Malaysia Baharu Akan Berteras Tadbir Urus Yang Baik Integriti



KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mengambil alih pentadbiran Putrajaya selepas memenangi Pilihan Raya Ke-14 pada Mei 2018 yakin dengan keupayaannya untuk mentransfomasikan negara ke arah Malaysia Baharu berteraskan prinsip keadilan, tabdir urus yang baik, integriti dan kedaulatan undang-undang.

Kerajaan baharu akan melakukan melakukan beberapa perubahan dasar, strategi dan cara pelaksanaan untuk memenuhi harapan rakyat, membina semula serta mengembalikan kegemilangan negara, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang pertama di bawah kerajan PH.

Laporan dengan 142 muka surat itu dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Mahathir, 93, berkata, bagi mencapai status negara maju dan inklusif, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif pembaharuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.   

Sehubungan ini, katanya, kerajaan menggalakkan kerjasama untuk mewujudkan negara keusahawanan serta menggalakkan kerjasama dalam kalangan 4P iaitu rakyat, profesional, sektor swasta dan awam untuk meneraju pelbagai inisiatif pembangunan negara. 

Perdana Menteri berkata, untuk meneraju pelbagai inisiatif pembangunan negara Kementerian Kewangan juga akan mempercepatkan pelaksanaan sistem bajet asas sifar, merasionalisasi program bantuan, menambah baik proses perolehan serta memperluas asas hasil. 

Menyentuh mengenai hasrat Malaysia untuk memperteguhkan semula kedudukan negara di peringkat antarabangsa, Mahathir berkata, negara akan terus memperkukuh hubungan perdagangan dengan rakan dagang utama dan negara yang berpotensi menjadi rakan dagang melalui penyediaan persekitaran perniagaan yang mesra dan bersesuaian dengan prinsip kawasan aman, bebas dan Berkecuali (ZOPFAN).

"Dengan mendukung prinsip kemakmuran jiran, kita akan terus memberi penekanan kepada menjalinkan kerjasama anggota ASEAN dan blok perdagangan serantau yang lain.

"Di samping itu, tumpuan lebih utama juga akan diberikan bagi memperkukuh hubungan dua hala dengan China dan Jepun seiring dengan Dasar Pandang Ke Timur," katanya.

Sementara itu, dalam meneruskan objektif yang terkandung dalam Wawasan 2020, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memastikan  ekonomi Malaysia terus berada di landasan pertumbuhan mampan dengan menyediakan persekitaran yang selesa dan menggalakkan untuk memakmurkan pelabur dan perniagaan.

"Justeru, industri perlu memanfaatkan peluang ini dengan menerima pakai teknologi maju bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing," katanya.

Menurutnya, kerajaan juga menyedari betapa pentingnya peranan generasi muda dalam memacu pertumbuhan masa hadapan.

Selaras dengan era Industri 4.0, usaha juga akan diambil untuk membolehkan generasi ini menjadi tenaga kerja berkemahiran tinggi dan mahir digital.

"Kami percaya inilah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami. Kerajaan yakin, dengan kerjasama dan sokongan erat daripada rakyat, amanah ini pasti dapat dilaksana dengan jaya dan tercapailah harapan kita untuk membina Malaysia Baharu yang bermaruah dan berintegriti," katanya.

Mahathir menegaskan sokongan majoriti rakyat yang menentukan kejayaan PH dalam pilihan raya umum ke-14 lepas adalah satu pencapaian yang akan terukir dalam sejarah negara, yang seterusnya menandakan pertukaran pertama parti pemerintah sejak negara mencapai kemerdekaan 61 tahun lalu. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2018/11/malaysia-baru-akan-berteraskan-tadbir.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berita Baik Rakyat Malaysia Terus Dapat Bantuan Sara Hidup Rm500 Hingga Rm1 000

Berita Baik Rakyat Malaysia Terus Dapat Bantuan Sara Hidup Rm500 Hingga Rm1 000

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 342 hits
Berita baik buat rakyat Malaysia apabila kerajaan akan meneruskan dan menambahbaik Bantuan Sara Hidup kepada golongan B40 dengan memberikan bantuan secara lebih bersasar Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang membentangkan Belanjawan 2019 pada ...
Gst Bagus Tapi Dicemari Salah Urus Tadbir Kerajaan Dulu

Gst Bagus Tapi Dicemari Salah Urus Tadbir Kerajaan Dulu

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 397 hits
GST adalah sistem cukai yang bagus tetapi reputasinya dicemari oleh salah urus tadbir kerajaan lalu kata Timbalan Setiausaha Bahagian Fiskal dan Ekonomi Kementerian Kewangan Mohd Hassan Ahmad Justeru beliau berharap kerajaan akan melaksanak...
Pos Malaysia Bungkusan Baharu Pos Ekspress

Pos Malaysia Bungkusan Baharu Pos Ekspress

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 1374 hits
Pos Malaysia Bungkusan Baharu Pos Ekspress At last Dapat jugak mende alah ni Dari mula dok cari di Batu Pahat takde Sampai la ke UDA abis katanya Sib baik dapat jugak di Gelang Patah Rupanya dah tukar abis Dari kertas dah jadi plastik Tak k...
Malaysia Baharu Tuntut Sikap Berbeza Terhadap Gelaran Anugerah

Malaysia Baharu Tuntut Sikap Berbeza Terhadap Gelaran Anugerah

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 362 hits
MALAYSIADATELINE Selama 61 tahun Malaysia Lama tidak ada bantahan terbuka terhadap penganugerahan gelaran Walaupun di sekitar 2010 an ini ada beberapa pemberian gelaran bukanlah dipersoalkan tetapi ditertawakan Ia menjadi bahan cemuhan sini...
Malaysia First Country In The World To Get Ex Convict For Pm

Malaysia First Country In The World To Get Ex Convict For Pm

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 320 hits
Malaysians talk about change Malaysians talk about reforms Malaysians talk about the New Malaysia Malaysians talk about transparency Malaysians talk about good governance Malaysians talk about ending corruption and abuse of power then Malay...
Pelancaran Kanta Lengkap Aveo Vision Di Malaysia Yang Paling Selamat Digunakan

Pelancaran Kanta Lengkap Aveo Vision Di Malaysia Yang Paling Selamat Digunakan

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 593 hits
Hubungan antara anda dan lensa adalah seperti mana mana hubungan lain ia perlu sihat Apabila kanta lekap tidak dijaga dengan baik terdapat risiko jangkitan mata yang lebih tinggi yang boleh membawa kerosakan yang kekal kepada mata anda Pili...
4 Tahun Jokowi Jk Pariwisata Indonesia Berhasil Kalahkan Malaysia

4 Tahun Jokowi Jk Pariwisata Indonesia Berhasil Kalahkan Malaysia

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 281 hits
Menteri Pariwisata Arief Yahya mengatakan selama 4 tahun pemerintahan Jokowi JK sektor pariwisata telah menunjukkan perkembangan yang positif Hal ini dibuktikan dengan pertumbuhan dan penerimaan devisa yang terus meningkat sejak 2015
Ada Ganjaran Jika Juara Piala Malaysia

Ada Ganjaran Jika Juara Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 404 hits
KUALA TERENGGANU Pemain Terengganu FC akan mendapat durian runtuh sekiranya mengalahkan Perak pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam Sabtu ini Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri Wan Sukairi Wan ...
Siri Laptop Gaming Asus Tuf Fx 505 Dan Fx 705 Tiba Di Pasaran Malaysia Bermula Pada Harga Rm3699

Siri Laptop Gaming Asus Tuf Fx 505 Dan Fx 705 Tiba Di Pasaran Malaysia Bermula Pada Harga Rm3699

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 491 hits
Jika anda sedang mencari gaming laptop yang berkuasa pada harga mampu milik anda mungkin ingin melihat kepada siri laptop gaming ASUS TUF yang baru sahaja diumumkan hari ini Dua model laptop ini ialah ASUS TUF FX505 dan ASUS TUF FX705 iaitu...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi