Kekurangan Bekalan Bahan Mentah Ketika Ini Bersifat Sementara Kata Kpdnhep


 
Shamsul Nizam berkata kenaikan harga bahan mentah ketika ini selain dipengaruhi faktor permintaan dan penawaran dalam pasaran, juga banyak berkait dengan kos pengangkutan yang tinggi. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Kekurangan bekalan beberapa bahan mentah seperti ayam dan telur yang sedang dialami pengguna ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka pulih sebaik industri yang terlibat kembali beroperasi selepas cuti panjang Tahun Baharu Cina.
Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Operasi) Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Shamsul Nizam Khalil berkata jangkaan itu mengambil kira ramai pekerja ladang ternakan dan pejabat bercuti panjang sempena perayaan itu.
“Menerusi pemantauan, memang berlaku kekurangan bekalan bahan mentah di beberapa lokasi dalam negara yang berlaku kerana banyak faktor antaranya pihak industri tidak dapat menampung permintaan yang tinggi dan disebabkan cuti panjang.
“Namun kita percaya keadaan ini sementara dan kita bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan juga sedang berusaha untuk mengawal keadaan (mengatasi masalah),” katanya pada rancangan Ruang Bicara Bahas membincangkan topik ‘Pengguna Resah Harga Bahan Mentah Naik’ yang disiarkan Bernama TV malam tadi.
Shamsul Nizam berkata kenaikan harga bahan mentah ketika ini selain dipengaruhi faktor permintaan dan penawaran dalam pasaran, juga banyak berkait dengan kos pengangkutan yang tinggi ketika negara mengimport bahan mentah dari luar negara.
“Ini yang menjadi punca kepada kenaikan dan disebabkan itu kerajaan perlu mengenakan harga kawalan walaupun tahu kawalan ini bukan sesuatu yang sihat untuk sepanjang masa.
“Ia (kawalan harga) hanya akan dilakukan apabila kerajaan menjangkakan berlaku peningkatan harga bahan mentah yang mengganggu pengguna dan bekalan seperti yang berlaku sekarang,” katanya.
Baru-baru ini, terdapat beberapa negeri dilaporkan mengalami masalah bekalan ayam dan telur yang tidak mencukupi sehingga memberi tekanan kepada peniaga dan pengguna kerana harga yang dikenakan terhadap bahan mentah itu tinggi, memaksa kerajaan melakukan intervensi. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/02/kekurangan-bekalan-bahan-mentah-ketika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekalan Telur Di Terengganu Dijangka Pulih Dalam Masa Terdekat Kata Kpdnhep

Bekalan Telur Di Terengganu Dijangka Pulih Dalam Masa Terdekat Kata Kpdnhep

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 224 hits
BERNAMA Pasar raya yang terputus bekalan telah membuat tempahan dengan pemborong dan edaran akan dilakukan dalam masa terdekat Pada November tahun lepas anggaran bekalan telur yang diagihkan ke pasaran ialah 900 000 biji tetapi mencatat pen...
Ketika Pn Perintah Ramai Bunuh Diri Najib Kata

Ketika Pn Perintah Ramai Bunuh Diri Najib Kata

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 338 hits
PETALING JAYA Bekas Perdana Menteri Najib Razak membidas kenyataan Azmin Ali yang mengatakan antara kejayaan luar biasa kerajaan Perikatan Nasional adalah mendapat pengiktirafan dunia sebagai kerajaan terbaik yang menjalankan usaha pemuliha...
Daging Buaya Jadi Alternatif Atasi Kekurangan Bekalan Daging Khinzir

Daging Buaya Jadi Alternatif Atasi Kekurangan Bekalan Daging Khinzir

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 360 hits
Daging buaya mendapat permintaan tinggi di Thailand selepas harga daging khinzir melambung tinggi disebabkan kekurangan bekalan Harga daging babi yang menjadi makanan utama dalam diet rakyat Thailand meningkat berikutan selesema babi Afrika...
Mutiara Kata Daripada Hassan Al Basri

Mutiara Kata Daripada Hassan Al Basri

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 474 hits
Hasan Al Basri adalah salah seorang daripada Ulama terkemuka dari kalangan Tabi in yang banyak berguru dengan para sahabat Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam Beliau lahir di Madinah pada tahun 30 hijrah iaitu 642 Masihi dan dijaga oleh ...
Tidak Bagus Minum Air Lemon Waktu Malam Betul Ke Apa Kata Pakar

Tidak Bagus Minum Air Lemon Waktu Malam Betul Ke Apa Kata Pakar

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 301 hits
Tidak Bagus Minum Air Lemon Waktu Malam Betul Ke Apa Kata Pakar AIR limau atau lemon adalah salah satu must potion bagi influencer kesihatan dan air dengan rasa masam ini sentiasa ada dalam kehidupan seharian mereka Kebiasaannya melalui vid...
Tetapkan Garis Masa Buka Sempadan Kata Muhyiddin

Tetapkan Garis Masa Buka Sempadan Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 282 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan mesti menetapkan garis masa yang pasti untuk membuka semula sempadan antarabangsa Malaysia bagi mengembalikan ekonomi ke landasan yang betul Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata garis masa...
Jpm Tak Campur Tangan Siasatan Rci Tabung Haji Kata Menteri

Jpm Tak Campur Tangan Siasatan Rci Tabung Haji Kata Menteri

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 237 hits
Idris Ahmad berkata pihaknya hanya menyerahkan senarai nama anggota RCI kepada Yang di Pertuan Agong dan baginda telah memberi tauliah IPOH Jabatan Perdana Menteri tidak akan mencampuri siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung isu ber...
Tindakan Terhadap Zuraida Pimpinan Bersatu Berbelah Bahagi Kata Sumber

Tindakan Terhadap Zuraida Pimpinan Bersatu Berbelah Bahagi Kata Sumber

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 215 hits
Tindakan terhadap Zuraida Pimpinan Bersatu berbelah bahagi kata sumber Kepimpinan Bersatu dikatakan berbelah bahagi sama ada ingin mengenakan tindakan terhadap Zuraida Kamaruddin selepas didakwa terbabit dengan Parti Bangsa Malaysia Sumber ...
Usah Cemar Nama Ulama Pas Pengkhianat Sebenar Bertunang Dengan 2 Parti Kata Isham

Usah Cemar Nama Ulama Pas Pengkhianat Sebenar Bertunang Dengan 2 Parti Kata Isham

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 258 hits
FMT ReportersPETALING JAYA PAS perlu bermuhasabah kerana pihak sebenarnya mengkhianati Muafakat Nasional adalah pemimpin mereka apabila mendaftar Perikatan Nasional dengan Bersatu parti pengkhianat mandat rakyat dan pelompat parti yang meng...
As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Quick Diet Dinner Recipes Veg

Najib Punyai Kepentingan Langsung Terhadap 1mdb Sejak Tia Hakim

Buat Duit Online Tanpa Kerja Lebih Masa Solusi Income Automatik Untuk Orang Sibuk

Najib Kena 15 Tahun Penjara Dan Denda Rm11 38 Bilion Bagi Tuduhan Salah Guna Kuasa

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Drama Pak Su Ammara

Yang Tak Pernah Aku Ceritakan Tapi Menguatkanku

Lelaki Palestin Cedera Dilanggar Ketika Solat Tentera Simpanan Israel Disiasat

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Dari Tampin Ke Simpang Ampat Alor Gajah Beli Nenas

Rawatan Pergigian Di Klinik Pergigian Familia Megaway