5980 Malakat Mall Ajak Syarikat Korporat Kolaborasi Menyumbang Dalam Projek Zero Hunger Malakat Tribune 21 05 2020



CYBERJAYA - Malakat Mall mengajak syarikat-syarikat korporat untuk kolaborasi dan turut sama menyumbang dalam Projek Zero Hunger bagi menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Pengasas Malakat Mall dan Projek Zero Hunger, Mohd Fadzil Hashim berkata, projek kebajikan itu diasaskan oleh pusat beli belah tersebut bersama Yayasan Brainy Bunch.

Beliau berkata, menerusi sumbangan daripada pihak korporat, pihaknya yakin sumbangan secara berterusan dapat diberikan kepada golongan berkenaan.

"Golongan-golongan yang terjejas khususnya daripada golongan B40 memerlukan bantuan secara berterusan untuk meneruskan kehidupan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

"Ada segelintir mereka tercicir daripada menerima bantuanyang diberikan oleh kerajaan malah kebanyakan mereka menggunakan wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk membayar sewa rumah.

"Justeru bantuan berupa barangan asas makanan amat diperlukan dan sangat membantu mereka," katanya kepada pemberita selepas menerima cek sumbangan berjumlah RM1 juta daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Mohd Fadzil berkata, Projek Zero Hunger merupakan antara projek terawal yang diwujudkan sejak pelaksanaan PKP fasa satu dan telah berjaya mengagih bantuan kepada lebih 20,000 keluarga di seluruh negara.

"Kita bekerjasama rapat dengan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) yang membolehkan agihan dibuat kepada semua golongan memerlukan di serata pelosok negeri," katanya.

Sementara itu Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan yang menyerahkan sumbangan tersebut menjelaskan, wang tersebut hasil sumbangan terkumpul oleh orang ramai untuk diinfakkan kepada yang memerlukan.

"Alhamdulillah apa yang dihulurkan hari ini adalah hasil kutipan bantuan oleh PPIM untuk disalurkan kepada projek Zero Hunger.

Terdapat sebanyak 100,000 keluarga lagi perlu dibantu. Platform bersedekah sentiasa terbuka, teruskan menyumbang mengambil keberkatan bulan Ramadan," katanya.

Sesiapa yang ingin menderma untuk Projek Zero Hunger boleh masuk ke Sadaqah Market atau https://sadaqahmarket.com/. - MBNews


Artikel oleh: Malakat Tribune

MALAKAT MALL AJAK SYARIKAT KORPORAT KOLABORASI MENYUMBANG DALAM PROJEK ZERO HUNGER

http://www.malakattribunenews.com/berita/dalam-negeri/14369/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/05/5980-malakat-mall-ajak-syarikat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5982 Projek Zero Hunger Sasar Mereka Tercicir Dari Bpn Suara Merdeka 21 05 2020

5982 Projek Zero Hunger Sasar Mereka Tercicir Dari Bpn Suara Merdeka 21 05 2020

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 354 hits
WALAUPUN kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional bagi meringankan beban rakyat yang terjejas akibat penularan wabak COVID 19 tetapi tidak dinafikan masih ramai yang tercicir daripada kemudahan itu Sehubungan itu Projek Zero Hun...
5969 Video Medac Kagum Produk Iks Muslim Di Malakat Mall Malakat Tribune 14 05 2020

5969 Video Medac Kagum Produk Iks Muslim Di Malakat Mall Malakat Tribune 14 05 2020

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 448 hits
RAUDHAH CITY Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bersedia menjalin kerjasama dengan pusat beli belah Malakat Mall dalam mewujudkan program tertentu bagi meningkatkan penyertaan usahawan bumiputera dalam bidang perniagaan Timbalan ...
5977 Penyerahan Sumbangan Terkumpul Rm1 Juta Kepada Program Zero Hunger Ppim 21 05 2020

5977 Penyerahan Sumbangan Terkumpul Rm1 Juta Kepada Program Zero Hunger Ppim 21 05 2020

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 426 hits
Alhamdullilah hasil sumbangan pengguna yang prihatin melalui Tabung Perjuangan PPIM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyerahkan sumbangan terkumpul sebanyak RM1 Juta kepada Program Zero Hunger yang di anjurankan oleh Yayasan Brainy Bunch ...
5964 Peluang Bergelar Usahawan Virus Buster Malakat Tribune 13 05 2020

5964 Peluang Bergelar Usahawan Virus Buster Malakat Tribune 13 05 2020

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 352 hits
RAUDHAH CITY Virus Covid 19 yang melanda tanah air menyaksikan perkhidmatan nyah kuman diperlukan oleh banyak pihak membuatkan pihak Malakat Mall membuka peluang kepada usahawan menyertai program virus buster yang dijalankan oleh pihaknya K...
5957 Ppim Dan Anda Di Malakat Mall Ehailing Fm 12 05 2020

5957 Ppim Dan Anda Di Malakat Mall Ehailing Fm 12 05 2020

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 530 hits
PPIM dengan kerjasama Gardenia memberikan sedikit sumbangan kepada pemandu e hailing di Malakat Mall Artikel oleh EHAILING FM PPIM DAN ANDA DI MALAKAT MALL
Sesi Dagangan Ditutup Awal Pada 25 Mei Bersempena Dengan Sambutan Hari Peringatan Di Amerika Syarikat Pada 25 Mei 2020

Sesi Dagangan Ditutup Awal Pada 25 Mei Bersempena Dengan Sambutan Hari Peringatan Di Amerika Syarikat Pada 25 Mei 2020

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 401 hits
Para pelanggan yang dihormati Bersempena dengan sambutan Hari Peringatan di Amerika Syarikat pada 25 Mei 2020 dagangan spot pada logam niaga hadapan logam dan niaga hadapan tenaga akan ditutup pada jam 8 malam lebih awal dari kebiasaan Niag...
Pengguna Malaysia Menyumbang Hampir Rm1 Juta Kepada Facebook Gaming Pada April 2020

Pengguna Malaysia Menyumbang Hampir Rm1 Juta Kepada Facebook Gaming Pada April 2020

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 345 hits
Facebook Gaming merupakan ciri memfokuskan kandungan permainan video di laman sosial terkemuka Facebook Ia telah memperlihatkan peningkatan yang drastik dari segi penggunaan serta penerbitan kandungan oleh pengguna tempatan sejak kurang 2 t...
Majlis Zakat Korporat 2020 Serahan Sumbangan Tabung Musaadah Covid 19 Ppz

Majlis Zakat Korporat 2020 Serahan Sumbangan Tabung Musaadah Covid 19 Ppz

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 447 hits
PPZ MAIWP telah menerima bayaran zakat perniagaan daripada 6 buah syarikat korporat dengan jumlah kutipan sebanyak RM37 623 209 67 Majlis telah berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya hari ini 6 syarikat yang membayar zakat perniagaan merek...
Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Harga Kelebihan

Rahsia Kek Butter Jadi Lembut Moist Tak Retak Tak Bantat

Southwest Passenger Says She Was Ejected From Flight Based On Her Race

Menginap Di Bei Boutique Hotel Muar Jalan Jalan Ke Tomisstan Resort Muar

Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Menu Menu Dari Bunga Kantan

Prabowo Isytihar Aset Lebih Rm530 Juta Gibran Miliki Rm700 000 Tanpa Hutang

Tamparan Baru Wall Street Gm Mengalami Kerugian 1 Bilion Rtx Mengejutkan Para Pelabur


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Takziah Buat Keluarga Arwah

Resepi Pulut Kuning

Kenapa Netizen Suka Mengecam Di Media Sosial Ini 5 Sebab Utama Yang Ramai Tak Sedar

Buasir Otak Tv Bos Marah Bila Minta Laporan Be Like

Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa Dalam International Physics Olympiad 2025

Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial