dalam Umno

Umno Boleh Jadi Dominan Tapi Perangai Sombong Macam Kp Umno Tidak Harus Ada Dalam Umno

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 313 hits
UMNO DOMINAN PASTIKAN IA MENJADI KENYATAAN11 October 2024 Apa itu UMNO dominan Walaupun tempoh diadakan PRU16 ada kira kira tiga tahun lagi tetapi suara suara yang mahu UMNO menjadi dominan semakin kerap kedengaran Presiden UMNO Ahmad Zahid...
Sukun Lembik Jangan Dibuang Boleh Buat Cekodok Sedap Ni

Sukun Lembik Jangan Dibuang Boleh Buat Cekodok Sedap Ni

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 356 hits
Jom cuba Cekodok Sukun Buah Sukun biasanya digoreng tapi jika ada buah terlebih masak boleh diolah menjadi Cekodok Sukun yang sangat sedap ni Barulah tidak membazir dan terbuang begitu sahaja Caranya sangat mudah dan tidak menggunakan banya...
Anak Baru Nak Belajar Jangan Terus Judge Beri Ruang Buat Silap Belajar Jadi Lebih Baik

Anak Baru Nak Belajar Jangan Terus Judge Beri Ruang Buat Silap Belajar Jadi Lebih Baik

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 276 hits
Anak kita bukan sempurna Lagi lagi kalau baru hendak belajar melakukan sesuatu Sebagai mak ayah tak perlulah kita asyik mahukan kesempurnaan ada sahaja yang tak kena dengan anak kita Menurut Penulis Keibubapaan berilah anak kita ruang untuk...
Benda Boleh Bincang Buat Apa Nak Gadoh Gadoh

Benda Boleh Bincang Buat Apa Nak Gadoh Gadoh

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 262 hits
GPS BERI AMARAN KEPADA PKR SARAWAK 9 October 2024 Seorang pemimpin kanan Gabungan Parti Sarawak telah memberi amaran kepada PKR Sarawak agar tidak menganggu keharmonian atas nama demokrasi selepas mengumumkan rancangan untuk bertanding pada...
Ww Ranggup Sedap Tapi Takut Nak Makan Banyak2

Ww Ranggup Sedap Tapi Takut Nak Makan Banyak2

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 310 hits
Beli dari Penjual yang datang ke meja makan malam tadi sebab kesian Kurma mengandungi vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi potasium dan magnesium yang boleh membantu meningkatkan kesihatan reproduktif nbsp Walaupun tidak ada bu...
Rasmi Bn Menang Tapi Pas Pn X Kalah Pmx Lihat Ini

Rasmi Bn Menang Tapi Pas Pn X Kalah Pmx Lihat Ini

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 429 hits
1 Menang majoriti lebih 20 000 BN kekalkan kerusi DUN MahkotaKLUANG Calon Barisan Nasional Syed Hussien Syed Abdullah menewaskan calon Perikatan Nasional Mohamad Haizan Jaafar dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Mahkota Syed Huss...
Dr M Slams Us Malaysia Trade Deal Accuses Govt Of Selling Out Sovereignty

Analysts Warn Harapan S Seat Push May Strain Sabah Unity Bloc

Bounty For Indira S Ex Hubby Suspected Of Under Extremist Religious Groups Protection Raised To Rm50k

Ustaz Mad Lepas Rindu Bertemu Semula Dengan Tuan Zainal Strim

Kalau Ikut Pembangkang Yang Bodo Kat Malaysia Ni Memang Habis La Nak Oerintah Negara Ni

41 Malaysians Lack Consistent Savings According To Sun Life Malaysia S 2025 Financial Resilience Index

1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

Senarai Tokoh Muslim Berpengaruh Di Dunia 2026


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Solat Sunat Dhuha Keajaiban Rezekinya

Karpet Di Kilang Kena Gigit

Potensi Ree Dan Kebimbangan Palsu Kelantan

Malaysia To Begin Screening Airline Passengers Before Arrival Starting Tomorrow Says Home Minister

Asian Nations Need More Football Competitions To Improve Quality And Standard Of The Game

Habuk Sawang Bersarang Bawah Mesin Basuh Ini Cara Mudah Nak Bersihkan