6 Menu Baharu Terhebat Daripada Texas Chicken
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha selalu kalau nak makan bubur mesti time tu mencari-cari lokasi yang ada jual kerana tak semua kedai makan sediakan menu bubur. Tak adalah nak bubur berlauk macam yang popular kat Kampung Baru tu. Cukup sekadar bubur nasi ada daging ayam dalamnya bersama dengan sayur diatasnya
Tapi sekarang ni Maha dah tahu kat mana nak menikmati hidangan bubur paling mudah dan cepat kat Texas Chicken lah. Kat sini ada Chicken Porridge iaitu bubur hangat dengan potongan isi ayam yang lembut, dihiasi dengan minyak bijan, daun bawang, bawang goreng rangup dan cili yang dihiris nipis. Nampak simple tapi cukup menyelerakan tambah-tambah kalau time selera tak berapa nak ada akibat sakit hidangan bubur sangat sesuai
Chicken Porridge
Kalau nak cuba bubur yang lain pun kat sini pun ada iaitu Spicy Thai Porridge. Bubur ini kata orang agak sedikit pedas. Maha tak sempat rasa lagi sebab hari tu rasa yang bubur ayam tu jer. Sama juga mengandungi bubur panas dengan potongan ayam lembut, cuma dihiasi dengan parutan kentang berperisa Tom Yum kat atas bubur tu nak tahu kena korang kena order Maha tak order tu hehehe
Hari tu Maha makan bubur ayam tu bersama dengan satu lagi menu baru kat Texas Chicken iaitu Spicy Korean Rice Bowl. Hidangan ini adalah daging ayam yang dipotong dan goreng rangup dituang dengan sos manis dan pedas serta taburan bijan. Kat atasnya pula ada potongan tomato dan juga lettuce segar bersama dengan nasi beras wangi kat bawahnya. Walaupun ada nasi dah tapi tetap sedap makan dengan bubur hehehe. Cuma bagi Maha sos Korean ini sangat pedas dan tak bagi Maha susah nak habis walaupun satu mangkuk jer
Spicy Korean Rice Bowl
Menu rice bowl ni ada satu lagi bergunya yang datang dari Jepun sebab tu namanya Japanese Roasted Sesame Rice Bowl. Tadi Korea ni terbang ke negara jiran mereka Jepun dan menu ini mengandungi daging ayam yang dipotong dan goreng rangup bersama dengan sos istimewa dan dihiaskan juga dengan potongan tomato dan lettuce segar bersama dengan nasi beras wangi kat bawahnya. Ini pun Maha tak sempat nak rasa cuma tengok promosi yang ada kat kaunter jer, sambil tunggu order sampai baca menu baru ni
Japanese Mash Bowl
Ada dua lagi menu baru yang tengah promosi kat Texas Chicken sekarang ini iaitu Japanese Mash Bowl dan Spicy Korean Mash Bowl. Ini unik sikit sebab selalunya kita makan kentang putar dengan sosnyakan tapi ini ada sekali dengan daging ayam yang dipotong. Kalau Jepun punya tu ada rasa yang unik pada sos kentang tu mungkin korang akan rasa sesuatu yang baru, manakala yang Korea tu pula macam tadi sos pedas dan manis bersama taburan bijan
Rupanya promosi enam menu baru ini hanya untuk masa terhad sahaja tak tahu sampai bila selagi stock masih ada kot. Manakala harga pula dari RM3.80 hingga RM5.80 semangkuk dan harga berbeza mengikut restoran kalau makan kat atas Genting Highland lain tau. Bagi Maha ok lah berbaloi juga makan kalau nak rasa kenyang kena ambil 3 set macam yang Maha makan ni. Kalau bawa anak-anak pun rasa sesuai sebab tak terlalu besar sangat dan boleh habis kalau semangkuk untuk seorang. Cepat korang kena cuba ia sangat menarik dan tiada kat tempat lain hanya cawangan Texas Chicken seluruh Malaysia jer. Selamat mencuba semua ok
Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini layari laman web atau ikuti laman sosial Texas Chicken MalaysiaLaman Web : http://www.texaschickenmalaysia.comFacebook : https://web.facebook.com/TexasChickenMalaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2018/11/6-menu-baharu-terhebat-daripada-texas-chicken.html