Mantan Pm Betulkan Laporan Menteri Kewangan Baru Belajar
Kita ketepikan sementara janji PH untuk memansuhkan semua tol kerana manifesto bukan kitab, bagai dikata.
Kini, saya ingin beri sedikit fakta mengenai langkah kerajaan PH untuk tidak menaikkan tol jalanraya tahun depan dengan membayar pampasan RM1 bilion.
1. Kebanyakan konsesi-konsesi tol di negara hari ini - terutama yang dituduh sebagai berat sebelah, diberi pada masa PM dahulu yang itu dan bukan ketika pentadbiran saya.
2. Tol untuk lebuhraya-lebuhraya milik PLUS seperti lebuhraya Utara-Selatan, jambatan Pulau Pinang, NKVE daan sebagainya tidak pernah naik sepanjang tempoh 10 tahun saya menjawat sebagai Menteri Kewangan.
3. Malah kerajaan BN pada masa saya membeli balik dengan sepenuhnya syarikat PLUS pada tahun 2011 dari kini PLUS dimilik 51% Khazaah Nasional dan 49% oleh KWSP. Ya, KWSP, sekali lagi ia menguntungkan pencarum.
4. Apabila kewangan negara mengizinkan, saya telah berusaha untuk menghapuskan tol sedikit demi sedikit dan kita berjaya untuk menghapuskan beberapa tol secara berperingkat.
Ini juga berlaku di Sarawak di mana hari ini Sarawak dan Sabah tidak ada sebarang tol lebuhraya lagi. Ini dapat dilakukan kerana ia dibina ketika pentadbiran saya dan tak perlu kita terikat kepada konsesi.
Kita juga buat lebuhraya-lebuhraya utama seperti Pan-Borneo dan CSR yang langsung tak ada tol.
5. Selama tempoh 10 tahun ini kadar tol lebuhraya-lebuhraya bukan milik PLUS hanya pernah naik untuk satu tahun sahaja iaitu pada tahun 2016 kerana ketika itu hasil negara mengalami tekanan akibat kejatuhan harga minyak dunia sebanyak 80% ke tahap di bawah US$30 satu tong pada masa itu.
6. Setiap tahun bagi tol tidak dinaikkan sepanjang 9 tahun itu, kita perlu membayar pampasan.
7. Dan setiap tahun kerajaan BN membayar pampasan, DAP marah saya dan tuduh saya hanya mahu memperkayakan syarikat kroni tol yang kaya.
8. Saya dimarahi dan diserang setiap tahun oleh DAP apabila membayar pampasan. Saya juga dimarah pada akhir tahun 2015 kerana membenarkan kadar tol dinaikkan untuk tahun 2016.
9. Saya dimarah lagi oleh DAP tahun lepas kerana membayar pampasan RM2.2 bilion untuk menghapuskan sepenuhnya empat tol di Johor, Selangor dan kedah.
Tiap-tiap tahun, DAP marah.
10. Hari ini, PH sangat bangga dengan keputusan mereka untuk membayar pampasan RM1 bilion supaya kadar tol lebuhraya tidak naik tahun depan. Dan menariknya, Menteri Kewangan adalah dari DAP, parti yang menjadikan acara tahunan untuk marah pada saya.
11. Hari ini kita lihat kerajaan PH banyak membuat pusingan U dan ‘copy-paste’ dasar kerajaan BN yang mereka selalu kritik dan marah sebelum ini.
12. Oleh itu, saya juga copy-paste kenyataan dahulu Menteri Kewangan kita yang marah saya membayar pampasan RM400 juta pada tahun 2014 untuk tidak menaikkan tol. http://bit.ly/2EToh7I
Saya copy-paste dari dia dan membuat sedikit ubahsuai sahaja untuk membalas pengumumannya.
Memang tidak sah jika PH tidak membuat U-Turn.
Tetapi jangan tajam sangat. Nanti jadi V-Turn pula.
Oleh : Najib Razak #CelahGelegar Baju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://1malaynews.blogspot.com/2018/12/mantan-pm-betulkan-laporan-menteri.html