5908 Jom Cantikkan Peribadi Harian Metro 30 04 2020



PEPATAH Melayu ada menyebutkan berat mata memandang, berat lagi bahu memikul yang memberikan pengertian kepada kita sekiranya ada orang melihat orang yang susah, kita akan berasa kasihan kepadanya namun orang yang ditimpa kesusahan itu lebih-lebih lagi merasakan kesusahannya.Sekarang kebanyakan manusia seluruh dunia sedang menghadapi wabak penyakit Covid-19 termasuk  kita sehingga perlu duduk di rumah untuk memutuskan rantaian penularan virus terbabit.Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah,  ayat 216 bermaksud: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu."Walaupun ayat ini mengenai peperangan, tetapi kita boleh mengambil pengajaran daripada ayat ini yang mengajak supaya hamba Allah akur dengan ketentuan Ilahi seperti kita yang dalam kesulitan di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam situasi hari ini umat Islam di Malaysia yang berpuasa dalam suasana PKP berasa sedih kerana kita tidak dapat berpuasa dalam keadaan sempurna. Umat Islam di Malaysia hendaklah menggabungkan hati (perasaan), akal (fikiran) dan anggota badan (amal ibadah) untuk menjadikan Ramadan tahun ini luar biasa walaupun kita berada di dalam PKP.Hati umat Islam di Malaysia perlulah tetap berasa seronok dan gembira dengan kedatangan Ramadhan setiap tahun walau apa keadaan sekalipun.  Rasulullah SAW pernah berkhutbah di akhir Syaaban sebagaimana disebutkan di dalam sahih Ibnu Khuzaimah:  "Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang agung lagi diberkati, di dalamnya terdapat satu malam yang kelebihan beribadahnya lebih baik daripada seribu bulan, siangnya difardukan kamu berpuasa dan malamnya disunatkan kamu menghidupkan solat Tarawih...(sehingga akhir hadis)."Melalui hadis ini bolehlah kita lihat bagaimana Islam menyuruh umatnya berasa gembira dan seronok dengan kedatangannya.Begitu juga Rasulullah SAW menyuruh kita mengagungkan ibadah di dalamnya dan berasa ceria serta bersemangat ketika melakukannya.Rasulullah juga ada mengaitkan ibadah puasa ini dengan kesabaran dan kesabaran itu ganjarannya adalah syurga.Sekiranya kita hari ini berada dalam kesusahan dan kesusahan itu menuntut kesabaran, maka kita perlukan kesabaran yang tinggi.Puasa memerlukan kesabaran dan kesusahan juga memerlukan kesabaran maka dengan yakin kita sebagai hamba Allah tidak akan mensia-siakan kesabaran kita malah dengan kesabaran yang tinggi ganjarannya juga pasti lebih hebat lagi.Akal pula berperanan di bulan Ramadan ini bagi umat Islam yang berada dalam musim PKP ini perlu bijak mengawal emosi dengan fikiran yang sejahtera seperti kata pepatah Arab yang masyhur 'hati yang baik akan melahirkan pemikiran yang sihat.'Maka setelah hati kita baik akal kita juga akan mengeluarkan aura pemikiran yang selamat bahkan kita lebih bijak menggunakannya sebab itu Baginda pernah bersabda, "fikirkanlah ciptaan Allah dan jangan memikirkan Zat Allah."Justeru kita sebagai umat Nabi hendaklah memikirkan bagaimana hendak melahirkan suasana ceria, bahagia di dalam rumah dengan pasangan dan anak seperti melakukan kerja rumah bersama.Contohnya ayah membantu ibu memasak, ibu bapa membantu anak-anak mengulang kaji pelajaran, bergurau senda bersama keluarga sambil bertukar-tukar fikiran sesama ahli keluarga serta menghidupkan suasana ibadah bersama dan sebagainya.Selalunya apabila kita sebut ibadah puasa kita banyak menyentuh melakukan amal ibadah yang banyak dengan membaca al-Quran, solat sunat, bersedekah, tetapi kita kurang memerhatikan bahagian yang boleh membatalkan pahala puasa seperti mengumpat, hasad dengki, menipu, melaga-lagakan umat Islam dan lain-lain lagi.Justeru itu, wahai umat Islam, kita bukanlah berpuasa sebab kita ingin berhari raya dan itu bukanlah matlamat yang sebenarnya.Matlamat kita sebenar ialah supaya kita menjadi orang yang bertakwa di samping kita mencantikkan peribadi Muslim yang ada pada diri kita.Oleh itu sebenarnya, umat Islam di Malaysia hendaklah melihat pada sudut positif, kitalah umat yang disayangi oleh Allah kerana Allah memilih kita supaya dapat melaksanakan ibadah Ramadan tahun ini yang luar biasa daripada sebelumnya.Penulis adalah Pengerusi Persatuan Kebajikan An Nur Malaysia dan Penasihat Lajnah Dakwah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Artikel oleh: Harian MetroJOM CANTIKKAN PERIBADIhttps://www.hmetro.com.my/addin/2020/04/572856/jom-cantikkan-peribadi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/04/5908-jom-cantikkan-peribadi-harian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5930 Santuni Golongan B40 Barisan Hadapan Harian Metro 04 05 2020

5930 Santuni Golongan B40 Barisan Hadapan Harian Metro 04 05 2020

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 401 hits
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia bersama Gardenia Bakeries Sdn Bhd Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan tampil dengan Projek Zero Hunger untuk menyantuni seramai mungkin go...
5905 Penipuan Pinjaman Tinggi Ketika Pkp Harian Metro 29 04 2020

5905 Penipuan Pinjaman Tinggi Ketika Pkp Harian Metro 29 04 2020

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 522 hits
LEBIH 25 peratus daripada 500 aduan diterima Persatuan Pengguna Islam Malaysia sepanjang bulan ini membabitkan penipuan pinjaman Setiausaha Kerja PPIM Zharif Johor berkata penipuan itu adalah kategori aduan tertinggi direkodkan setakat kelm...
5884 Suntikan Tifoid Prasyarat Penting Berita Harian 22 04 2020

5884 Suntikan Tifoid Prasyarat Penting Berita Harian 22 04 2020

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 362 hits
Kuala Lumpur Saranan mewajibkan peniaga e bazar Ramadan mengambil suntikan vaksin anti tifoid adalah langkah terbaik dalam mengekang penularan penyakit lain Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata adalah s...
Gbp Usd Unjuran Urusniaga Harian Tinggi Rendah Untuk 17 April 2020

Gbp Usd Unjuran Urusniaga Harian Tinggi Rendah Untuk 17 April 2020

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 288 hits
High Of The Day dan Low Of The Day dari Central Bank Dealer Range hari ini biasanya terbentuk di STDV 2 STDV 4 dalam keadaan pasaran biasa tetapi kadang kadang harganya boleh mencapai STDV 5 STDV 6 Berikut adalah tahap untuk hari ini STDV 1...
5932 Gardenia Hulur Bantuan Ramadan Sinar Harian 05 05 2020

5932 Gardenia Hulur Bantuan Ramadan Sinar Harian 05 05 2020

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 518 hits
GARDENIA Bakeries Sdn Bhd bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terus menghulurkan bantuan kepada isi rumah di bawah kategori B40 se...
Analisis Harian Instaforex 20 April 2020

Analisis Harian Instaforex 20 April 2020

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 300 hits
Hari ini kita melihat pasangan mata wang XAUUSD dan melihat bagaimana kita akan memainkan dengan lantunan Kami menggunakan garis anjakan semula Fibonacci lanjutan sokongan rintangan momentum dan aliran trend untuk mengenal pasti peluang per...
5916 Sampai Masa Institusi Kewangan Bantu Pengguna Metro Ahad 03 05 2020

5916 Sampai Masa Institusi Kewangan Bantu Pengguna Metro Ahad 03 05 2020

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 288 hits
SUDAH sampai masanya institusi kewangan juga perlu menyumbang dalam bentuk Tanggungjawab Sosial Korporat untuk membantu pengguna terutama ketika berdepan situasi sukar Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berka...
Jom Undi Cikgu Hailmi Untuk Cikgu Juara Digital 2020

Jom Undi Cikgu Hailmi Untuk Cikgu Juara Digital 2020

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 350 hits
CIKGUJUARADIGITAL 2020 TOP 5 CIKGU NORHAILMI BIN ABDUL MUTALIB Cikgu Norhailmi adalah salah seorang daripada 5 calon untuk dianugerahi sebagai CikguJuaraDigital Terbaik Beliau kini mengajar di SMK Jerlun Kedah dan telah memberi sumbangan be...
5906 Hargai Kelonggaran Tingkatkan Waspada Diri Sendiri Berita Harian 29 04 2020

5906 Hargai Kelonggaran Tingkatkan Waspada Diri Sendiri Berita Harian 29 04 2020

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 382 hits
KUALA LUMPUR Kebenaran membawa seorang lagi ahli keluarga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 4 untuk membeli barangan keperluan tidak seharusnya diambil mudah semua pihak Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator