6047 Sppz Melancarkan Platform E Dagang Yang Dikuasakan Oleh Fusionex Bernama 30 10 2020


 


PETALING JAYA, Malaysia, 30 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pemimpin pasaran teknologi AI dan Data Besar yang telah memenangi pelbagai anugerah, Fusionex menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan SPPZ (Pertubuhan Komuniti Sokong Peniaga Pembayar Zakat), satu inisiatif di bawah PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia), untuk membangun dan menyokong platform tempat pasaran e-dagang mereka. Pengenalan bagi platform ini akan membantu banyak perniagaan yang mematuhi Halal untuk memasuki ruang dalam talian dan merangkumi ekonomi digital.
 Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20201029006401/en/ 
MoU tersebut telah ditandatangani oleh Pengerusi SPPZ Dato' Nadzim Johan dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Fusionex Saiful Hayaz Abu Bakar. Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh pasukan pengurusan SPPZ dan Pengarah Urusan Fusionex untuk Perusahaan & Sektor Awam Chua Yu Ye.
 
Di tengah-tengah detik yang tidak menentu dan mencabar yang dicetuskan oleh pandemik Covid-19, PKS tempatan berada pada risiko untuk ditutup secara kekal kerana orang ramai menghadapi sekatan dalam keupayaan mereka untuk mengunjungi premis runcit. Dalam usaha untuk mendigitalkan usahawan Malaysia dan menjadikannya sebagai sebahagian daripada budaya membeli barang tempatan, SPPZ berharap untuk memperluaskan saluran penjualan, meningkatkan kesedaran jenama, meningkatkan pendapatan penjualan, dan membolehkan perlindungan dan jaminan terhadap produk pematuhan Halal melalui pengenalan platform e-dagang.

“Kami percaya produk tempatan kami bukan sahaja terbaik dari segi kesihatan dan keselamatan tetapi juga dari sudut pandang Halal kerana Malaysia adalah sebuah hab Halal untuk lebih 46 buah negara. Platform ini melampaui bukan sahaja pengguna, peruncit dan pembeli kerana sifatnya yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek ekonomi, yang membolehkan semua yang datang untuk menjadi sebahagian daripada ekonomi digital. Dengan ciri-ciri nilai tambah seperti Maklumat Halal, Pengiraan Zakat, Pautan NGO Dunia, dan Perkongsian Belia, antara lain, platform ini berpotensi untuk memberikan manfaat besar di peringkat global,” kata Dato’ Nadzim.

Dengan menyediakan tulang belakang teknologi bagi tempat pasaran e-dagang, Fusionex akan membolehkan pemilik PKS untuk dengan lancar memasuki alam maya dan mengembangkan perniagaan mereka, dengan itu, mengatasi cabaran masa kini dan halangan lain yang mungkin muncul di masa depan. Platform ini dapat juga memperkasakan perniagaan dengan memberi mereka keupayaan untuk memperkemaskan proses mereka, menumpukan kepada personalisasi, memanfaatkan AI dan menjangkau ke pasaran yang belum diterokai.

“Kami sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan SPPZ dalam usaha mereka untuk memperkenal, memupuk dan mengekalkan PKS Malaysia melalui e-dagang. Pada masa yang mencabar ini, transformasi digital bukan lagi sekadar satu konsep abstrak tetapi satu keperluan yang realistik yang perlu digunakan oleh perniagaan sekiranya mereka ingin tekun dan berjaya. Saya percaya peralihan dari kedai fizikal ke tempat pasaran e-dagang tanpa sempadan, sebagai satu tindak balas terhadap krisis Covid-19, akan membantu perniagaan mengatasi krisis yang sedang kita lalui ini. Saya juga ingin memuji SPPZ kerana mengambil inisiatif itu untuk menyokong usahawan yang mematuhi Halal kerana ia akan menyediakan mereka dengan peralatan dan sumber yang sangat diperlukan untuk mendigitalkan perniagaan mereka dan meraih hasil daripada pertumbuhan dan kejayaan,” kata Pengarah Urusan Fusionex bagi Perusahaan & Sektor Awam Chua Yu Ye.

Maklumat mengenai SPPZ

SPPZ adalah Pertubuhan Komuniti Sokong Peniaga Pembayar Zakat sebuah organisasi yang ditubuhkan pada 12 September 2019 yang dimulakan oleh PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia), adalah sebuah platform komuniti untuk membantu dan menggalakkan negara secara besar-besaran dalam memastikan membayar Zakat untuk menolong mereka yang memerlukan dengan bekerjasama rapat dengan Zakat Selangor dan Zakat Wilayah Persekutuan. SPPZ menggalakkan pemilik perniagaan untuk membayar Zakat dengan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka ke tempat pasaran yang tepat serta sumber-sumber di bawah SPPZ. SPPZ mempromosikan komuniti yang terdiri daripada pelbagai individu dan entiti dari pelbagai latar belakang untuk berkomunikasi di antara satu sama lain dengan efektif dalam mencapai matlamat bersama mereka. SPPZ juga memantau produk dan perkhidmatan yang disediakan untuk memastikan kualitinya tidak membahayakan sambil menumpukan pada keuntungan.

Maklumat mengenai Fusionex

Fusionex adalah sebuah pemimpin teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Pengurusan Data Besar, IR 4.0, Internet Benda, Pembelajaran Mesin dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka yang canggih itu adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data.

Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Fusionex adalah juga merupakan sebuah syarikat Rangkaian Inovasi dan Pemecut Global (GAIN) MDEC serta sebuah penerima anugerah MSC R&D MGS.

Laporan Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan telah menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com
 Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20201029006401/en/ 
Hubungi

Media

SPPZ
Nama: Anna
Nombor untuk Dihubungi: +60196688476
E-mel: [email protected] 

Sumber : Fusionex
Artikel oleh: Bernama
SPPZ MELANCARKAN PLATFORM E-DAGANG YANG DIKUASAKAN OLEH FUSIONEX
https://bernama.com/bm/press/news.php?id=1895442





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/10/6047-sppz-melancarkan-platform-e-dagang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6046 Fusionex To Power E Commerce Marketplace Platform For Ppim Initiated Organisation Bernama 30 10 2020

6046 Fusionex To Power E Commerce Marketplace Platform For Ppim Initiated Organisation Bernama 30 10 2020

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 309 hits
KUALA LUMPUR Oct 30 Fusionex has signed a Memorandum of Understanding with Pertubuhan Komuniti Sokong Peniaga Pembayar Zakat to develop and support its e commerce marketplace platform SPPZ is an organisation established on Sept 12 2019 init...
5999 Aktiviti Lawatan Oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim Ke Malakat Mall Cyberjaya Ppim 20 10 2020

5999 Aktiviti Lawatan Oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim Ke Malakat Mall Cyberjaya Ppim 20 10 2020

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 327 hits
Lawatan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia Dato Hj Mohd Reza Shah Abdul Wahid ke Malakat Mall Cyberjaya Lawatan diiringi oleh Ketua Aktivis PPIM nadzim johan toqqi
Sah Pelancaran Oleh Apple Pada 14 Oktober 2020 Iphone 12 Nak Mai Dah

Sah Pelancaran Oleh Apple Pada 14 Oktober 2020 Iphone 12 Nak Mai Dah

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 271 hits
Setelah mengumumkan Ipad dan Apple Watch yg baru pada bulan lepas pihak Apple akhirnya telah mendedahkan majlis pelancaran iphone 12 yg akan berlangsung pada mgu dpn Pelancaran pd tahun ini tertangguh sedikit berbanding pelancaran yg kebias...
Adaptasi Pandemi Ubud Writers Readers Festival Dikemas Jadi Acara Kembali 2020 Tetap Seru

Adaptasi Pandemi Ubud Writers Readers Festival Dikemas Jadi Acara Kembali 2020 Tetap Seru

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 215 hits
Nggak perlu jauh jauh ke Bali kita bisa menikmatinya secara online Sebagian programnya gratis pula
Ramalan Forex Pada10 26 2020 Dari Sebastian Seliga

Ramalan Forex Pada10 26 2020 Dari Sebastian Seliga

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 388 hits
Mari lihat gambaran teknikal pasangan mata wang EUR CHF dan USD CHF sebelum data penting dari ucapan Jerman dan SNB Thomas Jordan diterbitkan Kedua dua peristiwa itu mungkin mencetuskan pergerakan menarik di kedua pasaran The material has b...
33 Tokoh 16 Negara Bakal Meriahkan World Mawlid Celebration 2020

33 Tokoh 16 Negara Bakal Meriahkan World Mawlid Celebration 2020

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 420 hits
WORLD MAWLID CELEBRATION 2020 SELAMA 24 JAM YANG PERTAMA DI DUNIA SECARA VIRTUAL Temasya Cinta Perpaduan Rasulullah SAW Mari kita ramai ramai berselawat sebagai amalan harian juga utk sama sama berdoa agar Allah menghapuskan virus Covid19 y...
6021 Keputusan Agong Bijak Prihatin Nasib Rakyat Ismaweb 26 10 2020

6021 Keputusan Agong Bijak Prihatin Nasib Rakyat Ismaweb 26 10 2020

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 407 hits
BANGI 8 Rabiulawal 1442H Isnin Persatuan Pengguna Islam Malaysia menjunjung titah Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang memutuskan tiada keperluan untuk negara mengisytiharkan darurat bagi memeran...
Eksekutif Jualan Pemasaran 4 November 2020

Eksekutif Jualan Pemasaran 4 November 2020

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 427 hits
Portal ini menyediakan informasi jawatan kosong Sektor Kerajaan Swasta dan Latihan Industri di seluruh Malaysia Secret Legacy mempelawa pada yang berkelayakan dan berminat bagi jawatan Eksekutif Jualan Pemasaran dengan kelayakan berikut KEL...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization