6 Pantai Di Selangor Yang Boleh Kita Terjah Hujung Minggu Ini




Dah ada plan hujung minggu nie?Jom tenangkan diri dengan menikmati suasana laut. Ada 6 pantai di Selangor yang boleh kita terjah di hujung minggu nanti. 
Negeri Selangor kini telah memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara. Sis yakin, ramai  yang mencari-cari destinasi percutian untuk dikunjungi bersama rakan-rakan atau ahli keluarga, khususnya bagi melepaskan rindu terhadap keindahan pemandangan matahari terbenam. Apatah lagi, la nie kita semua dah boleh merentas negeri. 
So apa lagi, inilah peluang terbaik untuk kita semua kembali bersantai bersama keluarga tersayang. Lega-legakan otak sikit setelah sekian lama terperap di rumah. Korang yang dah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 tentulah seronok sebab hanya 'geng lengkap' sahaja yang dibenarkan untuk menjalankan aktiviti pelancongan di Negeri Selangor dalam Fasa ini. 
Berikut adalah pantai di Selangor yang boleh masuk dalam list korang. So rancanglah percutian hujung minggu nanti dengan sebaiknya. 

Credit Photo: Remis Beach, Kuala Selangor by MDKS @ IG

1. Pantai Remis, Kuala Selangor

Pantai Remis terletak 20km di bahagian selatan Daerah Kuala Selangor iaitu, iaitu di mukim Jeram. Ia dikatakan ‘kembali bernyawa’ ekoran pengumuman kemasukan Negeri Selangor dalam Fasa 3. 
Pantai Remis merupakan salah satu lokasi eko-pelancongan yang semakin digemari oleh orang ramai. Pantai Remis sentiasa dibanjiri dengan pengunjung yang ingin menjamu keenakan makanan laut segar seperti ikan bakar, kerang rebus dan kerang bakar sambil bersantai bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.  


Credit Photo: Kelanang Beach, Banting by nohanisothman @ IG
2. Pantai Kelanang, Banting

Jom terokai apa yang istimewa di Pantai Kelanang, terletak tidak jauh daripada Pantai Morib! Pantai Kelanang menyajikan kepada anda pemandangan indah laut Selat Melaka yang dikelilingi oleh pohon-pohon kayu bakau dan pokok ru. 
Pantai ini juga memberikan kepada anda pemandangan matahari terbenam yang indah diiringi deruan angin yang nyaman sesuai untuk menerbangkan layang-layang tinggi di udara. Sekiranya korang membawa anak kecil, usah risau kerana fasiliti seperti taman permainan disediakan di sini untuk keseronokan anak-anak! 

Credit Photo: Cunang Beach, Kuala Langat by st.cam @ IG
3. Pantai Cunang, Kuala Langat

Mungkin tidak ramai yang menyedari kewujudan Pantai Cunang, tempat yang agak tersembunyi namun amat menakjubkan ini terletak di Tanjung Sepat. 
Pantai Cunang adalah pantai dengan pasir yang memutih sepanjang kawasan hutan bakau. Pantai Cunang adalah kawasan rehat tradisional yang diusahakan oleh masyarakat peribumi Mah Meri. 
Pantai Cunang kini telah berubah menjadi salah satu destinasi pelancongan Negeri Selangor, dimana ianya dihiasi dengan rumah-rumah tradisional, hiasan berwarna-warni dan juga kedai kraftangan. Selain itu, korang juga boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti memancing dan berbasikal di pantai ini. 

Credit Photo: Bagan Lalang Beach, Sepang by itsukay82 @ IG
4. Pantai Bagan Lalang, Sepang

Terletak kira-kira satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur, Pantai Bagan Lalang yang terletak di Daerah Sepang seperti yang diketahui ramai, adalah tempat percutian pandai kegemaran seisi keluarga. Jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan waktu air surut pada siang hari di mana korang boleh berjalan ke tengah laut sehingga 400 meter jauhnya. 
Waktu ini adalah waktu yang sesuai untuk anak kecil anda melihat anak-anak ketam berkeliaran di atas pasir. Pantai ini juga sangat popular dengan aktiviti bola tampar, bola sepak pantai dan barbeku. Ia tentunya pantai yang harus dilawati kepada yang gemar menikmati ketenangan air laut!



Credit Photo: Redang Beach, Sekinchan kelvinchanphoto @ IG
5. Pantai Redang, Sekinchan

Sekiranya korang berada di Daerah Sabak Bernam serta inginkan kelainan dari pemandangan sawah padi yang terkenal di sini, apa kata rasai sendiri pengalaman melihat kehidupan masyarakat nelayan di kawasan ini pula? 
Apa yang lebih menyeronokkan, Pantai Redang sangat dekat dengan beberapa restoran makanan laut, di mana anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan laut yang pastinya segar! Kemudahan rekreasi juga tersedia kepada para pengunjung seperti bangku dan gazebo untuk anda berehat. 

Credit Photo: Morib Beach, Sepang by mokkay_ @ IG
6. Pantai Morib, Banting

Korang tahu tak,  Pantai Morib memiliki garis pantai sepanjang kira-kira 3 kilometer? Pantai Morib ini terletak di Daerah Kuala Langat dengan pemanduan tidak lebih daripada 1 jam dari Daerah Klang. Pantai ini amat popular dengan aktiviti pantai seperti bola sepak pantai, bola tampar dan layang-layang. 
Selain itu, korang juga boleh mengutip cengkerang atau anak ketam yang berkeliaran sementara menunggu air pantai surut. Ianya sememangnya sebuah lokasi yang amat sesuai dikunjungi bersama insan tersayang!

Nikmati Pemandangan Laut Yang Luas
Tentu ada yang tak sangka, kan Negeri Selangor pun mempunyai pantai yang cantik untuk kita bersantai-santai pada hujung minggu bersama keluarga ataupun kengkawan. Kita bukan jer boleh 
menikmati pemandangan laut yang luas. Malahan boleh menggunakan kemudahan yang tersedia di pantai tersebut. 
Apapun, korang jangan lupa untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dalam memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap, terutamanya ketika memasuki premis-premis di Negeri Selangor

Untuk maklumat lanjut korang boleh juga  layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan  ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu

Okay, selamat memilih destinasi percutian 6  pantai di Selangor. Tak mahu ke Pantai Remis, boleh ke Pantai Kelanang, Pantai Cunang, Pantai Bagan Lalang, Pantai Morib ataupun ke Pantai Redang Sekinchan. Horaaa Horeeyyyyyyy!!


Sekian dulu. Jumpa lagi

Lurve,Sis Anie Mohamed


















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aniemohamed.blogspot.com/2021/10/6-pantai-di-selangor-yang-boleh-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Lokasi Staycation Di Negeri Selangor Untuk Cuti Hujung Minggu Korang

5 Lokasi Staycation Di Negeri Selangor Untuk Cuti Hujung Minggu Korang

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 410 hits
Hi Korang Setelah beberapa bulan duduk di rumah akhirnya Kerajaan telah mengumumkan Negeri Selangor kini semakin menghampiri ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara Tentu ada segelintir orang bergembira atas berita baik ini Namun hanya individu le...
Btc Melepasi Tahap 50k Berapa Nilainya Pada Hujung Minggu

Btc Melepasi Tahap 50k Berapa Nilainya Pada Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 296 hits
Minggu ini telah menjadi tahap baru dalam pertumbuhan cryptocurrency pertama yang berjaya keluar dari saluran selari yang menurun Bitcoin meneruskan pemulihannya sejak seminggu yang lalu dan berjaya melepasi ambang 50k pada 5 Oktober Sekara...
Farm In The City Seri Kembangan Selangor Satu Keluarga Boleh Mendekati Haiwan Haiwan Jinak Sambil Beri Makan Sepuasnya

Farm In The City Seri Kembangan Selangor Satu Keluarga Boleh Mendekati Haiwan Haiwan Jinak Sambil Beri Makan Sepuasnya

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 488 hits
Kura kura gergasi antara tarikan utama Farm in the City Kita boleh beli jam paling mahal dalam dunia tapi satu kita tak boleh beli sampai bila bila MASA Masa bersama keluarga di Farm In The City Kenangan terindah pagi Jumaat semalam 8 Okt 2...
Santai Hujung Minggu Menikmati Aloft S Awesome Afternoon Tea

Santai Hujung Minggu Menikmati Aloft S Awesome Afternoon Tea

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 478 hits
Santai Hujung Minggu Menikmati Aloft s Awesome Afternoon Tea Assalamualaikum semua Setelah sekian lama tak berjumpa akhirnya dapat juga sis bersua muka dengan my partner in crime Siapa lagi kalau bukan Kak Mas Sebenarnya dia ni ex housemate...
Bufet Makan Malam Hujung Minggu Makanan Jepun Di Restoran Kofuku Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Bufet Makan Malam Hujung Minggu Makanan Jepun Di Restoran Kofuku Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 583 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan yang dikasihi sekalian Alhamdulillah sejak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih kepada Fasa 3 sekarang ini dah banyak industr...
Pergerakan Rentas Negeri Hujung Minggu Ini

Pergerakan Rentas Negeri Hujung Minggu Ini

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 250 hits
Oleh MOHD RASDAN AHMAD gambar hiasan PETALING JAYA Jika dihitung kepada peratusan unjuran kadar vaksinisasi dewasa harian pergerakan rentas negeri mungkin bakal berlaku pada Jumaat atau Sabtu nanti Laman CovidNow pada petang ini telah menun...
Rentas Negeri Aliran Trafik Dijangka Meningkat Hujung Minggu Ini

Rentas Negeri Aliran Trafik Dijangka Meningkat Hujung Minggu Ini

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 281 hits
Plus menjangkakan aliran trafik meningkat sekitar 30 peratus iaitu 1 1 juta pada hari biasa dan 1 3 juta pada hujung minggu selepas pengumuman kebenaran rentas negeri SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirma...
Sudah Sudahlah Mak Ayah Kerja Curi Masa Bawa Anak Ke Pantai Banyak Anak Boleh Belajar

Sudah Sudahlah Mak Ayah Kerja Curi Masa Bawa Anak Ke Pantai Banyak Anak Boleh Belajar

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 304 hits
Kekangan waktu selalu menjadikan pelbagai aktiviti kita bersama anak anak kita terbatas Pun begitu jangan dibiarkan kerja yang tak pernah habis sehingga kita membiarkan anak melepaskan masa indah anak anak kita dihabiskan begitu sahaja Bawa...
Mohon Sijil Khas Jika Tidak Boleh Divaksin Atas Faktor Perubatan Kata Menteri

Mohon Sijil Khas Jika Tidak Boleh Divaksin Atas Faktor Perubatan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 234 hits
BERNAMA Khairy berkata mereka yang tidak boleh divaksin atas faktor perubatan seperti alahan kepada vaksin perlu mendapatkan pengesahan daripada pakar perubatan berdaftar yang merawat mereka Petugas perubatan tentera memberi vaksin kepada a...
Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Antara Puisi Dan Rautmu Arish Mikael

Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas Memang Sangat Sedap

Ex Pesuruhjaya Sprm Cabar Pmx Bebaskan Najib Razak

Gbp Usd 24 Februari Berita Baik Lagi Untuk Pound British

Syukur Fasa 2 Tarikh Kaedah Penyaluran Bantuan

Cuti Hari Raya Melaka Hari Kelepasan Am Tarikh Raya 2025