Nasi Ayam Geprek Resepi Che Nom
Cubaan pertama Azie masak Nasi Ayam Sambal Geprek. Hidangan inspirasi dari negara jiran, Indonesia. Alhamdulillah suami kata jadi elok dah ni. Rasa pun sedap dooh. Suami bagi thumbs up. Makan pun bertambah. Sebagai isteri haruslah rasa bahagia jiwa dan senyum sampai paras telinga setelah berperang bertungkus-lumus di dapur berjam-jam berlengas menyiapkan Nasi Ayam Sambal Geprek ni. Sebenarnya hendak buatnya tidak susah mana. Bahan pun senang didapati dan tidak banyak.
Ayam Geprek paling penting adalah sambalnya. Jika sambal geprek padu maka padulah seluruhnya. Ayam geprek sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih, salad atau ulam-ulaman, tempe goreng dan sup panas. Slurrrpp! Aduhai sendiri pulak terliur. Sebenarnya buat nasi ayam sambal geprek ni tahun lepas, 14 November 2020. Masa tu mood nak update blog masih kelaut dalam. Mood blogging tenggelam di dasar laut. Banyak kongsi di instagram story sahaja.
Pada pagi yang berbahagia ni, kita tengah clearkan gambar-gambar dalam handphone yang sudah mencecah 5000 lebih gambar. Maka terselit di situ memori masak memasak Nasi Ayam Geprek. Jadi kita kongsilah di blog buat kenangan jua. Saya ikut resepi Ayam Geprek Che Nom. Ternyata sedap dan padu sangat sambalnya. Resepi saya tidak tepek disini sebab tidak minta kebenaran Che Nom. Boleh rujuk di Youtube Channel beliau atau di blog resepi beliau okay.
Ayam Geprek berasal dari Yogyakarta wujud sejak tahun 2003 tapi mula popular dan tular dari Indonesia sampai ke Malaysia pada tahun 2017. Geprek dalam bahasa Jawa bererti dipukul, ditekan atau dilumatkan, maka ayam geprek bererti "ayam yang ditekan". Hidangan ini hampir sama dengan masakan Jawa tradisional ayam penyet kerana kedua-duanya adalah sama-sama ayam goreng yang diketuk menggunakan penggiling dan dicampur dengan sambal - sumber: Wikipedia
Selamat Mencuba. Kalau tak sempat masak boleh order Grab :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azyyatiliah.com/2021/09/nasi-ayam-geprek-resepi-che-nom.html