Persiapan Awal Beli Barang Persekolahan 2023 Di Pusat Pakaian Hari Hari Cawangan Sungai Buloh


 Assallammualaikum


Alhamdulillah, isnin yang lalu, anak-anak Shailla telah selamat bersunat. Mereka bersunat di dewan anjuran perstuan penduduk. Memang seronok mereka diraikan dengan kedatang Bomba menyiram mereka dengan pili bomba memang semasa itu melompat-lompat keseronokkan kena siram. Selain itu juga mereka dapat pelbagai hadiah. Sebelum bersunat memang seronok mereka berlari-lari tanpa tahu erti sunat sebenar. Habis sahaja sunat memang menangis dan menyesal budak-budak ini. Nasiblah bersunat sekali seumur hidup. hihihi

Beberapa hari sebelum sunat, sebenarnya Shailla berfikir juga untuk buat persiapan beli barang-barang sekolah sebelum atau selepas sunat. Fikir punya fikir sehinggalah sampai sehari sebelum mereka hendak bersunat, petang itu juga Shailla pergi membeli kelngkapan barang persekolahan mereka. Lagi pula, Kalau hendak tunggu diorang betul-betul baik sunat makan masa juga, lebih baik beli awal-awal senang nanti. Lagi pula sebelum diorang sunat kita happy dulu dengan belanja barang keperluan persekolahan. Jadi petang itu, kami ke pusat pakaian yang berdekatan sahaja dengan rumah Shailla. 

Kalau bercerita tentang pakaian sekolah, memang tempat yang Shailla tuju adalah tidak lain tidak bukan Pusat Pakaian Hari-Hari. Untuk Shailla yang jenis golongan berpendapatan sederhana ini, memang Pusat Pakaian Hari-Hari menjadi pilihan kerana pakaian mereka berkualiti dan mampu milik. 
Kalau korang hendak tahu, Pusat Pakaian Hari-Hari ini mempunyai lebih 95 rangkaian cawangan di seluruh negara. Shailla pergi yang cawangan di Sungai Buloh. Ketika sampai disini memang tidak ramai orang memandangkan masih awal sebenarnya untuk membeli kelengkapan sekolah. Tetapi bagi Shailla beli awal lagi elok dan senang untuk membuat pilihan. Memang banyak pilihan pakaian dan peralatan sekolah yang terdapat di sini. 

Antara koleksi kasut Jony&Jerry yang terdapat disini. Macam-macam rekaan ada, pilih sahaja yang mana berkenan dihati. Dari yang bertali hinggalah yang pakai pelekat. Untuk peringkat umur anak Shailla, Shailla lebih suka beli yang jenis pelekat kerana senang pakai dan buka. Untuk yang bertali pula, mungkin nanti diorang dah besar sikit bolehlah, kalau tidak nanti kita juga mangsa untuk hari-hari ikat tali dan buka tali kasut mereka


Anak-anak paling suka bahagian beg kerana terdapat pelbagai pilihan yang ada. Dari beg size sekolah tadika hinggalah ke sekolah menengah. Harganya juga berpatutan. Shailla sebagai ibu pun ramabang mata melihat terutama beg sekolah budak-budak tadika memang comel-comel semuanya


Paling senang cari adalah beg abang. Sebab abang punya citarasa simple sahaja. Dia memang dari dulu suka corak abstract macam itu. Corak-corak macam ini memang dari jauh dah nampak. Jadi mudah untuk Areez membuat pilihan



Si Aqeef ini pula sangat cerewet, agak lama juga untuk dia membuat pilihan. Susah juga untuk kami yakinkan dia bahawa beg roda tidak sesuai untuk bawa ke sekolah tadika kerana size yang besar jadi sukar untuk masuk dalam almari beg yang tersedia di tadika. Akhirnya adik kata hendak bawa beg ini untuk pergia bercuti lebih kurang macam beg bagasi..Hahaha..Tetapi, hahaha banyak sangat tetapi, kalau korang hendak tahu, akhirnya kami berjaya yakinkan adik untuk ambil beg kecil. Makanya beg yang adik pegang itu tidak jadi ambil..Fuhhh..lega



Bagi Shailla, bahagian ini agak sukar sikit kerana anak-anak Shailla berkejar-kejaran di dalam kedai. Memang susah untuk mereka mencuba pakaian sekolah. Jenuh juga untuk suruh mereka mencuba baju sekolah. Nasiblah ketika ini orang tidak ramai, jadi mudah untuk Shailla memilih size yang sesuai untuk mereka


Beginalah rupanya hasil dari paksa Areez mencuba baju sekolah. Hahaha. Areez dapat dua helai baju sekolah kebangsaan jadi mudah untuk berulang pakai. Kalau sehelai sahaja sakit jugalah untuk berulang pakai dan cuci. Untuk harga baju dan seluar adalah berasingan


Ini pula untuk baju sekolah agama Areez. Sebenarnya samping warna hijau, tetapi si Areez ini sangat yakin yang dia akan jadi pengawas tahun hadapan jadi kami layankan jelah dia bergambar sambil pakai sampin warna merah walaupun hakikatnya samping kami tidak beli pun.hahaha.

Takkan abang sahaja dapat bajukan, adik pun mestilah dapat juga. Tahun 2023, adik masuk tadika 6 tahun. Semoga tahun depan adik dapat anugerah cermelang lagi ya adik, ingat saja-saja ke ibu belanja beli baju baru ini..hahaha...takdelah gurau je!. Tapi kalau korang hendak tahu, adik memang suka melukis dan mewarna kebanyakkan aktiviti dekat rumah banyak dihabiskan untuk mewarna dan melukis. Tetapi, haaa...ada tetapinya dia suka mewarna guna magic color. Memang sebulan sekali juga kami beli colour magic dia, nasib beli dekat kedai "merah" sahaja..wakaka




Sudah beli baju dan beg, macam tidak lengkapan pula jika tidak ambil sekali peralatan menulis. Anak-anak Shailla dua-dua ambil sorang satu pencil box dan juga pencil menulis. Itupun diorang nak ambil botol air juga tetapi telah dipangkah oleh Shailla kerana botol air dirumah sudah banyak. kalau buat koleksi, memang penuh satu almari


Hasil tangkapan ketika berbelanja di Pusat Pakaian Hari-Hari. Penuh jugalah satu bakul. Nasib suami sudah azan kat telinga, kalau tidak mahu 2 bakul juga Shailla sambar.hahaha



Semasa di kaunter jangan lupa untuk scan dan tebus RM20 off jika korang berbelanja RM100 ke atas. Kalau  ikutkan pada maklumat disitu, tawaran ini valid sampai 31 December 2022 sahaja. Jadi cepat-cepat datang ke Pusat Pakaian Hari-Hari untuk dapatkan tawaran ini hampir sampai ke penghujungnya melainkan pihak Pusat Pakaian Hari-Hari tambah lagivalid date dia.hihihi


Alhamdulillah, sedikit sebanyak persiapan anak-anak Shailla untuk bersekolah sesi 2023 hampir lengkap, walaupun masih awal tetapi nanti takdelah kalang kabut menjelang sesi persekolah 2023 buka semua sudah tersedia ada


Promosi kembali ke sekolah kembali lagi

FREEGIFT calendar untuk setiap pembelian RM30 dan keatas dalam satu resit

Marilah Pergi Hari-Hari

95 Hari-Hari seluruh Malaysia: www.hari.com.my/locatorHari-Hari Online Store: http://ehari.com.my Hari-Hari Shopee: http://shopee.com.my/harihari_ Hari-Hari Lazada: https://lazada.com.my/shop/hari-hari
Untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh layari website: 
www.hari.com.my dan pembelian online: www.ehari.com
Instagram: @harihariofficial 
Sekian Terima Kasih

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shazillahsani.com/2022/12/persiapan-awal-beli-barang-persekolahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Tips Buat Persiapan Persekolahan Sesi 2023 2024 Nombor 6 Paling Menarik

6 Tips Buat Persiapan Persekolahan Sesi 2023 2024 Nombor 6 Paling Menarik

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 205 hits
Tahun 2022 bakal melabuhkan tirainya dan tinggal beberapa hari sahaja untuk kita melangkah ke tahun 2023 yang dijangkakan lebih mencabar jika nak dibandingkan dengan tahun yang sebelumnya Sebagai surirumah yang sentiasa menyusun bajet mengi...
Terkini Bantuan Persediaan Awal Persekolahan Bagi Tahun 2023 Mohon Sekarang

Terkini Bantuan Persediaan Awal Persekolahan Bagi Tahun 2023 Mohon Sekarang

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 192 hits
TERKINI BANTUAN PERSEDIAAN AWAL PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2023 MOHON SEKARANG Maklumat baharu kepada rakyat atau masyarakat yang bermastautin di Negeri Sembilan Pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sentiasa mengambil cakna akan kebajikan ...
Pm Umum Semua Pelajar Dapat Bantuan Awal Persekolahan Rm150 Januari Depan

Pm Umum Semua Pelajar Dapat Bantuan Awal Persekolahan Rm150 Januari Depan

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 94 hits
Kerajaan Perpaduan Malaysia bersetuju untuk menyalurkan bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid bermula Januari ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemberian bantuan itu melibatkan semua murid tanpa meng...
Kejayaan 1st Batch Penebusan Awal Ganjaran Cuti Rehat Gcr 80 Hari Tahun 2022

Kejayaan 1st Batch Penebusan Awal Ganjaran Cuti Rehat Gcr 80 Hari Tahun 2022

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 184 hits
Alhamdulillah syukurKejayaan 1st Batch Penebusan Awal Ganjaran Cuti Rehat GCR 80 Hari Tahun 2022Dengan terbalasnya wasap kita tadi Terjawab sudah semuanya Keenam enam permohonan gcr yang kita urus hari tu dah sampai ke penghujung Tampal sin...
Kpk Soal Satgas Awasi Apbd Dki 2023 Cegah Kebocoran Sejak Awal

Kpk Soal Satgas Awasi Apbd Dki 2023 Cegah Kebocoran Sejak Awal

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 98 hits
Satgas berjumlah tiga orang Dua orang mengawasi pengelolaan APBD dan satu lainnya mengawasi pengelolaan BUMD Heru menegaskan keberadaan Satgas bukan untuk mencari cari masalah melainkan upaya pencegahan terjadinya kecurangan dan korupsi
Beli Barang Di Indonesia Lebih Mudah Dengan Tolong Beli

Beli Barang Di Indonesia Lebih Mudah Dengan Tolong Beli

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 204 hits
Beli Barang Di Indonesia Lebih Mudah Dengan Tolong BeliAssalamualaikum Hi korang Apa khabar Semoga korang semua dalam kedaan sihat walafiat KakYa biasa dengar dikalangan kawan kawan yang suka shopping barangan dari Indonesia diaorang cakap ...
Tolong Beli Platform Untuk Beli Belah Barang Dari Indonesia Ke Malaysia Yang Dipercayai

Tolong Beli Platform Untuk Beli Belah Barang Dari Indonesia Ke Malaysia Yang Dipercayai

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 222 hits
Tolong Beli Platform Untuk Beli Belah Barang Dari Indonesia Ke Malaysia Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Pada zaman kini perdagangan dalam talian sudah menjadi kemudahan kepada peniaga dan juga pengguna Di Malaysia terdapat beberap...
Jadual Sesi Persekolahan Bagi Kalendar Akademik 2023 2024

Jadual Sesi Persekolahan Bagi Kalendar Akademik 2023 2024

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 614 hits
Baca GAMBAR LOKASI Sesi persekolahan bagi kalendar akademik 2023 2024 bermula pada 19 Mac 2023 hingga 9 Mac 2024 bagi negeri kumpulan A manakala 20 Mac 2023 hingga 10 Mac 2024 bagi negeri kumpulan B Jadual Takwim persekolahan 2023 2024 dike...
Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan Sesi 2023 2024

Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan Sesi 2023 2024

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 398 hits
Maklumat mengenai kalendar akademik atau takwim sesi persekolahan dan cuti sekolah bagi sesi 2023 2024 Takwim rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia ini menyatakan tarikh tarikh mula dan akhir persekolahan setiap penggal tarikh cuti sek...
Demand Kekayaan Anak Mahkamah Putus Ibu Tak Layak Terima Harta Mendiang Goo Hara

Gsk Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Syok Sendiri Demi Kepuasan

Gear Up For Standard 1 Registration

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3

5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia


Lunch Merangkap Dinner Di Nefa Station Ipoh Perak

Dapatkan Ganjaran Besar Apabila Anda Prapesanan Samsung Ai Tv 2024 Hari Ini

Sprm Tahan Menteri Besar Perlis

Powering Progress How Ev Charging Stations Are Shaping The Transportation Landscape

M A Due Diligence Don T Settle For Smoke And Mirrors Get A Quality Of Earnings Assessment

Tiada Petanda Salah Tinggalkan Anfield