Variasi Masakan Kampung Yang Mudah Dimasak Sedap Jimat


Menu viral bertukar ganti dan menjadi ikutan ramai, namun menu kampung yang menjadi warisan ini tetap menjadi pilihan ramai. Kadang-kadang bila teringin makan masakan kampung automatik teringatkan masakan mak kat kampung. Hari ni, RASA kongsikan variasi menu kampung untuk mengembalikan ingatan korang pada ibu di kampung. Keikhlasan dan kasih ibu menjadikan air tangannya sentiasa sedap pada selera anak-anak, walaupun hanya sambal ikan masin. Betul tak?
KARI TULANG BERSAMA REBUNG
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang | cuci bersih dan rebus hingga empuk150gm rebung jeruk | cuci bersih dan tos500ml air rebusan tulang250ml santan1/2 cawan air asam jawa2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai4 sudu makan rempah kari daging2 sudu makan sebuk ciliGaram dan gula secukup rasa1/2 cawan minyak masakBAHAN REMPAH PENUMIS:
3cm kulit kayu manis2 tangkai bunga lawang6 ulas buah pelaga5 biji bunga cengkehBAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah5 ulsa bawang putih4cm halia muda3 cm lengkuasCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga timbul minyak.Kemudian masukkan campuran rempah kari dengan serbuk cili yang dibancuh dengan air.Terus kacau hingga wangi dan tumisan pecah minyak.Masukkan tulang yang telah direbus bersama rebung tadi.Kacau rata dan tambah dengan air rebusan tulang.Biarkan mereneh seketika, kemudian tambahkan air asam jawa dan santan.Setelah mereneh lebih kurang 3-4 minit, perasakan dengan garam dan gula.Kecilkan api dan biarkan kari mereneh dan timbul minyak.Setelah cukup rasa, tutup api dan kari sedia dihidangkan.KERABU PERUT BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
500gm perut | rebus hingga empuk dan hiris nipis2 sudu makan kerisik1 cawan santan2 batang kacang panjang | hiris halus1 biji bawang besar | belah dua dan hiris nipis4 tangkai daun kesum | buang tangkai & mayang halus10 biji cili padi hijau | hiris halus2 biji cili merah hiris2 sudu teh serbuk lada hitam1 biji limau nipis | ambil jus sahajaGaram dan gula secukup rasaCARA MEMASAK:
Masukkan hirisan perut yang telah direbus dalam mangkuk bersama hirisan bawang besar, cili padi, cili merah, daun kesum bunga kantan dan kacang panjang. Gaul rata.Bancuh kerisik dengan santan, tuangkan dalam mangkuk berisi campuran perut.Perasakan dengan garam, gula dan perahan jus limau nipis.Gaul rata dan tambah santan jika perlu.Setelah cukup rasa, kerabu sedia dihidangkan.KUPANG TUMIS TAUCHU CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
500 gm kupang frozen | bersihkan, celur dan tos15 biji cili padi | hriis15 biji cili merah | hiris1 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulatGaram dan gula secukup rasa2 sudu makan air asam jawa4 sudu makan minyak masak | untuk menumisBAHAN KISAR HALUS:
4 biji bawang merah3 ulas bawang putih2 sudu makan tauchuCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawah besar hingga layu.Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak.Seterusnya masukkan hirisan cili padi dan cili merah. Kacau lagi.Kemudian masukkan kupang yang telah dicelur tadi.Kacau rata dan tambah air jawa, sedikit garam dan gula secukup rasa.Kacau rata hingga air kupang kering.Setelah cukup rasa, tutup api dan sambal kupang sedia dihidangkan.GULAI REMPAH TULANG IKAN MASIN & TERUNG BULAT
BAHAN-BAHAN:
1/2kg tulang ikan masih merah/kurau | rendam2 biji terung bulat | belah empat500ml santan kelapa2 keping asam gelugor2 sudu makan rempah kari ikanGaram dan gula secukup rasaBAHAN KISAR HALUS:
5 ulas bawang merah2 ulas bawang putih2cm halia muda3cm kunyit hidupBAHAN TUMIS DARAT:
4 biji bawang merah | hiris3 ulas bawang putih | hiris1 sudu makan rempah campur1 tangkau daun kari | lurut dari tangkaiCARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar serta rempah kari, kacau rata.Masukkan bersamanya tulang ikan masin bersama terung dan asam gelugor.Renehkan atas api sederhana hingga mendidih dan terung empuk.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya (rasa dulu, jika perlu baru masukkan garam kerana ikan masin sudah masin).Setelah cukup rasa, ketepikan periuk gulai.Sementara itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng hirisan bawang merah, bawang putih.Bila wangi masukkan rempah campur dan daun kari.Setelah wangi, tutup api dan tuangkan dalam periuk gulai tadi.Kacau seketika, kemudian gulai sedia dihidangkan.RENDANG KERING PARU
BAHAN-BAHAN:
500gm paru | rebus hingga empuk & hiris nipis500ml santan2 sudu makan kerisik2 keping asam gelugor3 sudu makan pes cili keringGaram dan gula secukupnya1 helai daun kunyit | carik-carik1/2 cawan minyak masakBAHAN KISAR:
1 biji bawang besar5 ulas bawang merah5 ulas bawang putih3cm lengkuas2cm halia3 batang serai3 biji buah kerasCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.Kemudian masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.Masukkan paru, kacau rata dan masukkan santan dan asam gelugor.Biarkan mereneh atas api sederhana, sekali sekala kacau.Apabila kuah mula pekat masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga rendang paru kering.Setelah kering tutup api, taburkan daun kunyit dan gaul rata.Rendang kering paru sedia dihidangkan.Anda sedang mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Cara Buat Sup Ayam Ala Thai. Cukup Rasa, Memikat Selera
Resipi Puding Roti Yang Sedap Berlemak. Makan Sejuk-Sejuk Memang ‘Terangkat’!
Petua Nak Tanam Pokok Cili Yang Berbuah Lebat & Segar
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/03/variasi-masakan-kampung-yang-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Share Sampai 10k Resipi Pepes Ayam Mudah Sedap Confirm Menjadi

Share Sampai 10k Resipi Pepes Ayam Mudah Sedap Confirm Menjadi

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 298 hits
Sesekali mencuba menu baru untuk keluarga pasti buat anak anak suka Apa kata kali ini kita cuba resipi Pepes Ayam mudah untuk anak anak persiapan dihujung minggu Resipi ringkas lagi sedap yang dikongsikan oleh ini memang istimewa Gabungan r...
Resipi Biskut Red Pearl Sedap Mudah Satu Adunan Dapat 30 Biji

Resipi Biskut Red Pearl Sedap Mudah Satu Adunan Dapat 30 Biji

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 364 hits
Biskut Red Pearl ni adalah salah satu resipi biskut yang jadi kegemaran ramai kerana rasanya yang enak dan mudah dihasilkan Campurannya sangat mudah Ada emping jagung cip coklat hirisan badam Malah tak perlu cetak guna acuan pun Sesuai sang...
3 Resipi Mudah Dan Sedap Sesuai Untuk Berkelah

3 Resipi Mudah Dan Sedap Sesuai Untuk Berkelah

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 437 hits
Semakin hari semakin kita terkesan dengan keadaan yang berlaku Kadangkala timbul juga rasa tertekan akibat perubahan gaya hidup yang berubah secara mendadak Tapi jika difikirkan semula dari sudut positif sekurangnya kita masih bernafas tanp...
Sedap Dan Mudah Resepi Nasi Lemak Beras Basmathi

Sedap Dan Mudah Resepi Nasi Lemak Beras Basmathi

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 504 hits
Siapa suka Nasi Lemak tapi rasa beratnya lah nak makan nasi lemak ni sebab kalori saja dah berapa untuk sepinggan Nasi lemak boleh dikatakan menu wajib bagi rakyat Malaysia dan sangat mudah didapati di mana saja Lauk gandingan haruslah ada ...
Sambal Telur Rebus Mudah Dimasak

Sambal Telur Rebus Mudah Dimasak

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 291 hits
Sambal Telur Rebus Mudah Dimasak Inilah lauk emergency family saya bila dah tak ada idea nak masak apa hehe yang penting lepas dimasak akan segera dimakan dan cepat habis Ada pulak yang suka makan gitu je sambal telur tu tak payah makan nas...
Garlic Bread Mudah Untuk Bekal Anak Sekolah Tak Cukup Makan Satu Sedap Sangat

Garlic Bread Mudah Untuk Bekal Anak Sekolah Tak Cukup Makan Satu Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 503 hits
Bosan dengan menu yang sama setiap hari sesekali anak mahukan kelainan dalam sajian pemakanannya Bukan hanya untuk sarapan atau minum petang Garlic Bread mudah ini boleh mama sediakan untuk anak ke sekolah Pasti anak makan berkeping keping ...
Cara Mudah Nak Buat Apam Balik Homemade Yang Sedap Puas Makan

Cara Mudah Nak Buat Apam Balik Homemade Yang Sedap Puas Makan

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 418 hits
Sedapnya kuih Apam Balik panas panas ni Sekeping je tak cukup Tapi ramai yang tak berani nak cuba masak secara homemade sebab tak ada dapur khas Usah risau sebab walau tak ada dapur khas untuk apam balik anda masih boleh masak kuih ni Guna ...
Resipi Agar Agar Kering Pelbagai Perisa Mudah Dan Sedap

Resipi Agar Agar Kering Pelbagai Perisa Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 393 hits
Resipi Agar Agar Kering Pelbagai Perisa Mudah Dan Sedap Assalamualaikum wbt hi korang Salah satu makanan atau kuih traditional yang CH suka adalah agar agar kering Mudah saja nak buatnya tapi nak jemur dan tunggu sehingga kering tu yang sus...
Resipi Naget Tempura Ayam Favourite Anak Anak Bentuk Comel Sedap Lagi Jimat

Resipi Naget Tempura Ayam Favourite Anak Anak Bentuk Comel Sedap Lagi Jimat

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 251 hits
Masa yang suntuk membuatkan deretan makanan yang mudah seperti nuget menjadi pilihan kita untuk anak anak Namun rasa khuatir dengan kandungan bahannya membuatkan ibu berfikir banyak kali sebelum menyediakan untuk anak Mahu lebih selamat apa...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023