Sistem Kesihatan Kuala Lumpur Labuan Selangor Negeri Sembilan Berisiko Lumpuh


Oleh Noor Atiqah Sulaiman  Individu yang disahkan positif COVID-19 beratur panjang bagi menghadiri penilaian daripada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Stadium Malawati, Seksyen 13, Shah Alam. PUTRAJAYA: Empat negeri menunjukkan peningkatan kes harian baharu melebihi kapasiti maksimum hospital dan berkemungkinan sistem kesihatannya akan lumpuh, sekiranya tidak dikawal.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata empat negeri itu termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Labuan.
Katanya, kes harian yang dilaporkan kini tidak menunjukkan tanda-tanda pengurangan, malah kes meningkat secara purata 2.6 peratus selama tujuh hari kebelakangan ini.
"Jika situasi ini berterusan, sistem kesihatan di negeri berkenaan akan lumpuh dan seterusnya situasi yang sama bagi seluruh negara mungkin berlaku," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dr Noor Hisham memaklumkan, jumlah purata kes baharu harian selama tujuh hari iaitu antara 30 Jun hingga 6 Julai lalu adalah sebanyak 6,539 kes dan jumlah itu dilihat masih tinggi berbanding nilai ambang Pelan Pemulihan Negara (PPN) iaitu kurang daripada 4,000 kes sehari (atau 12.2 kes baharu harian bagi setiap 100,000 penduduk).
"Nilai ambang 4,000 kes baharu harian ini adalah ditetapkan berdasarkan kapasiti hospital yang menghadapi situasi luar jangka, kadar kemasukan kes ke wad dan kadar discaj kes semasa.
"Negeri yang mencatatkan bilangan kes baharu melebihi nilai 12.2 kes bagi setiap 100,000 penduduk adalah Labuan, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Putrajaya, Sarawak dan Pahang.
"Apa yang lebih membimbangkan, trend kemasukan kes COVID-19 ke Unit Rawatan Rapi (ICU) masih berada pada tahap yang tinggi. Ia tidak menunjukkan penurunan yang ketara sejak dari Minggu Epidemiologi (ME) ke-23 (6 Jun hingga 12 Jun) hingga kini.
"Jumlah penggunaan katil ICU masih di negara ini masih melebihi 90 peratus, dalam masa yang sama petugas barisan hadapan dalam sektor perubatan dan kesihatan) mengalami gelaja tekanan melampau atau 'burnout' kerana terpaksa berjuang menangani begitu banyak kes COVID-19 untuk tempoh yang kian berlarutan," katanya.
Berikutan itu, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya juga membuat penukaran beberapa hospital di Lembah Klang sebagai hospital sepenuhnya untuk merawat pesakit COVID-19.
"Turut dipertimbangkan ialah untuk menukar status Hospital Shah Alam bagi merawat kes-kes COVID-19; tambah kapasiti katil, menggalakkan penubuhan lebih banyak Pusat Kuarantin Risiko Rendah Swasta (PKRCS) kendalian fasiliti kesihatan swasta.
"Selain itu, kita menggalakkan semua negeri untuk terus menjalin dan menggandakan kerjasama antara semua pihak dalam membendung penularan wabak COVID-19 di negeri masing-masing," katanya.
Bagi negeri yang sudah beralih ke Fasa 2, mereka dinasihatkan untuk terus mengamalkan kepatuhan yang penuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yangdigariskan bagi memastikan situasi di negeri berkenan terus pulih dan beralih ke fasa seterusnya bagi mempercepatkan proses pemulihan sektor kesihatan, ekonomi dan sosial.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/sistem-kesihatan-kuala-lumpur-labuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Negeri Kl Labuan Kritikal Sistem Kesihatan Hampir Lumpuh Kata Noor Hisham

Dua Negeri Kl Labuan Kritikal Sistem Kesihatan Hampir Lumpuh Kata Noor Hisham

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 367 hits
Kuala Lumpur Selangor Negeri Sembilan dan Labuan merekodkan peningkatan kes harian baharu melebihi kapasiti maksimum hospital di negeri masing masing kata Dr Noor Hisham Abdullah PETALING JAYA Kuala Lumpur Selangor Negeri Sembilan dan Labua...
Yakinkah Anda Dgn Hanya Setakat Pkpd Di Selangor Dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Yakinkah Anda Dgn Hanya Setakat Pkpd Di Selangor Dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 372 hits
YA Saya tidak menafikan kemungkinan PKPD di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diperlukan Ia bakal menghadkan pergerakan Rakyat tapi adakah kaedah lapok ini SAHAJA yg akan memberi impak positif terhadap penurunan angka jangkitan ...
Sistem Kesihatan Indonesia Hampir Lumpur Kes Covid 19 Semakin Naik

Sistem Kesihatan Indonesia Hampir Lumpur Kes Covid 19 Semakin Naik

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 361 hits
AGENDA DAILY Khemah terpaksa didirikan di luar hospital di Indonesia untuk menampung peningkatan jumlah pesakit Covid 19 Gambar AP Presiden Joko Widodo berkata Indonesia kini sedang berdepan dengan situasi luar biasa ketika jangkitan Covid ...
Kawasan Pkpd Selangor Dan Kuala Lumpur Terkini Lokasi Terlibat

Kawasan Pkpd Selangor Dan Kuala Lumpur Terkini Lokasi Terlibat

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 626 hits
Kawasan PKPD Selangor Dan Kuala Lumpur Terkini Lokasi Terlibat telahpun diumumkan oleh Menteri Kanan Dato Seri Ismail Sabri Yaakob Untuk tempoh dua minggu lagi bermula 3 Julai hingga 16 Julai 2021 kita akan dikurung di kawasan penempatan ki...
Pengalaman Buat Urutan Servis Chiropractor Kuala Lumpur

Pengalaman Buat Urutan Servis Chiropractor Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 472 hits
Teruja bila pertama kali saya Buat Urutan Servis Chiropractor Kuala Lumpur Satu lagi servis teknik urutan yang memang ramai orang cari perkhidmatan membetulkan urat dan tulang badang dengan nama Chiropractic Ia satu cara baru untuk urutan b...
What Happened To The Patients On The Floor Hospital Kuala Lumpur Director Explains After Pictures Go Viral

What Happened To The Patients On The Floor Hospital Kuala Lumpur Director Explains After Pictures Go Viral

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 463 hits
This picture taken from social media shows a health worker attending to a patient on the floor Picture via Twitter azirasalfarinaKUALA LUMPUR July 3 Hospital Kuala Lumpur director Datuk Dr Heric Corray stepped forward today to clarify the s...
4 690 Keluarga Miskin Tegar Di Kuala Lumpur Akan Dibantu

4 690 Keluarga Miskin Tegar Di Kuala Lumpur Akan Dibantu

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 321 hits
SEBANYAK 4 690 keluarga miskin tegar di Kuala Lumpur akan dibantu secara terus bermula 14 Julai depan di bawah program Jejak Prihatin Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata beliau telah pun selesai memberi taklimat kepada w...
Exco Kesihatan Selangor Mohon Maaf Kepada Khairy

Exco Kesihatan Selangor Mohon Maaf Kepada Khairy

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 452 hits
Exco Kesihatan Selangor Dr Siti Mariah Mahmud hari ini memohon maaf kepada Khairy Jamaluddin susulan perbalahan mereka berhubung bekalan vaksin di negeri itu mengatakan beliau diberitahu dalam mesyuarat Badak Bertindak Imunisasi Covid 19 ba...
5 Pilihan Tempat Makan Terbaik Di Kuala Lumpur

5 Pilihan Tempat Makan Terbaik Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 636 hits
5 Pilihan Tempat Makan Terbaik di Kuala Lumpur Makanan Barat boleh dianggap sebagai satu subjek yang luas kerana menu makanan barat ini biasanya digabungkan sebagai makanan Eropah dan Amerika Disebabkan itu pilihan menunya sangat banyak hin...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Nasi Goreng Dan Bab Manusia Jadi Monyet


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu