Mohon Sijil Khas Jika Tidak Boleh Divaksin Atas Faktor Perubatan Kata Menteri


BERNAMA
Khairy berkata mereka yang tidak boleh divaksin atas faktor perubatan seperti alahan kepada vaksin, perlu mendapatkan pengesahan daripada pakar perubatan berdaftar yang merawat mereka.

Petugas perubatan tentera memberi vaksin kepada anggota tentera dan penduduk di dalam Kem Sungai Besi secara pandu lalu. Individu yang tidak boleh menerima vaksin Covid-19 atas faktor perubatan boleh memohon sijil digital khas atau sijil pengecualian vaksinasi di MySejahtera melalui pejabat kesihatan daerah (PKD).
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata mereka yang tidak boleh divaksin atas faktor perubatan seperti alahan kepada vaksin, perlu mendapatkan pengesahan daripada pakar perubatan berdaftar yang merawat mereka.
Beliau berkata individu terlibat perlu hadir ke PKD dan mengemukakan borang khas “Slip Penilaian Kesesuaian Menerima Vaksin Covid-19 Bagi Pesakit Dengan Masalah Kesihatan Tertentu” yang disahkan oleh pakar perubatan.
“Borang khas itu hendaklah disahkan oleh pakar perubatan di hospital swasta yang merawat individu berkenaan, pakar perubatan atau pegawai perubatan yang merawat (semasa ketiadaan pakar perubatan) di hospital kerajaan yang berpakar atau pakar perubatan keluarga di klinik kerajaan.
“Sijil digital melalui MySejahtera itu akan diperoleh dalam tempoh satu minggu jika permohonan lengkap dan mengikuti syarat yang ditetapkan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) mengenai alternatif untuk individu yang tidak boleh divaksinasi atas faktor kemudaratan kesihatan dan pewujudan dokumentasi yang dikhususkan bagi golongan itu untuk tujuan pergerakan fizikal.
Mengulas lanjut, Khairy berkata pakar perubatan juga akan menasihatkan individu berkenaan bagi pengambilan vaksin dari jenis lain yang bersesuaian.
“Jika seseorang didapati menghidapi alahan kepada vaksin jenis Pfizer, vaksin jenis lain seperti Sinovac boleh diberikan, manakala jika disahkan tidak boleh mengambil sebarang jenis vaksin Covid-19 atas sebab perubatan, individu itu perlu mematuhi SOP (prosedur operasi standard) dengan lebih ketat secara kendiri,” katanya.
Menjawab soalan tambahan Isnaraissah Munirah berhubung tindakan kerajaan terhadap individu antivaksin dan mereka yang bergantung kepada kad vaksinasi, Khairy berkata seperti yang ditetapkan kerajaan terdapat beberapa kelonggaran yang hanya diberikan kepada mereka yang lengkap vaksinasi.
Bagi penerima vaksin yang tidak mempunyai peranti digital pula, golongan itu boleh menggunakan kad vaksinasi yang diterima di pusat pemberian vaksin (PPV) sebagai bukti vaksinasi dan sekiranya kad itu hilang perlu dilaporkan di PKD terdekat, kata Khairy.
Dalam pada itu, Khairy menegaskan kerajaan tidak menafikan hak setiap individu yang berada di negara ini untuk divaksin termasuk penduduk yang tidak mempunyai dokumentasi lengkap kewarganegaraan atau masalah status imigresen.
“Dasar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan adalah no wrong door policy (semua diterima dan dilayan)… yang penting bukan status imigresen tapi soal kesihatan awam, sebab itu kita utamakan vaksinasi kepada semua yang ada di Malaysia,” katanya menjawab soalan Steven Choong Shiau Yoon (Bebas-Tebrau) mengenai pemberian vaksin kepada individu tanpa dokumentasi lengkap kewarganegaraan dan pendatang tanpa izin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/mohon-sijil-khas-jika-tidak-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Individu Tidak Boleh Divaksin Perlu Mohon Sijil Pengecualian Vaksinasi

Individu Tidak Boleh Divaksin Perlu Mohon Sijil Pengecualian Vaksinasi

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 207 hits
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pihak kementerian sentiasa bersedia memberikan maklumat terperinci kepada sesiapa sahaja mengenai keberkesanan vaksin Boleh mohon sijil pengecualian vaksinasi di MySejahtera KUALA LUMPUR...
Azalina Dilantik Penasihat Khas Kepada Perdana Menteri

Azalina Dilantik Penasihat Khas Kepada Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 246 hits
KUALA LUMPUR 2 Okt Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Perkara itu dikongsikan Azalina menerusi hantaran di akaun Facebooknya hari ini yang turut mengucapkan terima k...
Wow Neelofa Nampak Makin Berisi Netizen Kata Baby Bump Dah Tak Boleh Sembunyi

Wow Neelofa Nampak Makin Berisi Netizen Kata Baby Bump Dah Tak Boleh Sembunyi

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 303 hits
Neelofa nampak makin berisi netizen kata baby bump dah tak boleh sembunyi Ada isi dalam tu comel Lofa pregnant Gelagat Neelofa usap perut tarik perhatian netizen di media sosial SELAIN kes pelanggaran prosedur operasi standard cerita tentan...
Hiburan Farahdhiya Kata Dah Seronok Sangat Kalau Dapat Ke Pasar Tani Boleh Beli Siput Sedut

Hiburan Farahdhiya Kata Dah Seronok Sangat Kalau Dapat Ke Pasar Tani Boleh Beli Siput Sedut

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 261 hits
Semalam pelakon dan penyanyi jelita Farahdhiya tampil berseloroh di sebuah video masakan yang di muat naik olehnya untuk tatapan peminat ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementKata Farahdhiya dia berasa sangat gembira jika dapat menjejakkan kaki ke...
Okay Dah Boleh Kemas Baju Menteri Kanan Bagitahu Bila Kerajaan Umum Boleh Rentas Negeri

Okay Dah Boleh Kemas Baju Menteri Kanan Bagitahu Bila Kerajaan Umum Boleh Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 327 hits
Insya Allah sabar Tunggu beberapa minggu lagi saya percaya 90 peratus dapat dicapai dan kelonggaran diberi untuk rentas negeri
Tak Benar Remaja Meninggal Selepas Divaksin Kata Pengarah Kesihatan Sabah

Tak Benar Remaja Meninggal Selepas Divaksin Kata Pengarah Kesihatan Sabah

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 377 hits
Dr Rose Nani Mudin berkata perbuatan individu yang menyebarkan video itu boleh menimbulkan kebimbangan dan panik orang ramai khasnya ibu bapa dan remaja yang bakal divaksin PETALING JAYA Pengarah Kesihatan Sabah Dr Rose Nani Mudin menolak v...
Cabutan Khas 22 Kali Bukan Dibuat Pihak Pas Kata Razman

Cabutan Khas 22 Kali Bukan Dibuat Pihak Pas Kata Razman

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 245 hits
Seorang pemimpin kanan PAS hari ini menggesa ahli parti itu agar kekal tenang di sebalik kecaman sesetengah pihak berhubung kebenaran diberi kerajaan pusat kepada syarikat judi melakukan 22 cabutan khas bagi tahun ini Pesuruhjaya PAS Perak ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme