6 Penyebab Kereta Anda Bergegar


Situasi kereta bergegar ialah antara beberapa masalah biasa yang kerap dialami pemandu. Apa yang berlaku bukan saja mengganggu pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kereta yang sedang dipandu.

Punca kereta bergegar

Jika mahu ambil mudah, hantar saja kereta ke bengkel untuk dibaiki. Untunglah kalau masalah dihadapi itu dapat diselesaikan, tetapi bagaimana pula kalau situasi serupa berlaku semula? Sudahlah sakit hati, wang poket pula terbang melayang.

Kali ini kami ingin berkongsi beberapa sebab utama yang menyebabkan kereta anda bergegar dan anda tidak perlu menjadi pakar untuk melakukannya.

Namun, ia bukanlah satu-satunya punca utama yang menyebabkan gegaran ke atas kereta. Jika masih ragu-ragu, idea terbaik masih lagi di tangan mekanik profesional.

Tip diberikan ini mampu membantu anda melakukan diagnosis awal yang mungkin menjimatkan wang dan masa. Teruskan membaca!

1. MASALAH ENJIN

Kadangkala gegaran berpunca daripada bahagian enjin disebabkan tidak cukup suapan udara, bahan api atau percikan api yang diperlukan untuk membolehkannya bergerak lancar.

Simptom yang menunjukkan gegaran berpunca akibat masalah enjin dapat dikesan menerusi:
Kereta bergegar dan berketar (jerking) semasa memecut.Kereta bergegar ketika melalui jalur derum (rumble strip) atau garisan kuning atas jalan yang digunakan untuk memperlahankan halaju kenderaan dalam kelajuan tertentu.Kereta dapat dihidupkan dan dipandu dengan baik buat seketika sebelum gegaran berlaku.
Penyelesaiannya, cuba ganti palam pencucuh (spark plug) lama kepada baru. Jika masih elok, periksa wayar palam pencucuh sama ada ia disambung dengan baik atau perlu diganti.

Penapis udara kotor atau penapis bahan api tersumbat boleh menyekat kemasukan udara atau bahan api mencukupi ke dalam enjin. Pastikan kedua-duanya diganti mengikut saranan standard pengeluar.

2. MASALAH GANDAR (AXLE)

Sesebuah kenderaan memiliki banyak bahagian berputar yang memerlukan unjuran atau toleran tertentu bagi membolehkannya beroperasi dengan baik.

Kerosakan gandar mudah terjadi akibat kemalangan yang menyebabkan kereta menghadapi masalah gegaran, terutama apabila memecut laju.

Pemeriksaan ke atas aci pacu (driveshaft) perlu dilakukan. Bagi kenderaan pacuan roda belakang (RWD), sebahagian besar bahagian berputar memindahkan kuasa enjin kereta ke gandar belakang dan roda. Jika bengkok, gegaran akan berlaku.

Kehausan sendi halaju malar (constant velocity joint-CV) juga termasuk dalam kategori sama.

Jika 'but' getah yang menutup hujung gandar pacu kekal kukuh, pengapit (clamp) adalah selamat dan tiada bendalir bocor, sekali gus tiada masalah. Tetapi, jika 'but' sudah koyak, habuk dan kotoran jalan akan masuk dan merosakkan sendi.

Bagi kenderaan pacuan roda depan (FWD), kerosakan sendi CV bermakna anda perlu memberi gandar pacu baru. Ini kerana gandar tidak seimbang mampu menyebabkan kereta anda bergegar.

3. BREK ROSAK

Apakah gegaran berlaku apabila anda menekan brek? Jika ya, ada kemungkinan besar masalah tersebut berpunca daripada rotor brek atau rotor.

Rotor adalah komponen berbentuk cakera berwarna perak berkilat yang dipasang bersama sistem brek cakera.

Komponen berkenaan boleh bengkok atau 'lari' daripada bentuk asal disebabkan jangka hayat dan gaya pemanduan kereta. Kekerapan membrek mengakibatkan kepanasan ke atas rotor dan kerosakan berlaku apabila terjadi kepanasan melampau. Kerosakan rotor juga berpunca disebabkan permukaan jalan tidak rata.

Apabila rotor rosak, kaliper dan pad brek gagal mencengkam rotor dengan baik, sekali gus menyebabkan gegaran.

Idea terbaik adalah jumpa pakar brek yang akan memberitahu keadaan rotor atau brek dram kereta anda.

4. RODA GOYANG

Kadangkala gegaran kereta dapat dirasai secara terus dari roda stereng. Alasan paling munasabah difikirkan adalah isu penjajaran (alignment), tetapi pakar berfikir sebaliknya.

Satu daripada roda lain mungkin mengalami masalah goyang (wobbly) yang menjurus kepada beberapa isu lain.

Langkah pertama adalah memastikan setiap roda diketatkan pada hab dengan bolt lug yang betul malah, masalah gegaran mungkin dapat diselesaikan dengan menggantikan bering roda.

Bering roda bagi kenderaan moden hari ini diibaratkan bagai nyawa sesebuah kereta. Jika kereta anda dipandu bukan dalam kondisi normal seperti meredah laluan off-road, pemanduan ekstrem dan jarak jauh, kenderaan anda berisiko mengalami masalah bering.

Seperkara lagi perlu dilihat adalah 'runout' atau habis. Terma ini menjelaskan berapa banyak roda membelok daripada putaran lingkar sempurna apabila dipandu.

Mekanik roda menggunakan instrumen ketepatan untuk mengenal pasti jika 'runout' berlaku ke atas mana-mana roda yang melebihi setengah inci, tetapi bukan sepanjang masa. Penyelesaian terbaik adalah menukar roda baru.

Masalah lain bagi roda bergoyang adalah hujung rod-ikatan (tie-road) atau sendi bebola (ball join) yang menyebabkan gangguan gegaran ketika memandu laju.

Roda adalah punca biasa yang perlu diberikan perhatian jika mahu mengesan punca kereta bergegar.

5. MASALAH TAYAR

Tayar adalah masalah nombor satu apabila berlaku gegaran kereta kerana ia adalah komponen utama pergerakan sesebuah kenderaan.

Ada banyak senarai masalah tayar yang menyumbang kepada masalah gegaran, ketaran dan golengan sesebuah kereta.

Namun, di bawah adalah masalah besar yang kerap berlaku:
Kereta bergegar pada kelajuan tertentu - imbangan (balancing) tayar diperlukan.Bunga tayar terpisah - tayar perlu ditukar.Tayar tidak rata - penjajaran (aligntment) tayar diperlukan.Tayar terkeluar dari pusingan dan bergolek tidak sama - tayar perlu ditukar.
Kadangkala, gegaran bukan berpunca daripada tayar, tetapi roda atau rim. Beri perhatian kepada jalan berlubang dan sedang dibaiki kerana kedua-duanya mampu merosakkan roda anda.

6. MOUNTING ENJIN HAUS

Cagakan atau mounting enjin ialah komponen yang berfungsi menyokong enjin kenderaan pada casis dalam pelbagai saiz dan bentuk mengikut kepelbagaian keperluan. Tetapi fungsinya kekal sama, iaitu memegang atau mendakap enjin dan menyerap gegaran.

Material mounting enjin dihasilkan daripada logam dan getah. Bahagian logam mampu menahan tekanan dan tork yang dihasilkan enjin, manakala getah berfungsi menyerap gegaran.

Ini kerana enjin menghasilkan banyak gegaran dalam operasi biasa dan sekiranya motor bermasalah, simptom gegaran akan jadi semakin ketara.

Biasanya mounting motor bermasalah akan menghasilkan beberapa simptom yang boleh dikesan pemilik.

Berikut 3 tanda amaran yang boleh anda tahu:

1. Impak bising datang dari ruangan enjin

Ini simptom paling mudah dikesan apabila anda terdengar bising dari ruang enjin.

Mounting motor yang haus, rosak atau pecah boleh menyebabkan bunyi dentang, ketukan dan efek bunyi lain akibat berat enjin yang beranjak berlebihan dari titik sentuhan.

2. Gegaran melampau

Simptom lain mounting enjin sudah rosak dan teruk ialah gegaran melampau. Jika getah atau bahagian peredam gegaran pada mounting sudah haus atau pecah, ia akan mengurangkan keupayaan mounting untuk menyerap gegaran enjin.

Gegaran yang tidak diredam akan menyebabkan seluruh kenderaan bergegar, sekali gus membuatkan suasana dalam kereta menjadi tidak selesa.

Anda akan rasa gegaran kuat pada papan pemuka dan stereng ketika enjin dalam keadaan melahu atau melalui permukaan jalan tidak rata.

3. Enjin bergerak

Satu lagi simptom mounting enjin teruk atau rosak ialah pergerakan enjin dalam ruang enjin. Jika mounting enjin dalam kondisi baik, ia sepatutnya dapat memegang atau mengikat enjin dalam ruang enjin.

Bagaimanapun, jika komponen sudah haus atau rosak, ia boleh menyebabkan enjin bergerak ke depan, belakang atau tepi dalam ruang enjin. Pergerakan enjin mungkin berlaku ketika memecut dan mungkin juga disertai bunyi bising.

Akibat jumlah gegaran yang dijana enjin sebagai sebahagian operasi tetap, mounting motor ialah komponen penting untuk mana-mana kenderaan.

Jika gagal, ia bukan saja membuatkan keadaan tidak selesa untuk penumpang, tetapi juga menimbulkan stres tambahan yang boleh merosakkan komponen enjin lain.

Jika anda mengesyaki mounting motor anda bermasalah, segeralah hantar ke bengkel untuk diperiksa mekanik sama ada mounting enjin perlu ditukar baharu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
2 Mitos Kerosakan Kereta Yang Anda Patut TahuKereta Ditarik Bank: Ketahui Proses Di Bawah Akta Sewa Beli 1967
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/03/penyebab-kereta-anda-bergegar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Serious Wei Abang Ni Memang Rude Pemilik Kereta Sewa Biadab Pandang Hina Golongan Pelajar Uitm

Serious Wei Abang Ni Memang Rude Pemilik Kereta Sewa Biadab Pandang Hina Golongan Pelajar Uitm

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 440 hits
The ReporterBiadab dan kurang ajar Itulah sikap yang ditonjolkan oleh pemilik kereta sewa yang ternyata tidak mempunyai adab dalam berkomunikasi dengan pelanggannya Segalanya bermula apabila seorang pelajar UiTM Dengkil menghubungi pemilik ...
Per 8 Maret Kai Catat Tiket Kereta Lebaran 2019 Baru Terjual 31 Persen

Per 8 Maret Kai Catat Tiket Kereta Lebaran 2019 Baru Terjual 31 Persen

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 308 hits
PT Kereta Api Indonesia mencatat tiket kereta Lebaran 2019 masih tersisa cukup banyak sehari setelah penjualan tiket hari H dibuka Agus mengungkapkan penjualan tiket baru mencapai 31 persen sebab penumpang masih menunggu dibukanya penjualan...
Kereta Mewah Tunggal Bugatti La Voiture Noire Yang Berharga Rm77 Juta Dilancarkan Sebagai Kereta Termahal Di Dunia

Kereta Mewah Tunggal Bugatti La Voiture Noire Yang Berharga Rm77 Juta Dilancarkan Sebagai Kereta Termahal Di Dunia

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 747 hits
Apabila memperkatakan tentang jenama kereta mewah Bugatti dari Perancis maka peminat kereta mewah dan bidang automobil sudah pasti mengenali kereta mewah dan terpantas Bugatti Veyron yang telah berjaya memegang rekod paling lama sebagai ker...
Harga Tiket Kereta Lebaran 2019 Kena Tuslah Berikut Penjelasan Besaran Kenaikan Kai

Harga Tiket Kereta Lebaran 2019 Kena Tuslah Berikut Penjelasan Besaran Kenaikan Kai

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 305 hits
Harga tiket kereta Lebaran 2019 mengalami kenaikan atau istilah lainnya terkena tuslah VP Public Relations PT KAI Agus Komarudin menjelaskan besaran kenaikan dihitung berdasarkan jarak tempuh perjalanan Agus memastikan besaran tuslah terseb...
Gandeng Lion Parcel Kereta Api Logistik Incar Pertumbuhan Pendapatan 30 Persen

Gandeng Lion Parcel Kereta Api Logistik Incar Pertumbuhan Pendapatan 30 Persen

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 252 hits
Plt Direktur Utama Kereta Api Logistik Junaidi Nasution mengatakan hingga saat ini KALOG berkontribusi sebesar 20 persen terhadap pendapatan induk usaha PT KAI Tahun 2018 sumbangan pendapatan dari KALOG mencapai Rp 400 an miliar
Kos Bedah Anak Rm35 000 Yazit Mahu Jual Kereta

Kos Bedah Anak Rm35 000 Yazit Mahu Jual Kereta

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 325 hits
KUALA LUMPUR Pemain dram popular Yazit Ahmad buntu mencukupkan dana bagi menyegerakan pembedahan jantung anak keduanya hingga sanggup menjual kereta Yazit 57 memberitahu Shahmirnuri 34 atau dipanggil Boy yang dimasukkan ke hospital sejak se...
Nak Sewa Kereta Apa Yang Sesuai Bercuti Di Sabah

Nak Sewa Kereta Apa Yang Sesuai Bercuti Di Sabah

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 420 hits
Nak sewa kereta pun kena pastikan tak salah pilih Jangan pilih sebab nak murah Tapi pilih kereta yang praktikal untuk disewa semasa korang Rate Harga Murah Dah jadi lumrah semua orang nak rate kereta sewa yang murah kan Tapi jangan lupa fak...
Tiba Tiba Ada Seorang Hamba Allah Yang Baik Hati Letak Duit Dekat Wiper Kereta Untuk Renew Roadtax

Tiba Tiba Ada Seorang Hamba Allah Yang Baik Hati Letak Duit Dekat Wiper Kereta Untuk Renew Roadtax

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 561 hits
Tidak ramai yang bernasib baik apabila secara tiba tiba di tolong oleh orang yang tidak dikenali disaat anda benar benar memerlukan Begitu yang terjadi kepada seorang pengguna Facebook Nur Aqeela Mohamed Redzuan yang menceritakan pengalaman...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias