5874 Pemandu Mabuk Tambah Tempoh Penjara Denda Bukan Penyelesaian Berita Harian 27 08 2020


 

KUALA LUMPUR: Meningkatkan tempoh penjara dan kadar denda terhadap hukuman pemanduan di bawah pengaruh alkohol bukan jalan penyelesaian terbaik bagi membendung perkara itu.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata walaupun ia satu perkara yang baik namun ia tidak akan dapat menangani isu berkenaan secara berkesan.

"Apa yang lebih baik adalah meningkatkan penguatkuasaan bukan sahaja terhadap penjualan arak yang dilihat semakin berleluasa, malah terhadap pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Kesalahan ini adalah amat berat kerana ia mengakibatkan pihak lain mengalami kecederaan dan kematian, justeru kita lihat penguatkuasaan secara serius memainkan peranan yang amat penting termasuk mengawal penjualan minuman keras," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Menurutnya, pendidikan mengenai keburukan minuman keras serta bahaya pemanduan di bawah pengaruh alkohol juga perlu diterapkan di peringkat sekolah sebagai satu cara untuk mendidik generasi muda.

Beliau berkata meningkatkan tempoh hukuman penjara dan kadar denda bukan cara terbaik kerana hukuman itu tidak memadai dengan nyawa mangsa yang terkorban atau kecacatan yang dialami mangsa, manakala denda juga boleh dibayar oleh pesalah yang mampu.

"Kita juga minta jabatan agama Islam di setiap negeri memainkan peranan dengan meningkatkan kadar denda terhadap orang Islam yang meminum arak.

"Selain itu, peminum arak ini perlu sedar bahawa mereka mempunyai tanggungjawab terhadap keselamatan diri serta orang lain, mereka tidak sewajarnya dibenarkan memandu. Perkara ini banyak diterapkan di negara maju dan ia sewajarnya diamalkan di negara ini." kata beliau.

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang antara lain bakal meminda hukuman pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Antara pindaan utama adalah ke atas hukuman sedia ada, membabitkan kadar denda, tempoh penjara dan penggantungan lesen memandu.

Seksyen 44 iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah hingga menyebabkan kematian akan memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun atau maksimum 15 tahun; denda antara RM50,000 hingga RM100,000 dan hilang kelayakan lesen bagi tempoh minimum 10 tahun, bagi sabitan pertama.

Pesalah berdepan hukuman penjara minimum 15 tahun atau maksimum 20 tahun; denda antara RM100,000 hingga 150,000 dan hilang kelayakan lesen selama 20 tahun, bagi sabitan seterusnya.

Bagi kes menyebabkan kecederaan, pesalah berdepan hukuman penjara minimum tujuh tahun atau maksimum 10 tahun; denda antara RM30,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan lesen minimum tujuh tahun, bagi sabitan pertama.

Pesalah juga boleh dipenjara minimum 10 tahun atau maksimum 15 tahun; denda antara RM50,000 hingga RM100,000 dan hilang kelayakan lesen selama 10 tahun, bagi sabitan seterusnya.

Sementara itu, balu kepada Allahyarham Mohamed Zaili Mohamed, 44, yang maut dirempuh pemandu mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar pada 1 Jun lalu, Zahlawati Zahlan, 47, menyambut baik pindaan hukuman berkenaan.

"Saya berharap hukuman yang lebih berat itu dapat mencegah orang ramai daripada memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Ia adalah lebih baik daripada hukuman mati namun sewajarnya pesalah turut dikenakan hukuman sebatan sebagai pengajaran," katanya kepada BH.

Katanya, kesan dan trauma yang dialami keluarga mangsa tidak dapat dinilaikan dengan hukuman berkenaan kerana mereka yang terpaksa menanggung segala kesannya.

"Ada keluarga yang hilang tempat bergantung, ada juga mangsa yang mengalami kecacatan angkara pemandu mabuk.

"Hukuman penjara dan denda yang dikenakan kepada pesalah boleh dilunaskan, namun kesan yang dialami mangsa dan keluarga adalah berkekalan," katanya lagi.

Dalam kejadian pada 1.30 pagi itu, Mohamed Zaili disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Kejadian dipercayai berlaku apabila Honda EX5 ditunggang mangsa dirempuh Nissan Grand Livina dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun dari arah belakang.


Artikel oleh: Berita Harian
PEMANDU MABUK: TAMBAH TEMPOH PENJARA, DENDA BUKAN PENYELESAIAN
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/725205/pemandu-mabuk-tambah-tempoh-penjara-denda-bukan-penyelesaian



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/08/5874-pemandu-mabuk-tambah-tempoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5845 Tuduh Polis Tentera Tak Solat Saksi Lain Akan Dipanggil Harian Metro 18 08 2020

5845 Tuduh Polis Tentera Tak Solat Saksi Lain Akan Dipanggil Harian Metro 18 08 2020

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 365 hits
POLIS tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa saksi lain bagi membantu siasatan kes pengasas Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid yang mendakwa anggota polis dan tentera tidak menjaga solat Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenaya...
Kemalangan Maut Akibat Pemandu Mabuk Bilakah Tindakan Tegas Akan Diambil

Kemalangan Maut Akibat Pemandu Mabuk Bilakah Tindakan Tegas Akan Diambil

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 371 hits
Sesungguhnya dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali Saya baru sahaja pulang dari menziarahi rakan di Kelas Pengajian Al Quran dan Tajwid saya di Kg Mambau Beliau diuji Allah dengan ujian kehilangan anak sulungnya di keheningan...
5842 Bayarlah Sebelum Peluh Kering Sinar Harian 16 08 2020

5842 Bayarlah Sebelum Peluh Kering Sinar Harian 16 08 2020

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 452 hits
SHORTS WACANA 16 OGOS 2020Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata kebanyakan peniaga hampir muflis akibat budaya bayar lambat Artikel oleh Sinar Harian BAYARLAH SEBELUM PELUH KERING
2 Lelaki Berdepan Penjara 10 Tahun Gelakkan Budak Mabuk Lepas Dipaksa Minum Arak

2 Lelaki Berdepan Penjara 10 Tahun Gelakkan Budak Mabuk Lepas Dipaksa Minum Arak

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 817 hits
Dua lelaki dari Luwu Timur Sulawesi ditahan selepas memaksa kanak kanak lelaki meminum minuman keras Sebelum ini tular di media sosial video mangsa terhuyung huyung hingga terjatuh selepas dipaksa minum arak oleh seorang lelaki dan rakannya...
5841 Aktiviti Seminar Kerjaya Pemandu Pengawal Peribadi Ppim 16 08 2020

5841 Aktiviti Seminar Kerjaya Pemandu Pengawal Peribadi Ppim 16 08 2020

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 433 hits
Ketua Aktivis PPIM nadzim johan toqqi menghadiri Seminar Kerjaya Pemandu Pengawal Peribadi anjuran Bodyguard Driver Community di Villa Puteri Condominium Kuala Lumpur
Masih Suka Merokok Di Jalan Raya Denda 750 Ribu Atau Penjara 3 Bulan Siap Menanti Anda

Masih Suka Merokok Di Jalan Raya Denda 750 Ribu Atau Penjara 3 Bulan Siap Menanti Anda

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 229 hits
Seringkali masyarakat dibuat kesal dengan para perokok aktif karena kerap kali dinggap mengganggu Selain asap yang dihasilkan terkadang beberapa orang merokok ketika di jalan raya Lagaknya para perokok tersebut merasa nikmat melakukan aksi ...
5883 Ambil Tindakan Individu Cetus Kontroversi Harian Metro 31 08 2020

5883 Ambil Tindakan Individu Cetus Kontroversi Harian Metro 31 08 2020

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 341 hits
PERBUATAN rakyat negara ini memuat naik status yang mencetuskan provokasi sempena hari kebangsaan adalah tindakan melampau dan perlu dikenakan tindakan tegas Timbalan Pengerusi Yayasan Patriot Negara Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata seti...
Urusaniag Harian Tahap Tinggi Dan Rendah Eur Usd 04 September 2020

Urusaniag Harian Tahap Tinggi Dan Rendah Eur Usd 04 September 2020

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 442 hits
Tahap tinggi dan rendah urusniag harian dari Central Bank Dealer Range biasanya terbentuk di STDV 2 STDV 4 keadaan biasa di pasaran tetapi kadang kadang mereka dapat mencapai STDV 5 STDV 6 semasa volatiliti yang tinggi di pasaran Berikut ad...
5893 Aktiviti Mesyuarat Penyelarasan Penubuhan Majlis Pemulihan Radikalisasi Jabatan Penjara Malaysia Ppim 03 09 2020

5893 Aktiviti Mesyuarat Penyelarasan Penubuhan Majlis Pemulihan Radikalisasi Jabatan Penjara Malaysia Ppim 03 09 2020

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 454 hits
Ketua Aktivis PPIM nadzim johan toqqi hari ini menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Penubuhan Majlis Pemulihan Radikalisasi Jabatan Penjara Malaysia di Ibu Pejabat Penjara Malaysia Kajang
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord