6 Tempat Pembelajaran Menarik Di Negeri Selangor


Destinasi Ideal di Sekitar Negeri untuk Kanak-Kanak Berhibur sambil Belajar Sambil Ditemani Keluarga
Lawatan ke destinasi yang menawarkan hiburan sambil belajar merupakan aktiviti yang dapat memberikan pengalaman yang menggembirakan dan bermakna untuk kanak-kanak. Berikan mereka peluang untuk terokai dunia luar dan kunjungi destinasi pembelaran di Negeri Selangor. Anda boleh memilih tempat seperti muzium, zoo atau tempat interaktif yang boleh meningkatkan daya pembelajaran mereka sambil mereka menerokai sesuatu yang baharu. Dalam artikel ini, Tourism Selangor telah menyenaraikan 6 tempat pembelajaran untuk dilawati bersama anak anda di Negeri Selangor setelah tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti! (#ImagineNowExperienceSoon).


1)    Lakon Peranan Prospek Kerjaya di KidZania, Mutiara Damansara

KidZania, Mutiara Damansara merupakan sebuah pusat “edutainment” yang menggalakkan pembelajaran melalui pengalaman permainan lakon peranan prospek kerjaya yang interaktif dalam persekitaran yang menyeronokkan. Mereka dapat merasai pengalaman bekerja yang realistikdalam replika bangunan yang berfungsi sebagai bandar sebenar. Lebih daripada 70 jenis pekerjaan yang mereka boleh cuba di sini antaranya adalah menjadi seorang jururawat, ahli bomba, polis, juruterbang, peguam dan banyak lagi! Aktiviti seperti ini sememangnya memberi pengalaman pembelajaran yang positif buat kanak-kanak.


2)    Terokai Dunia Haiwan di Zoo Negara

Zoo Negara merupakan zoo yang terbesar di Malaysia, terletak di Ampang, Selangor. Zoo Negara sememangnya destinasi yang sesuai untuk membawa kanak-kanak agar mereka dapat mengenalilebih 5,000 jenis haiwan terdiri daripada kira-kira 400 spesis di sini. Sudah pasti kanak-kanak akan terhibur melihat gelagat haiwan-haiwan yang terdapat di zoo ini; dan pengalaman menyaksikan aksi zirafah, gajah, buaya, harimau dan singa tentunya mengujakan! Selain itu, kanak-kanak akan dapat melihat gelagat panda yang comelbernama Xing Xing, Liang Liang dan Yi Yi di Zoo Negara ini.



3)    Mempelajari budaya asal Negeri Selangor di Mah Meri Cultural Village

Mah Meri merupakan salah satu suku Orang Asli yang terdapat di Malaysia, yang sangat dikenali dengan keunikan kesenian mereka seperti ukiran topeng dan kraftangan lain. Mah Meri Cultural Village adalah sebuah perkampungan orang asli yang terletak di Pulau Carey, Kuala Langat. Di sini, kanak-kanak boleh didedahkan kepada suasana kampung Orang Asli yang lengkap dengan pakaian, barangan serta tarian kebudayaan. Selain itu, terdapat juga mini galeri yang mempamerkan pelbagai koleksi berkaitan dengan masyarakat Mah Meri. Lawatan ke sini pasti dapat memberikan pendedahan yang luas kepada kanak-kanak dalam menyelami budaya dan kesenian masyarakat Mah Meri yang unik dan tersendiri.



4)    Dekati haiwan di Farm in the City

Farm in the City merupakan sebuah“petting zoo”yang terkenal di Malaysia. Terletak di Seri Kembangan, anda boleh membawa anak anda ke Farm in the City untuk lebih mendekati haiwan-haiwan di sini. Kanak-kanak bukan sahaja boleh menyaksikan gelagat haiwan, malah juga boleh memegang, bermain dan memberi makan kepada haiwan-haiwan seperti kura-kura, rusa dan arnab sambil dipantau oleh renjer zoo. Selain itu, kanak-kanak dapat menikmati pengalaman “pony ride” dan menonton persembahan burung Kakak Tua di Kampung Mahmood. Pengalaman ini pasti akan memberikan kegembiraan buat si kecil!



5)    Aktiviti fizikal di Camp 5 Climbing Gym

Sekiranya si kecil anda suka berlari, memanjat dan melakukan aktiviti lasak, Camp5 Climbing Gym merupakan tempat yang sesuai buat mereka melakukan aktiviti fizikal dalam persekitaran yang lebih selamat! Terletak di 1 Utama Shopping Centre, tempat ini merupakan pusat “rock climbing”tertutup dan dikendalikan oleh staf profesional dan menawarkan lokasi yang terkawal dan selamat. Di sini, anak anda boleh merangsangkan kecerdasan minda mereka sekali gus meningkatkan keyakinan dalam berdepan dengan sebarang cabaran. Salah satu aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah “rock climbing” yang mempunyai pelbagai ketinggian iaitu 8m-14m dan 14m-16m tinggi.



6)    “Petting zoo” di G2G Animal Garden

Terletak di MAEPS Serdang, G2G Animal Garden adalah sebuah taman pameran dan“petting zoo” yang baru dibuka pada tahun 2017. Ia menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang berkonsepkan pelancongan eko dan agro yang memberikan pengalaman yang menyeronokkan buat kanak-kanak. Mereka juga berpeluang untuk berinteraksi bersama lebih daripada 70spesis haiwan tempatan mahupun eksotik di sini secara lebih dekat. Aktiviti seperti ini akan memberikan pengalaman yang bernilai buat mereka!
Gabungkan pengembaraan kanak-kanak dengan elemen pendidikan atau “edutainment“ kerana ianya bukan sahaja dapat memberikan mereka keseronokan malah dapat memperluas ilmu pengetahuan mereka dalam mempelajari sesuatu yang tidak dapat dilakukan di rumah mahupun di sekolah. Pengalaman seperti ini akan menjadi pengalaman yang amat bernilai buat mereka untuk masa akan datang. Bawalah anak-anak anda ke destinasi tersenarai di atas selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti dan rancang mulai sekarang! (#ImagineNowExperienceSoon).

Namun, anda diingatkan untuk sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Nasional denganmemastikan penjarakan sosial, memakai topeng muka setiap masa, gunakan pembasmi kumansecara kerapserta daftar masuk melalui aplikasi mudah alih "SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat”ketika memasuki premis pelancongan di Negeri Selangor.
Untuk informasi lanjut,layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Baca juga : Kolaborasi  Promosi Pelancongan Antarabangsa


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://norminieza.blogspot.com/2021/07/6-tempat-pembelajaran-menarik-di-negeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sistem Kesihatan Kuala Lumpur Labuan Selangor Negeri Sembilan Berisiko Lumpuh

Sistem Kesihatan Kuala Lumpur Labuan Selangor Negeri Sembilan Berisiko Lumpuh

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 192 hits
Oleh Individu yang disahkan positif COVID 19 beratur panjang bagi menghadiri penilaian daripada pihak Kementerian Kesihatan di Pusat Penilaian COVID 19 di Stadium Malawati Seksyen 13 Shah Alam PUTRAJAYA Empat negeri menunjukkan peningkatan ...
Menarik Ciri Ciri Gadis Setiap Negeri Di Malaysia

Menarik Ciri Ciri Gadis Setiap Negeri Di Malaysia

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 269 hits
Model Dalina AzizWanita semuanya unik Ada yang unik cool dan panas baran Namun tahukah anda yang ciri ciri wanita berlainan mengikut tempat yang mereka berasal Ini bermakna yang wanita yang tinggal di Johor mempunyai ciri ciri yang berlaina...
Amk Peringkat Cabang Seluruh Negeri Selangor Membantah Sekeras Kerasnya Keputusan Setiausaha Amk Malaysia

Amk Peringkat Cabang Seluruh Negeri Selangor Membantah Sekeras Kerasnya Keputusan Setiausaha Amk Malaysia

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 159 hits
KENYATAAN MEDIA KETUA KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN NEGERI SELANGOR Dukungan Penuh Serta Tuntutan Agar Najwan Halimi Dikekalkan Sebagai Ketua Angkatan Muda KEADILAN Negeri Selangor Kami merujuk kepada surat oleh Setiausaha AMK Malaysia Ahmad...
10 Tempat Yang Mirip Negeri Dongeng

10 Tempat Yang Mirip Negeri Dongeng

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 156 hits
10 Tempat yang Mirip Negeri Dongeng1 Colmar Daerah Colmar di Perancis telah dinyatakan sebagai kota yang paling indah di Eropa seakan baru keluar dari negeri dongeng Kota Kecil di Alsace ini terkenal bukan hanya karena arsitektur kota tuany...
Girl Slashed To Death Allegedly By Uncle In Kuala Selangor

Girl Slashed To Death Allegedly By Uncle In Kuala Selangor

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 243 hits
KUALA SELANGOR A girl has died after she succumbed to injuries sustained after she was allegedly slashed by her uncle in a village here Kuala Selangor OCPD Supt Ramli Kasa said investigations were ongoing Further details for the case which ...
Terkini Covid 19 Kes Baharu Masih Lebih 6 000 Selangor Tertinggi Dengan 2 262 Kes

Terkini Covid 19 Kes Baharu Masih Lebih 6 000 Selangor Tertinggi Dengan 2 262 Kes

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 253 hits
Angka jangkitan baharu COVID 19 dalam negara merekodkan 6 045 kes bagi tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kumulatif setakat ini ialah 778 652 kes Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan di laman Twitt...
Pastikan Bekalan Vaksin Cukup Baru Benar Rentas Negeri

Pastikan Bekalan Vaksin Cukup Baru Benar Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 166 hits
BERJASA minta menteri fokus isu depan mata dahulu BANGI Kebenaran merentas negeri hanya wajar dilaksanakan sekiranya semua individu yang berdaftar dalam aplikasi MySejahtera sudah mendapat slot janji temu suntikan vaksin masing masing Menyu...
Bercuti Di Tasik Kebun Serendah Rawang Selangor

Bercuti Di Tasik Kebun Serendah Rawang Selangor

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 600 hits
Team retreat di Tasik Kebun Serendah Awesome place Siapa sangka berdekatan dengan Kuala Lumpur ada kawasan dan tempat percutian yang tersembunyi ni Lokasi yang terletak tidak jauh daripada ibu kota Kalau dahulunya Serendah mungkin kedengara...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Utilizing Crowdfunding For Business

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Reaching Out



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


10 Tempat Sarapan Terbaik Di Selangor

Office Rental Near Kl Sentral Station Advantages For Business Connectivity

Gaji 2005 Yuran Pengalaman 2016

The Cultural Impact Of Online Casino Gaming On Filipino Society

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Polis Tahan Pemandu Peribadi Kerana Melakukan Khianat Dan Memukul