6 Persoalan Yang Rakyat Perlu Tahu Di Sebalik Hibah 1 25




Seluruh rakyat Malaysia pastinya gempar dengan pengisytiharan Hibah Tabung Haji sebanyak 1.25% yang dibuat YB Dr Mujahid Yusuf Rawa iaitu KADAR TERENDAH dalam sejarah Tabung Haji (TH)!

Seperti dijangkakan YB Menteri menggunakan naratif menyalahkan Kerajaan dan pengurusan terdahulu yang kononnya melakukan manipulasi akaun dan salah guna kuasa hingga selama 5 tahun berturut-turut mengisytiharkan Hibah yang tinggi kepada pendeposit.

Sebelum pihak Menteri dan pengurusan baharu TH meneruskan permainan menyalah (blame game), lebih baik mereka bersikap telus kepada rakyat untuk menjelaskan beberapa persoalan penting yang membawa kepada pengisytiharan Hibah yang terendah ini:-

1. Mengapakah TH hanya mengagihkan RM913 juta sahaja kepada pendeposit sedangkan mereka mengumumkan keuntungan boleh agih bagi tahun kewangan 2018 sebanyak RM2 bilion?

2. Ke manakah baki keuntungan RM5.8 bilion hasil penjualan aset-aset berharga TH kepada Syarikat SPV Urusharta Jemaah Sdn Bhd? Sebagaimana laporan YB Menteri sebelum ini jumlah aset bernilai RM10 bilion telah berjaya dijual pada nilai RM19.9 bilion. Sekiranya keuntungan ini digunakan untuk menutup defisit RM4.1 bilion aset pada tahun 2017, maka ianya masih berbaki RM5.8 bilion. Namun begitu, TH hanya mengisytiharkan RM2 bilion sahaja keuntungan boleh agih. Ke mana perginya RM3.8 bilion baki keuntungan hasil jualan aset-aset TH?

3. Apakah jaminan bahawa aset-aset yang dijual oleh TH kepada Syarikat Urusharta Jamaah Sdn Bhd mampu ditebus pada nilai yang sepatutnya. Apakah yang terjadi sekiranya nilai aset-aset ini kurang dari nilai Sukuk yang dipegang oleh TH? Sudah tentu TH terpaksa  merekodkan kerugian. Oleh yang demikian, 'Jaminan Kerajaan' amat penting, tetapi sebagaimana yang dilaporkan, Kementerian Kewangan bertegas bahawa tiada 'Jaminan Kerajaan' diberikan. Bagaimana kepentingan TH dapat dijaga?

4. Sekiranya benar berlakunya penyelewengan, penipuan, manipulasi akaun oleh pengurusan terdahulu, mengapakah sehingga hari ini tiada pendakwaan dibuat ke atas mereka? Sebaliknya Menteri lebih gemar mencetuskan sentimen dan menghukum mereka di mahkamah persepsi. Apakah ini satu cara menutup kelemahan pentadbiran Kerajaan PH yang hakikatnya juga bertanggungjawab menakut-nakutkan pelabur dengan naratif hutang negara tinggi dan bakal bankrap, dasar luar negara yang tidak konsisten dan mengelirukan hingga mengakibatkan saham-saham perladangan Kelapa Sawit dan Getah milik TH menjunam jatuh selepas pertukaran Kerajaan pada Mei 2018.

5. Benarkah aktiviti pelaburan TH telah digantung sejak tahun lalu hingga hari ini sehinggakan Jawatankuasa Pelaburan tidak bersidang dan TH tidak mampu menjana apa-apa hasil pelaburan sebagaimana kebiasaannya kecuali menjual aset-aset seperti hartanah bernilai TH kepada SPV? (Antara hartanah bernilai yang dijual termasuklah Tanah TRX yang dibeli pada harga RM196 juta dan dijual pada harga RM400 juta; Platinum Park dijual pada harga RM737 juta sedangkan harga belian RM485 juta; ini tidak termasuk hotel-hotel TH yang turut dijual di TH Bayan Lepas, TH Kuching, TH Hotel Kelana Jaya, TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Alor Setar, TH Hotel Terengganu)

6.  YB AMANAH-PH Hasanuddin Yunus mendakwa berdasarkan cariannya bahawa TH Indoplantation di Riau rugi RM408 juta sedangkan dalam rekod TH mencatatkan keuntungan berjumlah RM873 juta. Mana satu yang betul!? Pengurusan TH perlu jujur mengenainya.

Mohon YB Menteri Dr Mujahid menjelaskan dengan telus dan tulus persoalan-persoalan di atas yang rakyat berhak tahu terutamanya 9.3 juta orang pendeposit di kalangan orang Islam. Sudah-sudahlah bermain sentimen menyalah kerana tidak selamanya rakyat boleh diperbodohkan dengan sentimen fitnah dan tohmah!

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda Umno

5 April 2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/04/6-persoalan-yang-rakyat-perlu-tahu-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Seru Rakyat Tolak Bayaran Hibah Th Sangat Rendah

Najib Seru Rakyat Tolak Bayaran Hibah Th Sangat Rendah

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 275 hits
April 6 2019 12 19 AMSEREMBAN Bekas perdana menteri Najib Razak malam tadi menyeru rakyat menolak pembayaran hibah Tabung Haji yang sangat rendah selepas kerajaan hari ini mengumumkan hibah 1 25 bagi tahun kewangan 2018 Berucap kepada lebih...
Pemohon Bantuan Jkm Tak Perlu Sokongan Wakil Rakyat

Pemohon Bantuan Jkm Tak Perlu Sokongan Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 335 hits
Permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak perlu lagi mendapat sokongan wakil rakyat kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh Beliau berkata kementerian membuat keputusan itu berikutan menerima...
Kampanye Di Marauke Prabowo Ungkap Pesan Orang Tua Untuk Bela Rakyat Miskin

Kampanye Di Marauke Prabowo Ungkap Pesan Orang Tua Untuk Bela Rakyat Miskin

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 161 hits
Prabowo mengaku dipesankan supaya menjadi orang yang selalu membela rakyat Indonesia yang tertindas Pesan itu menjadi pedoman dalam hidupnya
Rakyat Malaysia Perlu Minum Satu Sudu Minyak Kelapa Sawit Setiap Hari Tun M

Rakyat Malaysia Perlu Minum Satu Sudu Minyak Kelapa Sawit Setiap Hari Tun M

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 906 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berharap semua rakyat Malaysia supaya meminum satu sudu kelapa sawit setiap hari sebagai menyahut kempen Sayangi Sawitku Beliau turut memberikan contoh satu negara berpenduduk 1 billion yang tidak dinamakan j...
Welfare Aid Wakil Rakyat Signature No Longer Required

Welfare Aid Wakil Rakyat Signature No Longer Required

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 241 hits
Those applying for aid from the Social Welfare Department no longer have to obtain signatures of their people s representatives for the application form Deputy Women Family and Community Development Minister Hannah Yeoh said the ministry ma...
Br1m Bukan Wang Yang Di Curi Dari Rakyat

Br1m Bukan Wang Yang Di Curi Dari Rakyat

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 303 hits
BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa kesal terhadap keputusan kerajaan untuk mengurangkan dan menghapuskan Bantuan Rakyat 1Malaysia Najib berkata BR1M bukan untuk tujuan politik dan kriteria penerimanya berdasarkan p...
Rindu Rakyat Saya Akan Kembali Kata Najib

Rindu Rakyat Saya Akan Kembali Kata Najib

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 348 hits
Setelah mendapat sambutan luar biasa rakyat Terengganu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar untuk kembali lagi ke negeri itu Mengakui terharu dengan sambutan mesra dari penduduk di negeri itu Najib berkata beliau tidak ...
Bn Fikir Untuk Rakyat Mencakupi Pelbagai Aspek Shamsul

Bn Fikir Untuk Rakyat Mencakupi Pelbagai Aspek Shamsul

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 242 hits
RANTAU 26 Mac 8211 Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau cukup penting untuk memastikan penyandangnya Datuk Seri Mohama
Ulangtahun Ke 5 Boat Noodle Restoran Street Food Thai Pilihan Rakyat Malaysia

Ulangtahun Ke 5 Boat Noodle Restoran Street Food Thai Pilihan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 509 hits
Siapa yang tak kenal Boat Noodle kat Malaysia ni Tambahan peminat0peminat Thai street food atau makanan jalanan Thai Restoran pilihan untuk pelbagai lapisan umur termasuk la Cik Sue si penggemar segala mee tomyam sup dan teh ais Thai tu heh...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport