6110 Ngo Gesa Pihak Berkuasa Siasat Aplikasi Isharefans Kosmo 27 11 2020


 

KUALA LUMPUR – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gagasan Baru Harapan Malaysia membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa melakukan siasatan segera terhadap penularan satu promosi skim dikenali sebagai iShareFans yang didakwa telah menipu ramai pihak.
Presidennya, Mohd. Zulfitri Mohd. Basir berkata, laporan itu dibuat kerana skim yang menggunakan sistem permainan wang (money game) itu didapati telah menggunakan sistem pengoperasian yang meragukan.
“Kami telah mengesan satu ciapan yang dimuatnaik di Facebook rasmi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bertajuk “Tipu scam boleh buat duit? Money Game System Ponzi” di mana dalam hantaran tersebut meletakkan gambar yang dipercayai merupakan sebuah sistem dikenali sebagai iShareFans.
“Selepas diselidik, didapati skim ini menggunakan sistem yang meragukan sehubungan itu pihak kami tampil membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa segera siasat skim tersebut yang kini telah menjadi tular di laman sosial bagi mengelakkan ia digunakan sebagai platform penipuan,” katanya.
Mohd. Zulfitri berkata demikian ketika tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.
Katanya, pihaknya juga bimbang lebih ramai akan terpedaya dengan skim tersebut susulan pengumuman kerajaan dalam Belanjawan 2021 mengenai pelbagai bantuan tunai terutama bagi golongan M40 dan B40.
“Kami bimbang pihak-pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan menjalankan penipuan terhadap rakyat yang kian terhimpit akibat dari penularan Covid-19 ini, kerana jika dilihat di laman sosial, sasaran ahli mereka ialah daripada golongan berpendapatan rendah.
“Selain itu, turut menjadi kerisauan ialah pihak tersebut menyalahgunakan maklumat peribadi seperti butiran akaun dan maklumat diri kepada pihak tidak bertanggungjawab kerana rata-rata ahli skim ini dikehendaki untuk memberikan nama dan nombor akaun bank mereka,” jelasnya.
Sejak semalam, skim iShareFans menjadi tular di laman Facebook selepas terdapat beberapa pihak memuatnaik kenyataan bahawa mereka ditipu apabila pihak pengendali skim itu tidak dapat dihubungi dan wang yang diperoleh melalui skim itu turut tidak dapat dikeluarkan.
Difahamkan skim tersebut menawarkan pulangan berbentuk wang yang banyak dengan mudah di mana ahlinya akan diberi tugas untuk memberi tanda suka dan kongsi beberapa akaun laman sosial bagi mendapatkan ganjaran.
Setiap ahli juga perlu melaburkan wang ringgit mengikut pakej-pakej yang disediakan bagi mendapatkan semula pulangan modal yang dikeluarkan.
Artikel oleh: Kosmo
NGO GESA PIHAK BERKUASA SIASAT APLIKASI ISHAREFANS
https://www.kosmo.com.my/2020/11/27/ngo-gesa-pihak-berkuasa-siasat-aplikasi-isharefans/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/11/6110-ngo-gesa-pihak-berkuasa-siasat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siasat Pengurusan Zoo Negara Gesa Kesatuan Sekerja

Siasat Pengurusan Zoo Negara Gesa Kesatuan Sekerja

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 280 hits
A Sivananthan berkata Zoo Negara belum mematuhi keputusan Mahkamah Perusahaan pada 2019 untuk memberi kenaikan tahunan 5 dan bonus minimum 2 bulan kepada pekerjanya PETALING JAYA Dua kesatuan sekerja menggesa siasatan ke atas Zoo Negara ata...
6096 Ppim Gesa Tubuh Jawatankuasa Khas Bantu Pengusaha Bas Malaysia Kini 25 11 2020

6096 Ppim Gesa Tubuh Jawatankuasa Khas Bantu Pengusaha Bas Malaysia Kini 25 11 2020

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 388 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi membantu memulihkan industri perkhidmatan bas dan pelancongan yang terjejas akibat Covid 19 Ketua aktivis PPIM Nadzim Johan berpendapat jawatankuasa itu h...
Ulasan Ipad Air 2020 Berkuasa Tanpa Tandingan

Ulasan Ipad Air 2020 Berkuasa Tanpa Tandingan

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 249 hits
Sehingga hari ini jika ada yang bertanya kepada kami apakah tablet terbaik untuk dimiliki kami akan cadangkan iPad Tidak kira iPad yang asas iPad Air atau iPad Pro iPad adalah raja segala tablet Tiada tablet Android yang mampu bersaing deng...
Polis Mula Siasat Skim Pelaburan Like Share Isharefans Susulan Terima 4 Laporan Mangsa Babit Kerugian Rm26 000

Polis Mula Siasat Skim Pelaburan Like Share Isharefans Susulan Terima 4 Laporan Mangsa Babit Kerugian Rm26 000

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 406 hits
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan pihaknya baru baru ini menerima dua laporan mengenai skim pelaburan Like dan Share yang membabitkan kerugian sebanyak RM20 000 Menurut beliau dua laporan itu dibuat oleh seor...
10 Aplikasi Video Editor Terbaik Untuk Android 2020

10 Aplikasi Video Editor Terbaik Untuk Android 2020

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 271 hits
Pentingnya media sosial di zaman kita sekarang dan ditambah dengan kemajuan teknologi yang semakin hari semakin canggih alat untuk kegiatan teknis seperti musik dan pembuatan video membuatnya lebih mudah diakses oleh siapa saja dengan smart...
6111 Pekerja Syarikat Penerbangan Dipelawa Raih Pendapatan Kosmo 27 11 2020

6111 Pekerja Syarikat Penerbangan Dipelawa Raih Pendapatan Kosmo 27 11 2020

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 323 hits
CYBERJAYA Malakat Mall dan pembekal makanan syarikat terkenal penerbangan Brahim s SATS Food Services Sdn Bhd menawarkan peluang pekerjaan kepada kakitangan syarikat penerbangan yang kehilangan punca pendapatan akibat terkesan Covid 19 Prog...
6112 Ppim Yakin Larangan Penjualan Arak Akan Diperluas Ke Semua Negeri Kosmo 27 11 2020

6112 Ppim Yakin Larangan Penjualan Arak Akan Diperluas Ke Semua Negeri Kosmo 27 11 2020

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 377 hits
CYBERJAYA Persatuan Pengguna Islam Malaysia yakin larangan penjualan minuman keras di kedai runcit dan serbaneka akan diperluasakan di seluruh negara Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata tiada sebab unt...
Annuar Gesa Semua Pihak Tunggu Keputusan Parti Sebelum Buat Sebarang Persepsi Sendiri

Annuar Gesa Semua Pihak Tunggu Keputusan Parti Sebelum Buat Sebarang Persepsi Sendiri

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 278 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Annuar Musa meminta semua parti dalam Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional menunggu mesyuarat pelbagai peringkat parti diadakan sebelum membuat sebarang persepsi berhubung pergolakan politik di Perak Beliau yang mer...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Tinggal Whatsapp

Jangan Risau Kalau Terlambat Bertemu Jodoh Mungkin Jodohmu Masih Belum Lahir

Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat