5914 Lahirnya Pasar Besar Orang Melayu Sinar Harian 09 09 2020


 


AHAD lalu pada 6 September, telah berlangsung majlis perasmian Malakat Mall di Cyberjaya. Majlis disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Malakat Mall merupakan pasar raya Muslim pertama di Malaysia yang membawa imej bisnes Melayu moden di bandar yang menjadi hab IT negara. Apa signifikannya pasar raya itu dengan kita semua? Bukankah ia juga adalah sebuah entiti perniagaan seperti bisnes-bisnes yang lain?
Dari sudut zahirnya memanglah begitu, namun dari segi isi dan inti, Malakat Mall membawa sebuah misi perjuangan besar untuk membina ekosistem ekonomi Melayu Islam.
Ia bermula apabila seorang usahawan dan jutawan, Mohd Fadzil Hashim atau Coach Fadzil menganjurkan siri-siri kursus perniagaan secara percuma kepada usahawan Melayu. Melalui diskusi susulan dengan usahawan itulah, beliau mendapati mereka tidak dapat mengembangkan perniagaan kerana tiadanya market place ataupun pasar besar.
Lantas beliau mencari data dan mendapati pasaran peruncitan di Malaysia yang bernilai RM110 bilion pada tahun 2019 dikuasai oleh pemilik asing. Mereka membolot 60 peratus pasaran, bukan bumiputera pula sebanyak 32 peratus, sementara peniaga Muslim hanya seciput – lapan peratus!
Beliau tertanya-tanya mengapakah kita membuka pintu seluas-luasnya kepada syarikat asing untuk membuka bisnes runcit di Malaysia? Bukankah jika hendak menjual beras, ikan, sayur dan minyak masak, kita pun boleh buat?
Bukankah usahawan kita juga berkebolehan membuat baju, kasut, peralatan elektrik, malah komputer? Tidak mengapalah seandainya syarikat asing itu datang dan dibenarkan melabur untuk membuka syarikat membuat roket ataupun kereta terbang tetapi jika sekadar membuka kedai runcit, biarlah rakyat Malaysia sendiri yang buat.
Berinspirasikan tindakan Rasulullah SAW setelah berhijrah dari Makkah lalu membuka pasar Madinah, Coach Fadzil menjejaki formula itu untuk membuka pasar besar yang diberi nama Malakat Mall. Nama ‘malakat’ pula disematkan daripada nama ‘malakat’ yang bermaksud pertemuan pedagang – gelaran untuk Melaka oleh pedagang Arab ketika zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka.


Jenama
Tatkala ingin mengisi pelbagai jenis perniagaan di Malakat Mall, tiada jenama jean terkenal berminat untuk membuka premis mereka di pasar raya itu.
Ia menyebabkan Coach Fadzil dan pasukan anak-anak Melayu yang menyertainya telah mencipta serta membawa jenama baharu yang belum terdapat di pasaran tempatan.
Maka, wujudlah kedai alatan sukan, peralatan, alat tulis, buku dan farmasi, selain kafe dan pasar keperluan harian. Ia mengubah persepsi dan imej bahawa pasar raya Melayu menjual jubah dan tudung semata-mata.
Lebih menarik, Malakat Mall dibuka tanpa pinjaman bank. Di manakah mereka memperoleh dana?
Pada penghujung tahun lalu, idea membuka sebuah pasar raya Melayu menarik perhatian Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). NGO yang diterajui Datuk Nadzim Johan atau Toqqi telah tampil dengan membawa Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM). Koperasi yang hidup segan mati tak mahu dengan hanya 60 orang ahli segera diaktifkan.
Baru 10 bulan ia digerakkan, jumlah ahlinya telah melangkaui 25,000 orang dengan pelaburan melebihi RM10 juta. Kemasukan pelaburan harian bernilai puluhan ribu ringgit daripada ahli-ahli baharu telah memungkinkan Malakat Mall terus berkembang dengan dana sendiri dan mereka merancang membuka 100 buah pasar raya dalam tempoh 10 tahun.
Beliau dan pasukannya tidak bertepuk sebelah tangan. Tiba-tiba terdapat ramai jutawan Melayu yang tak didendang muncul menyuarakan hasrat menyertai perjuangan tersebut. Setakat ini belum ada lagi kumpulan anak-anak Melayu yang bergabung tenaga untuk berjuang menegakkan ekosistem ekonomi bangsa.
Kita sudah ada banyak kumpulan yang membela bangsa dari sudut politik, bahasa, pendidikan dan kemanusiaan. Justeru, satu-satunya usaha mengembalikan maruah bangsa dari sudut ekonomi secara holistik seharusnya kita sokong. Ini sebab kita sebenarnya masih dijajah dari sudut ekonomi.
* Norden Mohamed ialah mantan Ketua Pengarang Sinar Harian


Artikel oleh: Sinar Harian
LAHIRNYA PASAR BESAR ORANG MELAYU
https://www.sinarharian.com.my/article/100281/KOLUMNIS/Lahirnya-pasar-besar-orang-Melayu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/09/5914-lahirnya-pasar-besar-orang-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Catatan Harian Pedagang Pada 10 09 2020 Pasaran Amerika Syarikat

Catatan Harian Pedagang Pada 10 09 2020 Pasaran Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 281 hits
S P 500 harian Terdapat lantunan semula pada penurunan Sebab untuk menghentikan pertumbuhan adalah pilihan raya AS yang akan datang jangkaan kekalahan Trump dan seterusnya ketidakpastian dengan dasar cukai Dalam pengertian global euro dan d...
Senarai Puasa Besar Ganjarannya Di Bulan Muharam Tahun 2020

Senarai Puasa Besar Ganjarannya Di Bulan Muharam Tahun 2020

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 451 hits
Assalamualaikum semua harini dah 8 Muharam Dah ada orang yang dah mula puasa harini ke Esok 9 Muharam boleh puasa Hari Asyura pula mama nak share Senarai Puasa Besar Ganjarannya Di Bulan Muharam tahun 2020 Sambil tu boleh caca sini juga Sel...
Padang Besar Perlis Syurga Beli Belah 2020

Padang Besar Perlis Syurga Beli Belah 2020

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 526 hits
Assalammualaikum Dunia Sawadikap hahaha acah acah pi Thailand Sawadikap Jom tengok apa ado kat dalam Mengikut prakata Wikipedia yang cikbunga rujuk dalam Google Padang Besar merupakan sebuah pekan sempadan yang terletak di Perlis Malaysia I...
5925 200 Katil Standby Rawat Pesakit Covid 19 Harian Metro 15 09 2020

5925 200 Katil Standby Rawat Pesakit Covid 19 Harian Metro 15 09 2020

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 309 hits
Kuala Lumpur Hospital Kuala Lumpur memperuntukkan 200 katil untuk keperluan pesakit Covid 19 meskipun sudah dua bulan tidak menerima pesakit wabak itu Pengarahnya Datuk Dr Heric Coray berkata sebelum ini ketika waktu punca HKL merawat 700 p...
5909 Hukuman Lebih Berat Harian Metro 04 09 2020

5909 Hukuman Lebih Berat Harian Metro 04 09 2020

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 278 hits
Kuala Lumpur Pihak yang menyebabkan pencemaran Sungai Gong di Rawang perlu dihukum lebih berat dan mandatori Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata tindakan pihak berkenaan bukan sahaja menjejaskan alam s...
5874 Pemandu Mabuk Tambah Tempoh Penjara Denda Bukan Penyelesaian Berita Harian 27 08 2020

5874 Pemandu Mabuk Tambah Tempoh Penjara Denda Bukan Penyelesaian Berita Harian 27 08 2020

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 330 hits
KUALA LUMPUR Meningkatkan tempoh penjara dan kadar denda terhadap hukuman pemanduan di bawah pengaruh alkohol bukan jalan penyelesaian terbaik bagi membendung perkara itu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan be...
8 September 2020 Kajian Teknikal Harian Dan Cadangan Perdagangan Eur Usd

8 September 2020 Kajian Teknikal Harian Dan Cadangan Perdagangan Eur Usd

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 364 hits
Pasangan EUR USD melakukan pergerakan mendatar dalam saluran yang digambarkan sejak 3 Ogos Sebelumnya tahap rintangan sementara terbentuk sekitar 1 1900 yang menghalang pergerakan kenaikan harga seterusnya dan memaksa pasangan untuk berhent...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias