6 Kata Kata Motivasi Dari Albert Einstein
6 Kata-kata Motivasi dari Albert Einstein | Albert Einstein, siapa yang tak kenal. Tapi MF nak kenalkan juga bagi semua orang kenal.
Siapa Albert Einstein?
Albert Einstein (14 Mac 1879 – 18 April 1955) ialah seorang ahli fizik teori berbangsa Jerman yang telah dianggap sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-20. Beliau mengemukakan teori kerelatifan dan membuat banyak sumbangan utama kepada perkembangan mekanik kuantum, mekanik statistik dan kosmologi. Einstein telah dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1921 bagi penjelasannya mengenai kesan fotoelektrik dalam tahun 1905 serta "khidmatnya kepada Fizik Teori".
Sumber: Wikipedia
Albert Einstein seorang yang bijak dan kuat berfikir. Jadi, tak mustahil beliau boleh jadi tokoh yang hebat dan disebut sampai hari ini.
Disebabkan itu, ada beberapa kata-kata motivasi yang boleh kita renungkan, dan amalkan dalam kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup kita.
1. Kreativiti
"Kreativiti itu berjangkit, maka kongsikan"
Benar sangat kata-kata ni.. Cuba kita tengok di Youtube sekarang, video-video yang memaparkan kreativiti dan idea DIY akan menjadikan orang lain juga kreatif. Bahkan boleh menghasilkan sesuatu yang luar biasa hasil idea cetusan seseorang
2. Kerja Keras dan Kegagalan
"Satu-satunya cara untuk elak berlaku kesilapan adalah dengan menolak idea baru"
"Anda tidak akan gagal sehinggalah anda berhenti mencuba"
Jadilah seperti Albert Einstein yang menghabiskan hidupnya dengan teori-teori fizik yang anda kenal pada hari ini. Anda perlu terus bekerja keras dan terus mencuba menyelesaikan masalah. Kegagalan tidak akan muncul sehinggalah anda berhenti mencuba
Jangan pernah berhenti mencuba sesuatu. Buatlah tanpa putus asa. Selagi mencuba selagi itu tiada istilah kegagalan.
3. Hidup mengikut perkembangan zaman
"Saya tidak akan berfikir masa depan, ia datang sekejap lagi"
Anda hanya dijamin masa yang anda ada sekarang. Jika anda berfikir tentang masa depan, anda hanya membimbangkan diri sendiri. Perancangan yang dibuat belum tentu dapat diselesaikan mengikut rancangan. Apa yang penting adalah buat yang terbaik pada hari ini dan elak bimbang masa hadapan
Jangan fikir apa yang akan jadi pada masa depan. Bahkan dalam Islam juga melarang sekerasnya meramal masa depan. Buat yang terbaik hari, jadikan yang lalu sejarah hidup bernilai untuk masa hadapan kita.
4. Jadi seorang yang luar biasa
"Saya tidak pernah membuat salah satu penemuan-penemuan saya menerusi pemikiran yang waras"
Hakikatnya, berfikir di luar kotak dan melakukan perkara luar biasa akan menghasilkan sesuatu yang menarik.Jika anda berterusan melakukan perkara biasa, hasilnya juga biasa. Fikirlah di luar kotak dan akan akan menemui jawapannya
Fikirkan sesuatu di luar kotak. Imiginasi kadangkala berguna tapi terlebih berimaginasi pun parah juga jadinya.
Tapi realiti, anak-anak zaman sekarang agak "malas" nak menggunakan akal dan otak. Buktinya, MF sebagai guru dan ibu, anak-anak sekarang malas berfikir untuk selesaikan masalah. Yang dia tahu nak cepat selesaikan sesuatu.
Jadi, sebagai ibu MF akan pastikan anak-anak lebih berdikari dan fikir sendiri penyelesaian sesuatu masalah. Kita hanya bantu apayang perlu. Jangan terlalu manjakan anak sampaikan dia "sayang"nak guna akal yang diberi.
5. Imaginasi
"Imaginasi adalah penyelidikan yang tertinggi"
Imaginasi lebih penting daripada ilmu pengetahuan. Hal ini kerana ilmu pengetahuan adalah terhad manakala imaginasi sangat luas. Jika anda berimaginasi sesuatu yang berlainan, anda mula berkongsi dengan orang lain. Orang ramai mula melihat dunia yang anda bayangkan. Maka, anda boleh bersama-sama mencipta dan membantu sesama sendiri
Berimaginasi buatkan kita kreatif sebenarnya. Asalkan imaginasi kita tu tidak dipengaruhi orang unsur-unsur yang negatif dan memudharatkan.
6. Lakukan tugas mustahil
"Seseorang yang bertindak tidak masuk akal mampu mencapai perkara mustahil"
Orang lain menganggap tindakan anda tidak munasabah tetapi anda sanggup mengambil risiko, maka anda mampu mencapai perkara mustahil. Apabila anda bertindak di luar batasan atas apa yang difikir orang lain, hasil yang mengagumkan pasti akan berlaku. Anda berjaya melaluinya seperti mana dianggap halangan.
Boleh buat sesuatu yang orang lain tak buat asalkan bukan sesuatu yang dilarang oleh agama dan adat setempat. Sebagai orang Islam, kita tak lari dari hukum pahala dan dosa dalam melakukan sesuatu perkara.
Pengajaran di atas hanya sebahagian kata-kata yang dihasilkan oleh Albert Einstein. Tidak ada salahnya kita melihat kejayaan orang lain untuk dijadikan kejayaan diri sendiri. Fahami kata motivasi yang penuh mendalam ini, untuk menjadikan hidup kita hebat dan berkat. Insha Allah.
Sumber: Karangkraf
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdz.com/2014/02/motivasi-dari-albert-einstein.html