6 Tips Buat Persiapan Persekolahan Sesi 2023 2024 Nombor 6 Paling Menarik
Tahun 2022 bakal melabuhkan tirainya dan tinggal beberapa hari sahaja untuk kita melangkah ke tahun 2023 yang dijangkakan lebih mencabar jika nak dibandingkan dengan tahun yang sebelumnya. Sebagai surirumah yang sentiasa menyusun bajet mengikut kemampuan, jom kakak kongsikan 6 Tips Buat Persiapan Persekolahan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 tanpa 'menyakitkan' poket. Hee~
Kalau kita tengok kalendar tahun 2023, sesi persekolahan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri bakal berselisih minggu sahaja. Maksudnya, kalau tak susun perbelanjaan dengan baik sudah pastinya berlaku kebocoran kewangan tanpa sedar. Ini sangat tidak sihat !!
TIPS MEMBUAT PERSEDIAAN KELENGKAPAN SEKOLAH
Walaupun anak kakak cumalah dua orang ( Buat masa ini. Hee~ ) kelam kabutnya boleh tahan juga. Sorang nak begini, sorang nak begitu. Bila nak memilih barang, kena ada ibu dan ayah untuk sama-sama bagi kata putus - "Haa. Yang ni okay dan sesuai.."
Memandangkan Nur Aiman bakal melangkah ke sekolah menengah, sudah pastinya hampir semua kelengkapan beliau akan diganti baharu. Berbeza dengan Nur Aina yang akan melangkah ke tahun lima, mana yang masih elok - Kemungkinan besar akan diguna semula bagi mengelakkan pembaziran.
Jom !!Kakak kongsikan rutin tahunan yang kakak dan suami lakukan untuk mengelak kebocoran wang tanpa sedar.
1. Buat senaraiBakat semulajadi surirumah adalah membuat senarai lengkap barang mengikut kategori. Manfaatkan bakat ini untuk membuat senarai sebelum membeli belah bagi mengelakkan pembaziran dan tindakan TER - beli barang yang tidak perlu.
2. Tabung khasYa !! Bila melibatkan perancangan, kita sepatutnya sudah tahu berapa peruntukan yang akan digunakan untuk sesuatu perbelanjaan. Kelengkapan sekolah adalah perbelanjaan yang agar besar. Macam kakak dan suami, kami akan simpan sejumlah wang setiap bulan dan wang tersebut akan digunakan untuk menyediakan kelengkapan sekolah Aiman Aina.Contoh :Korang boleh simpan RM 50.00 setiap bulan selama sebelas bulan. Pada bulan ke-12 tabung dah ada RM 600.00 untuk menyediakan kelengkapan persekolahan dari tudung dan songkok hingga ke kasut sekolah.Bila ada tabung khas, tak de lah terasa 'sakit' sangat nak mengeluarkan sejumlah wang segedebuk gitu. Hee~
3. Beli luar pada musimUntuk membuat pembelian bermusim seperti musim persekolahan sudah pastinya harga yang ditawarkan juga mengikut musim. Kalau korang seorang yang peka, mesti korang perasan harga kasut sekolah pada luar musim lebih murah berbanding harga pada waktu cuti penggal persekolahan walaupun ditawarkan dengan promosi.
4. Beli buku sekolah mengikut keperluan guruBiasa kita beli buku sekolah mengikut senarai buku yang boleh diambil dari Kedai Buku Sekolah. Kan ? Em. Mengikut pemerhatian kakak dan suami, ada beberapa buku yang TIDAK PERLU dan TIDAK DIGUNAKAN langsung sepanjang tahun. Kan dah membazir kat situ.Tak salah rasanya biarkan anak-anak masuk sekolah, tunggu jadual kelas yang diberikan oleh guru dan tanya guru buku apa yang diperlukan untuk anak-anak meneruskan sesi pembelajaran pada tahun tersebut.
5. Alat tulis berkualitiDalam konteks berjimat cermat, kakak menyarankan anak-anak membeli alat tulis yang lebih berkualiti. Contoh alat tulis yang berkualiti dan tahan lama sekiranya dijaga dengan baik :Mechanical pencil jenama PilotPemadam jenama StadlerWarna pensel jenama StadlerWarna air jenama BunchoCrayon jenama BunchoPengasah pensel
6. Beli-belah di Pusat Pakaian Hari-HariTahun ni masuk tahun keenam kakak dan suami menjadikan Pusat Pakaian Hari-Hari sebagai one stop centre untuk kami menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak. Disamping menawarkan kualiti setanding harga, Pusat Pakaian Hari-Hari telah menyediakan pelbagai pilihan untuk orang macam KITA meneruskan misi berjimat cermat.
PROMOSI HEBAT KEMBALI KE SEKOLAH PUSAT PAKAIAN HARI-HARI
Pusat Pakaian Hari-Hari mempunyai 95 cawangan di seluruh Malaysia menyediakan pakaian dan keperluan seisi keluarga dengan kualiti setanding jenama lain. Dengan moto - Menawarkan pakaian harian untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak hingga dewasa dengan kualiti terbaik pada carga berpatutan.
Disebabkan kami tak berapa rajin keluar masuk kedai yang pelbagai untuk melengkapkan keperluan sekolah anak-anak, Pusat Pakaian Hari-Hari adalah pilihan yang tepat. Baju sekolah, tali pinggang, songkok, tudung yang pelbagai Warna mengikut jawatan anak-anak di sekolah, pencil box, botol air, stoking, kasut sekolah dan juga pakaian sukan - Semuanya di bawah satu bumbung.
Kualiti jahitan ?Kakak seorang yang cerewet. Hee~ Sudah pasti kakak akan memilih yang terbaik.
Sempen Promosi Hebat Kembali ke Sekolah, dengan setiap pembelian RM 30.00 dan ke atas - Kita akan terima kalendar 2023 secara PERCUMA !! Selagi stok masih ada tau. Jadinya, kenalah cepat !!
Fakta : Pusat Pakaian Hari-Hari telah dinobatkan sebagai Pusat Membeli Belah Keluarga Pilihan Pa&Ma 2022.
Untuk mendapatkan informasi tentano promosi terkini di Pusat Pakaian Hari-Hari, mungkin pautan di bawah dapat membantu :
INSTAGRAM | FACEBOOK | KEDAI ONLINE
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.atiehilmi.com/2022/12/6-tips-buat-persiapan-persekolahan-sesi.html