6 Rahsia Disebalik Pembuatan Gajet Terkenal Di Dunia Yang Akan Membuatkan Anda Terkedu


Gajet-gajet canggih yang ada di dunia ketika ini didatangkan dengan pelbagai jenis model dan jenama, serta pelbagai jenis strategi pemasaran yang mampu memukau orang ramai.

Dilabelkan sebagai futuristik, moden, canggih, teman peribadi kita serta bermacam lagi gelaran yang menggambarkan kehebatan gajet, kita sebagai pengguna akhirnya menjadi peminat setia jenama yang kita gemari.

Namun, ini adalah 6 rahsia tentang gajet berteknologi tinggi yang ramai tak tahu.

1. OnePlus, Oppo dan Vivo Datang Dari Syarikat Yang Sama


Kerap kali kita melihat perdebatan yang memandang 'hina' individu menggunakan telefon pintar jenama Oppo, padahal dia pun pakai Vivo.

Ada ramai juga ramai rakyat Malaysia yang taksub dengan jenama OnePlus dan strategi pemasarannya yang unik, sehingga membuatkan telefon lain nampak tak setanding dengan telefon itu.

Hentikan perdebatan ini, kerana OnePlus, Oppo serta Vivo sebenarnya datang daripada syarikat yang sama.

Syarikat itu bernama BBK Electronics, sebuah syarikat di China yang mempunyai kilang sebesar 10 hektar dan mempunyai jumlah pekerja seramai 17 ribu orang.

Seperti banyak syarikat elektronik di China, BBK Electronics bermula sebagai sebuah syarikat pengeluar konsol tiruan Nintendo satu masa dulu.

2. Peminat tegar produk Apple? Anda patut tahu tentang Quanta Computer


Quanta Computers juga seperti Compal, adalah ODM antara yang terbesar di dunia, namun senarai pelanggan Quanta mempunyai satu nama yang digemari ramai, Apple.

Sebagai sebuah syarikat ODM, Quanta sebenarnya bertanggungjawab mereka bentuk dan membangunkan kebanyakan produk Apple yang popular seperti Apple Watch, Apple Macbook Air dan Apple Macbook Pro.

Secara ringkas, Quanta akan menerima spesifikasi daripada Apple, apa peranti di dalamnya serta rekaan asal yang dimahukan oleh Apple, kemudian Quanta mencari jalan bagaimana hendak merealisasikan rekaan tersebut berdasarkan visi rekaan awal Apple.

Setakat ini, Quanta tidak pernah mengecewakan Apple kerana kebanyakan pesanan Apple berjaya disiapkan, malah Quanta menjadi antara pengeluar terbaik beberapa gajet Apple yang sangat sukar untuk direalisasikan, pada kos yang rendah.

3. Compal Electronics Inc.


Pernah dengar jenama Compal? Pasti anda tak pernah tahu kewujudan syarikat ini walaupun anda berkemungkinan besar ada peranti hasilan mereka.

Compal Electronics Inc adalah sebuah syarikat berstatus ODM atau Original Design Manufacturers yang bertanggungjawab mereka bentuk dan membina kebanyakan komputer riba jenama Dell, Toshiba, HP dan Acer.

50 peratus komputer riba jenama terkenal Dell adalah ciptaan Compal dengan rekaan serta penghasilannya dilakukan sepenuhnya oleh Compal, dengan Dell hanya bertanggungjawab secara sangat minima dalam penghasilan komputer itu.

Memang sejak dulu lagi kebanyakan komputer riba yang ada dijual, datang daripada syarikat seperti Compal.

Beberapa model yang dikeluarkan Compal ada dijual sendiri oleh mereka tanpa pemasaran besar, walaupun dibangunkan pada asalnya untuk jenama lain seperti Acer dan Dell misalnya.

Compal juga membuka jualan kepada mana-mana syarikat kecil yang mahu membangunkan jenama sendiri.

Jualan dilakukan menggunakan model keluaran mereka, tanpa jenama dan pembeli bebas meletak apa saja jenama yang mereka mahu. Sebab itulah ada pelanggan membeli peranti mahal berjenama tetapi menjumpai peranti yang sama, cuma jenamanya saja berbeza. Harganya pula murah berkali-kali ganda.

4. Produk Anda Mungkin Dihasilkan Oleh Buruh Kanak-kanak


Berikutan penggunaan bateri lithium-ion dalam kebanyakan gajet kita hari ini, penggunaan bahan cobalt menjadi sangat penting dalam industri elektronik.

Cobalt adalah bahan penting dalam penghasilan bateri dan tidak banyak tempat melombongnya dengan kos yang minima kecuali di Congo.

Sebuah laporan yang dikeluarkan Amnesty International pada tahun 2016, wujud sindiket perlombongan cobalt untuk bekalan industri elektronik menggunakan tenaga buruh kanak-kanak, dengan setiap 'pekerja' dibayar mengikut jumlah cobalt yang berjaya ditemui.

Cobalt yang ditemui akan dijual kepada syarikat bernama Congo Dongfang Mining, sebuah anak syarikat pemproses cobalt terbesar bernama Huayou Cobalt.

Huayou Cobalt pula bertanggungjawab memasarkan bahan tersebut kepada syarikat-syarikat pembuat bateri yang dilantik, dengan bateri yang siap dibekalkan terus kepada syarikat-syarikat ini.

Setakat ini, beberapa syarikat seperti Apple, Samsung dan Sony menafikan dakwaan ini walaupun Huayou Cobalt dengan jelas menyenaraikan mereka sebagai pelanggan.

5. Apple Bukanlah Pengeluar Jenama iPhone Yang Pertama


Kita mengenali nama Apple dengan penggunaan huruf 'i' di depan, yang menjadi identiti produk-produk Apple, bagaimanapun, iPhone pertama sebenarnya bukan milik Apple.

Sebuah syarikat bernama InfoGear adalah pengeluar iPhone pertama di dunia, iaitu sebuah telefon meja yang mempunyai skrin, papan kekunci dan kebolehan mengakses internet.

Pada tahun 2000, InfoGear dibeli oleh Cisco dan menjadi pemilik baru nama iPhone sebenar.

Mereka mengeluarkan gajet baru bernama Linksys iPhone dan selepas Steve Jobs mengumumkan iPhone pada tahun 2007, Cisco menyaman Apple kerana menggunakan hak cipta mereka yang telah didaftarkan. Penyelesaian diterima kedua-dua pihak untuk sama-sama berkongsi nama iPhone dengan Apple dikatakan membayar sejumlah amaun yang tidak diketahui berapa jumlahnya.

6. "Samsung? Eeuww!"


Bagi peminat Apple yang tahu, mereka pasti tidak akan memandang rendah jenama telefon lain kerana mereka tahu apa sebenarnya isi kandungan sesebuah iPhone.

Semenjak diperkenalkan lagi, iPhone sebenarnya mempunyai banyak komponen jenama Samsung terkandung di dalamnya.

Samsung adalah pengeluar terbesar prosesor A9 yang dipasang dalam setiap iPhone 6, A7 pada iPhone 5 dan A6 pada iPhone 5.

Hanya bermula pada siri prosesor A10 yang digunakan pada iPhone 7, Samsung tidak lagi terlibat dalam pembuatan prosesor untuk iPhone.

Namun, untuk setiap satu iPhone X yang dijual, Samsung mencatatkan keuntungan lebih RM450 setiap jualan berikutan banyak komponen buatan Samsung seperti skrin dan RAM digunakan di dalamnya.

Untung Samsung menghasilkan bahagian dalaman iPhone X sebenarnya melebihi untung Samsung dalam menghasilkan telefon mereka sendiri, Samsung Galaxy S8.

Jadi, tak perlulah kita nak "euwww euwww" hanya kerana kita percaya pada strategi pemasaran produk Apple, kerana anda mungkin nampak jenama Apple, tetapi isi perutnya tetap Samsung.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Rahsia Cara Terbaik Buat Duit Secara Online Dari Rumah!5 Tablet Dan Telefon Game Yang Mengalami Kegagalan
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/07/rahsia-pembuatan-gajet-popular-di-dunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pernah Bintangi Filem Crows Zero 2 Pelakon Terkenal Jepun Haruma Miura Meninggal Dunia

Pernah Bintangi Filem Crows Zero 2 Pelakon Terkenal Jepun Haruma Miura Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 907 hits
Pelakon popular Jepun Haruma Miura ditemui mati di kediamannya di Tokyo pada hari ini lapor Menurut sumber penyiasatan pelakon berusia 30 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya di Minato Ward Dia kemudian dikejarkan ke hospital n...
Bank Dunia Malaysia Depani Badai Covid 19 Lebih Baik Negara Lain

Bank Dunia Malaysia Depani Badai Covid 19 Lebih Baik Negara Lain

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 206 hits
KUALA LUMPUR 19 JULAI Meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran yang dibawa oleh pandemik Covid 19 Malaysia mengharungi kegawatan ekonomi ini dengan lebih baik berbanding negara negara lain kata Bank Dunia Pengarah Negara Bank Dunia bagi Br...
Wanita Muda Yang Mengoncang Dunia

Wanita Muda Yang Mengoncang Dunia

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 627 hits
Sosok wanita selalunya difikirkan oleh ramai lelaki lelaki konservatif sebagai layaknya duduk dan tinggal di rumah Dan ramai juga lelaki mempercayai wanita hanya sesuai memanaskan telapak kaki mereka di ruang dapur di rumah masing masing di...
Malaysia Mampu Tangani Krisis Covid 19 Bank Dunia

Malaysia Mampu Tangani Krisis Covid 19 Bank Dunia

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 200 hits
Ndiam Diop KUALA LUMPUR Terdapat tanda tanda menggalakkan yang menunjukkan Malaysia mampu menangani krisis Covid 19 dengan lebih baik berbanding negara negara lain Ini kerana ekonomi Malaysia mempunyai asas kukuh dengan strukturnya yang pel...
Covid 19 4 Krisis Yang Dihadapi Dunia

Covid 19 4 Krisis Yang Dihadapi Dunia

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 232 hits
Pandemik COVID 19 tidak dinafikan lagi telahmenjejaskan kehidupan harian manusia Selain menyebabkan kematian dan kerugian besar kepada ekonomi ia juga boleh menyebabkan krisis berkaitan kemanusiaan yang selama ini sudah wujud di dunia ini m...
Ayah Ustaz Haslin Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi

Ayah Ustaz Haslin Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 339 hits
Bapa kepada penceramah bebas terkenal Ustaz Haslin Baharim meninggal dunia pada awal pagi tadi Menerusi perkongsian daripada laman Facebook rasmi Ustaz Bollywood mengatakan bahawa jenazah Allahyarham Baharim bin Hashim akan disembahyangkan ...
Terkini 14 2 Juta Orang Positif Covid 19 Seluruh Dunia

Terkini 14 2 Juta Orang Positif Covid 19 Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 248 hits
Ketika ini jangkitan Coronavirus COVID 19 di seluruh dunia telah mencapai 14 288 689 kes dengan 8 027 451 di antaranya telah dinyatakan sembuh berdasarkan Kes Global Coronavirus COVID 19 oleh Johns Hopkins CSSE Jumlah kes sembuh terbesar ba...
Aktor Muda Haruma Miura Meninggal Dunia Kehilangan Untuk Industri Film Jepang

Aktor Muda Haruma Miura Meninggal Dunia Kehilangan Untuk Industri Film Jepang

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 552 hits
Berita duka datang dari Jepang Selamat jalan Haruma Miura Aktor kenamaan yang telah memerankan berbagai tokoh keren di industri perfilman Jepang
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nostalgia Bedak Sejuk

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Hiburan Saya Rasa Mereka Ada Masa Depan Yang Baik Abby Abadi Dedah Aslam Kini Bawa Grab Dan Berniaga



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Ara Johari Delulu Chord

Apakah Pekerjaan Yang Paling Baik

Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Allah Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia

Deep Dive 5 Historic Lots From Gooding S Geared Online Sale

Tiba Tiba Datang Rasa Nak Bersalin Doktor Kongsi Apa Patut Ibu Ayah Buat Jangan Panik

Ini Kata Kata Terakhir Korban Penganiayaan Senior Stip Sebelum Dipukuli Hingga Tewas