Dikaitkan Dengan Kes Pembunuhan Altantuya Najib Saman Peguam Negara Tommy Thomas




KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan sebuah syarikat penerbitan berhubung kenyataan fitnah membabitkan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dalam buku berjudul 'My Story: Justice in the Wilderness.'
Bekas Perdana Menteri itu memfailkan saman fitnah tersebut melalui Tetuan Shafee & Co di Mahkamah Tinggi di sini hari ini serta menamakan Thomas dan GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd sebagai defendan.
Penyataan tuntutan Najib, 68, mendakwa pada 31 Jan lepas, Thomas telah mengarang dan menyebabkan penerbitan buku itu yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya.
Beliau mendakwa buku itu telah diterbitkan oleh Gerakbudaya dan diedarkan di negara ini pada hujung Januari lepas dan seterusnya diedarkan secara meluas di pasaran antarabangsa.
Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa beberapa ekstrak daripada buku itu termasuk pernyataan fitnah telah diterbitkan semula di laman sesawang seluruh dunia selain mendakwa kedua-dua defendan tidak membuat sebarang pengesahan fakta dengan beliau.
Najib mendakwa pernyataan fitnah itu antaranya membawa maksud beliau telah mengarahkan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar untuk membunuh Altantuya kerana kononnya wanita itu seorang perisik yang mengancam kepentingan negara selain mendakwa beliau telah mengelirukan rakyat mengenai kejadian pembunuhan tersebut bagi menutup kesalahannya.
Dakwanya pernyataan fitnah itu turut membawa maksud beliau telah mempengaruhi peguam Sirul Azhar dan orang lain untuk berjumpa dengan anggota polis tersebut di Villawood, Sydney bagi memastikan Sirul Azhar tidak akan membuat sebarang kenyataan membabitkannya dalam pembunuhan Altantuya.
Plaintif mendakwa tindakan defendan menulis dan menerbitkan pernyataan fitnah itu adalah berniat jahat dan memperlekeh beliau dalam kapasitinya sebagai bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
"Tuduhan-Tuduhan yang dinyatakan dalam buku itu tiada merit, skandal dan dibuat untuk tujuan kolateral politik.
"Oleh itu, Thomas telah menyalahgunakan jawatannya sebagai Peguam Negara untuk mendapatkan 'keterangan' bagi menentang saya berhubung pembunuhan Altantuya," katanya.
Menurut Najib, pada Feb lepas, beliau telah menghantar surat kepada kedua-dua defendan yang menuntut antara lain permohonan maaf, kos dan pampasan namun mereka menafikan dakwaan itu serta enggan menerbitkan permohonan maaf atau membayar ganti rugi yang dituntut.
Najib mendakwa akibat penerbitan pernyataan fitnah itu, reputasinya terjejas dan beliau dipandang serong oleh masyarakat.
Oleh itu, beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta faedah dan satu perintah agar defendan mengeluarkan pernyataan fitnah daripada buku tersebut.
Turut dituntut, satu injunksi bagi menghalang defendan atau ejen mereka menerbitkan penyataan serupa selain permohonan maaf sekurang-kurangnya dalam tiga akhbar utama pilihan Najib selama tiga hari berturut-turut. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/10/dikaitkan-dengan-kes-pembunuhan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Saman Tommy Thomas Kerajaan Atas Pendakwaan Salah

Najib Saman Tommy Thomas Kerajaan Atas Pendakwaan Salah

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 318 hits
malaysiakini comNajib Razak memfailkan saman terhadap bekas peguam negara Tommy Thomas yang didakwanya membuat pendakwaan salah terhadap beberapa kes jenayah Saman itu difailkan menerusi firma Raj Ong Yudistra di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpu...
Ini Komen Peguam Defendan Kes Saman Fitnah Siti Nordiana Percaya Kawan Kawan Boleh Selesai Tepi

Ini Komen Peguam Defendan Kes Saman Fitnah Siti Nordiana Percaya Kawan Kawan Boleh Selesai Tepi

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 362 hits
Perbicaraan kes saman fitnah Siti Nordiana ditangguhkan hakim memberi saranan supaya selesaikan cara baik
Najib Mohon Gantung Prosiding Kes Saman As 8 Bilion Oleh 1mdb Ke Tahun Depan

Najib Mohon Gantung Prosiding Kes Saman As 8 Bilion Oleh 1mdb Ke Tahun Depan

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 301 hits
BERNAMA Bekas perdana menteri itu telah mengemukakan permohonan untuk menggantung prosiding di Mahkamah Tinggi semalam Najib Razak di Mahkamah Tinggi pada 18 Ogos lalu Gambar Bernama Permohonan Najib Razak untuk menggantung prosiding saman ...
Kes Cukai Najib Anak Badan Peguam Mohon Jadi Sahabat Mahkamah

Kes Cukai Najib Anak Badan Peguam Mohon Jadi Sahabat Mahkamah

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 315 hits
AGENDA DAILY Badan peguam mohon jadi sahabat mahkamah dalam kes Datuk Seri Najib Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin berkaitan cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri Badan Peguam Malaysia memohon untuk menjadi amicus curiae atau sa...
Shafee Menang Rayuan Saman Fitnah Terhadap Majlis Peguam Dua Individu Lain

Shafee Menang Rayuan Saman Fitnah Terhadap Majlis Peguam Dua Individu Lain

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 254 hits
Mahkamah memutuskan Majlis Peguam Tommy Thomas dan VC George bertanggungjawab atas tindakan mereka PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan rayuan peguam Muhammad Shafee Abdullah berhubung saman fitnahnya terhadap Majlis Peguam k...
Mahathir Peguam Negara Berlagak Seperti Hakim

Mahathir Peguam Negara Berlagak Seperti Hakim

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 274 hits
Nora MahparKUALA LUMPUR Mahathir Mohamad mengkritik tindakan Peguam Negara Idrus Harun yang bertindak seperti hakim dalam menentukan sesuatu kes mahkamah Peguam Negara atau Pendakwa Raya sudah berlagak sebagai hakim Dengan mudah AG memutus ...
Kes Mahkamah Najib Zahid Ujian Kepada Rakyat Malaysia

Kes Mahkamah Najib Zahid Ujian Kepada Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 299 hits
Ia kini bukan lagi penting apa hukuman mahkamah gelagat Pendakwa atau hujah PEGUAMBELA Berapa lama kes ini akan tamat siapa nak saman siapa berapa hari nak cuti sakit berapa kali nak kena bedah majlis Tangguh nenek masuk hospital atau sebag...
1mdb Dibenarkan Kemuka Writ Saman Terhadap 6 Pihak Di Luar Negara

1mdb Dibenarkan Kemuka Writ Saman Terhadap 6 Pihak Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 248 hits
BERNAMA Setakat hari ini writ saman 1MDB telah disampaikan kepada defendan pertama Deutsche Bank Bhd Plaintif mendakwa kesemua defendan cuai melanggar kontrak dan berkonspirasi untuk menipu 1MDB sehingga menanggung kerugian dan menjejaskan ...
Kes 1mdb Najib Buat Laporan Sprm Terhadap Bekas Pengurus Goldman Sachs Tim Leissner

Kes 1mdb Najib Buat Laporan Sprm Terhadap Bekas Pengurus Goldman Sachs Tim Leissner

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 470 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak pagi ini membuat laporan kepada SPRM terhadap Tim Leissner yang merupakan bekas Pengurus Kanan Goldman Sachs yang telah mengaku bersalah di mahkamah Amerika Syarikat kerana merasu...
Diamond Pendant Buying Guide How To Choose The Perfect Sparkle In 2025

Jho Low Kini Dikenali Sebagai Constantinos Achilles Veis Di China

Buli Pelajar Perempuan Diikat Kaki Dan Tangan Ditutup Mulut Ditinggalkan Di Tandas

I Don T Want To Die Of A Heart Attack Just Yet

Skim Pencen Dilindungi Perlembagaan

Pupil With 8as In Spm Denied Scholarship Are There Too Many Straight As Scorers Around

Kuasa Politik Di Negeri Pahang Perlu Dikembalikan Kepada Orang Melayu Islam Umno Tidak Perlu Gadai Prinsip

Made In Taiwan A Carefree Kymco Ktr 150 By 2loud Custom


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ada Apa Apa Ke Dara 2ne1 Buat Kejutan Hadir Konsert G Dragon Di Kuala Lumpur

Pas Tunggu Jemputan Bersatu Tunggu Kehadiran Penyokong Pn Kebingungan

7 Tempat Paling Misteri Di Dunia Yang Ke 3 Masih Jadi Tanda Tanya Saintis

4 Cara Mudah Nak Bezakan Samaada Telur Segar Atau Tidak

Pulang Ke Luar Negeri

Biodata Rita Nadira