6 Resipi Roti Sandwic Sedap Untuk Guna Roti Hampir Tamat Tempoh


Roti sandwic yang hampir tamat tempoh biasanya sudah sedikit keras dan tidak enak dimakan. Nak dibiarkan begitu sahaja, sayang pula lebih-lebih lagi jika roti masih lagi banyak. Usah buntu kerana ada pelbagai sajian yang anda boleh hasilkan menggunakan roti sandwic ini. Bukan yang biasa-biasa tau. Semuanya enak belaka. Jom cuba!
1. Lasagna Roti Bahan-bahan: 1 buku roti Gardenia – digelek 400gm daging kisar 2 biji bawang besar/bawang Holland potong dadu 2 ulas bawang putih 1 botol Sos Spageti Leggo’s (napoletana) 575gm Sayur campur (ikut selera suka banyak mana) Sedikit lada hitam, lada putih, gula, garam dan minyak untuk menumis Sedikit tepung gandum dan tepung jagung 1 sudu kecil oregano/mix herbs (optional) 2 keping keju cheddar & keju mozarella untuk topping Cara Masak Kuah Lasagna: Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan daging kisar dan kacau hingga masak. Kemudian masukkan sos spageti bersama sedikit air dari botol. Tambahkan serbuk lada hitam, lada putih dan oregano. Setelah mendidih, masukkan sayur campur dan tepung jagung yang dibancuh air untuk memekatkan kuah. Perasakan dengan garam dan gula. Tutup api.
Cara Masak Sos Putih: Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan sedikit tepung gandum dan kacau hingga perang. Masukkan air, lada hitam, lada putih, garam, gula dan keju cheddar. Masak hingga pekat dan tutup api.
Cara Memasak Lasagna: Dalam loyang 8×8, lapiskan kuah lasagna, sos putih dan roti sandwic yang digelek. Ulang hingga habis. Lapisan terakhir mestilah kuah dan sos putih. Taburkan keju mozarella dan bakar pada suhu 180°C selama 20–30 minit. Siap untuk dinikmati!


Kredit resipi & foto: Mis Julie Biz
2. Apple Pie Roti Bahan Inti: 4 biji epal merah (dadu) 1 sudu besar gula (gula perang lebih sedap) 1 sudu besar mentega 1 batang kayu manis / serbuk kayu manis 1 cawan air 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan air) Bahan Lain: Roti sandwic Minyak masak secukupnya Cara Memasak: Masukkan semua bahan kecuali air dan tepung jagung. Bila sudah wangi, masukkan air dan biar mereneh. Bila epal lembut, masukkan tepung jagung untuk memekatkan. Letak inti di tengah roti yang dileperkan, tekap guna cawan dan goreng hingga keperangan. Sedia untuk dinikmati.


Kredit resipi & foto: Hasliza Abu Hassan
3. Aiskrim Goreng Viral Bahan-bahan: Roti sandwic Aiskrim apa-apa perisa Cara Memasak: Bentukkan roti menggunakan gelas. Letakkan satu sudu aiskrim di tengah dan tekap semula. Goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan. Angkat dan nikmati segera. Resipi mudah tapi sedap!

Kredit resipi & foto: Rebecca Melessa
4. Pizza Roti Simple Bahan-bahan: Roti Gardenia Cheese mozarella Sosej / isi ayam / isi ketam (direbus) Lada benggala Mayonis & sos cili Cara Memasak: Sapukan sos cili atas roti dan susun dalam loyang. Letak bahan topping seperti isi ayam, lada benggala dan mayonis. Taburkan cheese mozarella. Bakar pada suhu 200ºC selama 5 minit. Siaplah pizza roti sandwic yang ringkas dan lazat.
Kredit resipi & foto: Nurin Sorfina
5. Puding Roti Krim Keju Coklat Cip Bahan-bahan: 10 keping roti 2 cawan susu segar 1/2 cawan gula perang 250 gram krim keju 1 biji telur Coklat cip & vanila essence Cara Menyediakan: Potong roti dan susun dalam loyang. Tuangkan susu segar dan rendam 15 minit. Pukul krim keju dengan telur hingga gebu, kemudian campur dengan gula dan vanila. Tuang adunan ke atas roti, tabur coklat cip dan bakar pada suhu 180°C selama 20 minit. Turunkan ke 150°C dan bakar lagi 40 minit. Hasilnya lembut dan wangi!
Kredit resipi & foto: Maslina Meor Radhi
6. Puding Roti Pelangi Bahan-bahan: 10gm agar-agar tali 3 cawan air Bahan Kisar: 4 keping roti sandwic (dicarik) 1 cawan susu cair 1 ½ cawan susu pekat ½ cawan gula halus 2 biji telur 2 sudu makan marjerin Pewarna pilihan Cara Memasak: Masak agar-agar tali bersama air hingga larut. Masukkan bahan kisar ke dalam larutan agar-agar dan masak hingga pekat. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut citarasa. Tuang berselang-seli ke dalam bekas dan sejukkan dalam peti sejuk. Siap untuk dinikmati!
Kredit resipi & gambar: Norlida Salleh
Kesimpulan Jangan buang roti sandwic yang hampir tamat tempoh! Cuba pelbagai resipi sedap ini untuk elak pembaziran. Setiap menu seperti lasagna, apple pie dan pizza roti pasti membuatkan anda teruja. Selamat mencuba!
 
 
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Power, Masak Asam Pedas Rebus Stail Orang Utara

Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.

Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak

Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba

5 Resipi Sajian Air Asam Pembuka Selera. Memang Sedap!

Sedap…Begini Cara Buat Coleslaw Sebijik Macam KFC

Cara Mudah Buat Tat Telur Portugis Homemade Yang Sedap

Resipi Sizzling Tauhu Telur. Mudah Betul Cara Masaknya

Cara Masak Shrimp Omelette Sedap Macam Dekat Restoran Thai

Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera

Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk

Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau

Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis

Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata

Resipi Tart Telur Simple & Sedap. Wajib Dicuba

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
 


from Rasa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2025/10/6-resipi-roti-sandwic-sedap-untuk-guna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Akok Homemade Sedap Mudah Guna Sandwic Maker Je

Resipi Akok Homemade Sedap Mudah Guna Sandwic Maker Je

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 240 hits
Akok homemade adalah antara kuih tradisional yang sangat popular terutama sekali di bulan Ramadan Rasanya yang lemak lemak manis memang buat ramai yang rindu suasana berbuka puasa di kampung Biasanya kuih ini dibakar menggunakan arang supay...
Sos Cili Thai Homemade Resipi Jimat Sedap Buat Sendiri Di Rumah

Sos Cili Thai Homemade Resipi Jimat Sedap Buat Sendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 183 hits
Sos Cili Thai homemade memang antara penyedap masakan yang wajib ada di setiap rumah Setiap kali menikmati makanan bergoreng seperti nugget ayam goreng atau cucur memang tak lengkap tanpa sos ini Tapi tahukah anda sos cili Thai homemade bol...
Ketti Urundai Resipi Kuih Bebola Keras Sedap Mudah Sempena Deepavali

Ketti Urundai Resipi Kuih Bebola Keras Sedap Mudah Sempena Deepavali

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 192 hits
Pernah cuba Ketti Urundai Kuih Bebola Keras Resipi yang dikongsi oleh Puan Moganavallay Nagarajan ini boleh dikatakan antara snek tradisional yang sedap dan menjadi hidangan istimewa ketika perayaan Deepavali Sempena Deepavali yang bakal me...
Donat Gula Klasik Resipi Sedap Lembut Gebu Yang Wajib Cuba

Donat Gula Klasik Resipi Sedap Lembut Gebu Yang Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 197 hits
Bagi penggemar Donat Gula Klasik resipi perkongsian saudari Mizzmoon Moon ini antara yang wajib anda cuba Resipi ini sangat mudah tidak menggunakan banyak bahan dan hasilnya memang lembut gebu serta sedap Jika anda mempunyai bread maker gun...
Resipi Ikan Bakar Asam Jawa Makan Tanpa Pencicah Pun Dah Cukup Sedap

Resipi Ikan Bakar Asam Jawa Makan Tanpa Pencicah Pun Dah Cukup Sedap

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 218 hits
Resipi ikan bakar asam jawa ini memang terbaik Rasa masam manis pedas dan sedikit berasap membuatkan siapa saja akan teringat ingat keenakannya Tak perlu lagi air asam sebab pes asam jawa ini sudah cukup berperisa dan menyelerakan Nak jugak...
Tauhu Telur Goreng Crispy Rangup Mudah Resipi Kudapan Sedap Wajib Cuba

Tauhu Telur Goreng Crispy Rangup Mudah Resipi Kudapan Sedap Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 141 hits
Kalau anda tengah mencari kudapan yang rangup mudah dan cepat disediakan resipi Tauhu Telur Goreng Crispy ni memang wajib cuba Hidangan ini sangat sedap dimakan begitu saja dengan sos kegemaran atau dijadikan lauk sampingan bersama nasi pan...
Resipi Kurma Telur Pekat Berempah Lauk Simple Paling Sedap

Resipi Kurma Telur Pekat Berempah Lauk Simple Paling Sedap

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 201 hits
Kalau rasa nak masak lauk telur yang mudah tapi sedap resipi kurma telur ini memang pilihan terbaik Kuahnya pekat lemak dan cukup berempah sesuai digandingkan dengan nasi putih roti jala atau pulut Bau rempah kurma yang ditumis bersama daun...
Resipi Nasi Ayam Bakar Sedap Dan Mudah Butter Minyak Bijan Rahsia Buat Ayam Juicy

Resipi Nasi Ayam Bakar Sedap Dan Mudah Butter Minyak Bijan Rahsia Buat Ayam Juicy

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 219 hits
Kalau dah bosan dengan nasi ayam goreng nasi ayam bakar versi ini wajib cuba Aroma ayam yang dibakar bersama butter dan minyak bijan memang memikat kulit ayam berkilat cantik isi pula juicy dan lembut Resipi nasi ayam ini bukan sahaja mudah...
Wanita Tempatan Ditahan Cuba Seludup Warga Asing Guna Fast Track Klia

Wanita Tempatan Ditahan Cuba Seludup Warga Asing Guna Fast Track Klia

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 171 hits
Mohd Haris Fadli Mohd FadzilSEPANG Wanita tempatan ditahan selepas disyaki cuba menyeludup masuk warga asing melalui laluan khas di kaunter pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini kelmarin A...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Irfan Zaini Gambarkan Watak Jack Sebagai Watak Kompleks Dalam Macai

Jabal Malaikat Allah Hantar 3000 Malaikat Untuk Bantu Dalam Perang Badar

Flow Bangi Smoke Brew Bandar Baru Bangi

Manfaat Kunyit Untuk Kesihatan Kecantikan Kesuburan

Nasi Goreng Simple Dan Pengalaman Musim Luruh

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau