5 Lokasi Staycation Di Negeri Selangor Untuk Cuti Hujung Minggu Korang


Hi Korang,
Setelah beberapa bulan duduk di rumah, akhirnya Kerajaan telah mengumumkan Negeri Selangor kini semakin menghampiri ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara. Tentu ada segelintir orang bergembira atas berita baik ini. Namun, hanya individu lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 sahaja dibenarkan untuk bercuti ke Negeri ini. Sejak kebelakangan ini, aktiviti staycation semakin menjadi trend bagi para pelancong domestic, khususnya pada cuti hujung minggu. 


Di samping bersantai bersama orang tersayang, sekiranya anda seorang yang suka menghasilkan video “content” di media sosial, anda boleh jadikan tempat penginapan yang tersenarai di bawah sebagai latar yang pasti menarik perhatian pengikut korang


1) Carpe Diem, Serendah
Carpe Diem terletak di Pekan Serendah merupakan sebuah penginapan yang membawakan konsep gaya hidup kampung. Carpe Diem adalah perkataan Latin yang membawa maksud “merebut hari”. 

Lokasi ini membawa anda melangkah ke pesona percutian ala kampung yang juga bertepatan sekiranya anda mencari tempat untuk menjalankan sesi latihan pasukan. Carpe Diem juga dikelilingi oleh tanaman menghijau yang subur, menjadikannya tempat yang sesuai untuk mencari ketenangan dan bersantai

2) Sri Damai Resort, Kalumpang
Sri Damai Resort menawarkan penginapan berkonsepkan alam sekitar, dilengkapi dengan kolam renang dari air sungai untuk kanak-kanak, serta kolam memancing bagi mereka yang suka menangkap spesies langka seperti ikan kelah dan baung. 

Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti riadah yang menyeronokkan ada ditawarkan di sini seperti aktiviti berbasikal air dan memandu kenderaan ATV. Selain itu, terdapat ladang rusa, kambing, serta buah-buahan tempatan yang boleh dikunjungi semasa anda menginap di sini

3) Resort Taman Eko Rimba Komanwel, Rawang
Resort Taman Eko Rimba Komanwel ini terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong di jalan menuju ke Pekan Rawang. Sudah namanya taman rimba, ianya pilihan yang tepat untuk anda menikmati keindahan alam semulajadi dan menghirup udara segar. 

Apa yang lebih menarik di sini adalah, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menyihatkan seperti berkayak, jungle trekking, mountain bike trails dan banyak lagi sambil merakam detik-detik kegembiraan bersama orang bersayang. Ini adalah tempat yang tepat untuk menghabiskan masa hujung minggu anda dalam keindahan alam yang menghijau

4) Rumah Hutan Bonda, Batang Kali
Hanya mengambil masa lebih kurang satu jam perjalanan dari Bandar Petaling Jaya, anda boleh kunjungi salah satu tarikan pelancongan di Daerah Hulu Selangor, iaitu Rumah Hutan Bonda. 

Ianya menampilka konsep rumah Melayu asli yang pasti akan membuat anda terpegun melihatnya. Tempat penginapan ini turut dikelilingi keindahan hutan dan alam semulajadi. Rumah Hutan Bonda juga mempunyai kawasan yang luas dan sesuai untuk beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan

5) PulaiThree, Kuala Kubu Bharu
PulaiThree merupakan lokasi percutian yang terletak di Pekan Kuala Kubu Bharu, di tengah kawasan hutan hujan dan kawasan bukit milik peribadi. Konsepnya direka dengan ruang terbuka menghadap alam sekitar namun masih menerapkan unsur kelestarian. 

Vila yang dikelilingi keindahan alam dan suasana yang amat menenangkan ini menawarkan dua bilik tidur dengan pemandangan indah seperti gunung hijau zamrud di luar bandar. Selain itu, tempat penginapan ini yang dilengkapi dengan kolam renang dan dapur lengkap dengan set barbeku sememangnya akan memberikan pengalaman yang tiada tandingan

Tentunya, tempat penginapan yang tersenarai di atas bakal mengubati kerinduan anda kepada keindahan alam semulajadi, namun tidak mengetepikan faktor keselesaan. Tidak dapat dinafikan lagi, Negeri Selangor sememangnya mempunyai banyak tempat penginapan yang menarik. Tempah masuk sahaja ke tempat-tempat yang telah disenaraikan di atas jika berpeluang satu hari nanti

Di samping itu, adalah diingatkan, ianya adalah tanggungjawab kita semua untuk sentiasa berdisiplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dalam memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa, menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap, terutamanya ketika memasuki premis-premis di Negeri Selangor

Korang juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor pada waktu kelak atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #ImagineNowExperienceSoon

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel

credit pics : google.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2021/10/5-lokasi-staycation-di-negeri-selangor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pergerakan Rentas Negeri Hujung Minggu Ini

Pergerakan Rentas Negeri Hujung Minggu Ini

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 246 hits
Oleh MOHD RASDAN AHMAD gambar hiasan PETALING JAYA Jika dihitung kepada peratusan unjuran kadar vaksinisasi dewasa harian pergerakan rentas negeri mungkin bakal berlaku pada Jumaat atau Sabtu nanti Laman CovidNow pada petang ini telah menun...
5 Jenis Tempat Di Negeri Selangor Yang Digemari Seluruh Rakyat Malaysia

5 Jenis Tempat Di Negeri Selangor Yang Digemari Seluruh Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 395 hits
Tinjau Seleksi Tempat Pilihan Rakyat Berbilang Kaum di Negeri Ini bersempena Sambutan Hari Malaysia Ke 58 Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan keharmonian dan keamanan yang dikecapi pada hari ini adalah disebabkan oleh sikap ...
Santai Hujung Minggu Menikmati Aloft S Awesome Afternoon Tea

Santai Hujung Minggu Menikmati Aloft S Awesome Afternoon Tea

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 475 hits
Santai Hujung Minggu Menikmati Aloft s Awesome Afternoon Tea Assalamualaikum semua Setelah sekian lama tak berjumpa akhirnya dapat juga sis bersua muka dengan my partner in crime Siapa lagi kalau bukan Kak Mas Sebenarnya dia ni ex housemate...
Sijil Minecraft Peringkat Negeri Selangor

Sijil Minecraft Peringkat Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 251 hits
Berikut adalah senarai kod download untuk para pemenang mengikut kategori pertandingan Minecraft peringkat negeri Selangor tempohari Maaf proses mengambil sedikit masa sebab isu teknikal yang menyebabkan sijil ini lambat sedikit dikeluarkan...
Kl Staycation Cuti Tanpa Perlu Bersesak Di Langkawi

Kl Staycation Cuti Tanpa Perlu Bersesak Di Langkawi

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 426 hits
KL Staycation Cuti Tanpa Perlu Bersesak Di Langkawi Entah tak tahu kenapa masa PKP 3 0 ni memang terasa sangat bosan dan buntu walhal tidak ketat seperti PKP yang lalu Pergerakan terasa amat terhad apatah lagi rentas daerah dan negeri tidak...
Permohonan Untuk Geran Bantuan Kewangan Program Aktiviti Pelancongan Negeri Selangor Dibuka Bermula 23 September Ini

Permohonan Untuk Geran Bantuan Kewangan Program Aktiviti Pelancongan Negeri Selangor Dibuka Bermula 23 September Ini

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 399 hits
Peruntukan Sebanyak RM 1 Juta Disalurkan menerusi Pakej Kita Selangor 2 0 untuk Industri Pelancongan Negeri SelangorKerajaan Negeri Selangor menerusi Pakej Kita Selangor 2 0 yang telah diumumkan oleh Y A B Dato Seri Amirudin Shari Dato Ment...
Dah Boleh Cuti Cuti Jom Check In Kl Staycation Dulu

Dah Boleh Cuti Cuti Jom Check In Kl Staycation Dulu

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 243 hits
Yeay apabila PM dah umumkan boleh bercuti merentas daerah viral pula orang ramai berpusu pusu dan tak pedulikan SOP pergi bercuti sana sini kan Korang janganlah degil tak nak ikut SOP Walaupun dah ada kelonggaran untuk bercuti rentas daerah...
Btc Melepasi Tahap 50k Berapa Nilainya Pada Hujung Minggu

Btc Melepasi Tahap 50k Berapa Nilainya Pada Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 293 hits
Minggu ini telah menjadi tahap baru dalam pertumbuhan cryptocurrency pertama yang berjaya keluar dari saluran selari yang menurun Bitcoin meneruskan pemulihannya sejak seminggu yang lalu dan berjaya melepasi ambang 50k pada 5 Oktober Sekara...
Sektor Pendidikan Di Negeri Beralih Fasa Ppn Dibuka Selepas 2 Minggu

Sektor Pendidikan Di Negeri Beralih Fasa Ppn Dibuka Selepas 2 Minggu

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 376 hits
MALAYSIA NOW KPM berkata Johor yang beralih ke Fasa Dua PPN akan memulakan operasi sektor pendidikannya pada 10 Oktober depan Sekolah bakal beroperasi secara bersemuka dengan kaedah penggiliran bermula Oktober depan Gambar Bernama Kementeri...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik