5964 Peluang Bergelar Usahawan Virus Buster Malakat Tribune 13 05 2020



RAUDHAH CITY - Virus Covid-19 yang melanda tanah air menyaksikan perkhidmatan nyah kuman diperlukan oleh banyak pihak membuatkan pihak Malakat Mall membuka peluang kepada usahawan menyertai program virus buster yang dijalankan oleh pihaknya.

Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, pihaknya menjangkakan keperluan perkhidmatan untuk perkhidmatan nyah kuman ini akan meningkat khususnya selepas Hari Raya Aidilfitri apabila sekolah mahupun taska dibuka.

Katanya, ini kerana antara syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan adalah mewajibkan premis-premis itu dinyah kuman sebelum beroperasi.

Menurutnya, pihaknya juga mengharapkan lebih ramai bakal usahawan mengambil peluang dan ruang ini untuk menambah pendapatan.

"Setakat ini kita menerima lebih 100 permohonan dan kira-kira 15 usahawan yang telah membuat pembayaran menerima peralatan. Kita berjaya tawarkan kepada usahawan bagi kumpulan pertama dan akan ada beberapa kumpulan akan datang.

"Mana mungkin penyedia yang sedia ada sekarang ini boleh buat semua itu. Oleh sebab itu, kita tawarkan kepada mereka yang berminat dengan syarat mereka perlu menjadi ahli Koperasi Pembangunan Pengguna Islam (KoPPIM), jika tidak mereka tidak boleh sertai program ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada MBNews selepas majlis kursus usahawan bisnes virus buster di Malakat Mall hari ini. 

Mohd. Fadzil berkata, kebanyakkan penyedia perkhidmatan nyah kuman lebih menawarkan perkhidmatan itu sendiri tanpa mewujudkan peluang perniagaan kepada orang lain. 

Oleh itu, beliau mahu menjadikan Malakat Mall sebagai sebuah pusat beli belah yang memberi ruang dan peluang kepada bakal usahawan.

"Sebab itu juga, kami mewujudkan pelan atau program keusahawanan virus buster ini yang mampu milik dengan hanya membayar RM5,000 untuk permulaan kos ditambah dengan khidmat sokongan termasuk pemasaran digital dan pelbagai lagi kita bantu.

"Insya-Allah, kita akan sasarkan paling kurang 100 usahawan dalam bulan ini. Kita juga sasar pada penghujung tahun ini adalah 500 usahawan virus buster dapat dilahirkan," katanyaa.

Tambah beliau, selain iti, pihaknya juga akan membuat beberapa perkara untuk membantu para usahawan virus buster ini dengan melakukan pemasaran di ibu pejabat ditambah apabila pihaknya menerima permintaan yang besar ia akan diberikan kepada usahawan untuk dilakukan.

Antara yang nyah kuman yang akan digunakan oleh usahawan.
Katanya, dalam masa sama, para usahawan ini juga perlu memasarkan di beberapa platform yang dilakukan secara berjemaah.

Ditanya mengenai usahawan mahu menyertai namun tiada memiliki modal sebanyak RM5,000, Mohd. Fadzil menjelaskan, mereka boleh gunakan platform lain seperti TEKUN Nasional sebagai contoh untuk memohon membiayai menjadi usahawan buat masa ini.

Beliau menambah, perkhidmatan nyah kuman ini berada di sektor servis yang mempunyai margin sangat tinggi dan risikonya sangat rendah kerana tiada barangan yang mudah rosak.

"Kami akan memberi peralatan termsuk dua set mesin dan bahan nyah kuman yang bertahan dalam tempoh satu bulan untuk diguna pakai ketika menjalankan servis di premis pelanggan.

"Selain itu, apa yang penting adalah mereka dapat bimbingan perniagaan daripada saya sendiri dan kita juga ajar bagaimana untuk menguruskan kewangan peribadi, pelan perniagaan, target dan kita ada sistem kita berikan kepada usahawan-usahawan kita.

"Malah, kita juga memberikan khidmat sokongan terus daripada pasukan Malakat Mall dan Brainy Bunch yang mempunyai kepakaran masing-masing," katanya. -MBNews


Artikel oleh: Malakat Tribune

PELUANG BERGELAR USAHAWAN VIRUS BUSTER

http://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/13738/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/05/5964-peluang-bergelar-usahawan-virus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5935 Zero Hunger Diteruskan Masih Ramai Perlukan Bantuan Walaupun Pkpb Tamat Malakat Tribune 06 05 2020

5935 Zero Hunger Diteruskan Masih Ramai Perlukan Bantuan Walaupun Pkpb Tamat Malakat Tribune 06 05 2020

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 352 hits
RAUDHAH CITY Program Zero Hunger Malakat Mall akan diteruskan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat tamat bagi membantu golongan terjejas terutama mereka yang bergantung kepada sumber perniagaan dan gaji harian Pengasas Malakat Ma...
5969 Video Medac Kagum Produk Iks Muslim Di Malakat Mall Malakat Tribune 14 05 2020

5969 Video Medac Kagum Produk Iks Muslim Di Malakat Mall Malakat Tribune 14 05 2020

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 429 hits
RAUDHAH CITY Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bersedia menjalin kerjasama dengan pusat beli belah Malakat Mall dalam mewujudkan program tertentu bagi meningkatkan penyertaan usahawan bumiputera dalam bidang perniagaan Timbalan ...
5942 Tabung Susu Untuk Keluarga Kurang Kemampuan Malakat Tribune 06 05 2020

5942 Tabung Susu Untuk Keluarga Kurang Kemampuan Malakat Tribune 06 05 2020

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 340 hits
RAUDHAH CITY Program Zero Hunger yang dijalankan oleh Yayasan Brainy Bunch melalui kerjasama antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Malakat Mall mengambil inisiatif mewujudkan tabung susu kanak kanak daripada keluarga kurang mampu dan...
5922 Ppim Dan Gbkl Agih 10 000 Bekalan Makanan Malakat Tribune 04 05 2020

5922 Ppim Dan Gbkl Agih 10 000 Bekalan Makanan Malakat Tribune 04 05 2020

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 382 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia bersama Gardenia Bakeries Sdn Bhd akan mengagihkan 10 000 pek bekalan makanan ke seluruh negara Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata proses agihan sumbangan berkenaan akan dijayakan me...
5923 Rangka Sop Imarahkan Kembali Masjid Seluruh Negara Ppim Malakat Tribune 04 05 2020

5923 Rangka Sop Imarahkan Kembali Masjid Seluruh Negara Ppim Malakat Tribune 04 05 2020

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 458 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia berharap kerajaan dapat merangka prosedur operasi standard bagi mengimarahkan kembali surau dan masjid di negara ini Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata ketika bulan Ramadan ini pasti...
5961 Program Basmi Virus Untuk P Hailing Rider Ehailing Fm 14 05 2020

5961 Program Basmi Virus Untuk P Hailing Rider Ehailing Fm 14 05 2020

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 391 hits
Program CSR eHailingFM bersama PPIM PKEH dan Gardenia Khidmat basmi virus untuk Rider P Hailing dan penyampaian hamper Artikel oleh EHAILING FMPROGRAM BASMI VIRUS UNTUK P HAILING RIDER
5957 Ppim Dan Anda Di Malakat Mall Ehailing Fm 12 05 2020

5957 Ppim Dan Anda Di Malakat Mall Ehailing Fm 12 05 2020

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 512 hits
PPIM dengan kerjasama Gardenia memberikan sedikit sumbangan kepada pemandu e hailing di Malakat Mall Artikel oleh EHAILING FM PPIM DAN ANDA DI MALAKAT MALL
6 Idea Buat Business Peniagaan Kecilan Modal Kecik 2020 Online

6 Idea Buat Business Peniagaan Kecilan Modal Kecik 2020 Online

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 326 hits
Tips dan Idea Buat bisnes Business Sampingan Kecilan Untuk post ini aku tak ajar cara memulakan perniagaan sendiri aku just share jenis perniagaan modal kecil sahaja ya Assalammaualikum pembaca blog ku yang disayangi Okey sekarang ni ramai ...
New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

Dugaan Pagi Khamis

Build A Strong Brand Identity Startup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Di Sini Https Vt Tiktok Com Zsrnvanvd

Pengarah Moe Lebih 1 700 Pelajar Gagal Semua Subjek Spm Ada Yang Kerja Malam

Peragut Dikejar 12km Akhirnya Tumpas Di Tangan Penghantar Makanan

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Mohon Maaf Kepada Ahli Parlimen Dap

Netizen Serang Instagram Memey Suhaiza Isu Penyondol Kembali Diperkatakan

Anak Sulung Setuju Edika Yusof Amp Nor Hidayah Bercerai Sedia Jaga Ibu Selagi Termampu Ini Jalan Terbaik Untuk Mereka