5905 Penipuan Pinjaman Tinggi Ketika Pkp Harian Metro 29 04 2020



LEBIH 25 peratus daripada 500 aduan diterima Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sepanjang bulan ini membabitkan penipuan pinjaman.Setiausaha Kerja PPIM, Zharif Johor berkata, penipuan itu adalah kategori aduan tertinggi direkodkan setakat kelmarin yang bukan saja menyebabkan mangsa tidak memperoleh walau satu sen wang pinjaman malah kehilangan ribuan ringgit.Menyasar individu yang disenarai hitam oleh bank atau tiada pengalaman melakukan pinjaman dengan mana-mana institusi kewangan, jelas beliau, dua modus operandi yang popular dikesan digunakan penipu atau "scammer"."Data kita tidak spesifik kepada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi angka ini asasnya memang direkodkan sepanjang April di mana PKP sedang berjalan."Majoriti scammer akan menawarkan pinjaman dalam jumlah tertentu namun meminta mangsa membuat pembayaran terlebih dulu kononnya sebagai caj perjanjian, pengurusan, cukai dan sebagainya sebelum wang pinjaman diperoleh."Ada juga scammer yang meminta dokumen peribadi dan kemudiannya mengugut untuk menyebarkan maklumat terbabit serta memalukan mangsa. Scammer menggunakan pelbagai nama termasuk koperasi dan syarikat untuk memastikan mereka kelihatan meyakinkan dan dapat memperdaya ramai mangsa," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.Zharif menjelaskan, ada mangsa kerugian sehingga RM5,000 selepas melakukan pembayaran secara berasingan kepada scammer."Ia disebabkan manipulasi diatur scammer dengan mengatakan kononnya mangsa layak mendapat jumlah pinjaman lebih tinggi berdasarkan dokumen diserahkan."Misalnya, mangsa hanya ingin pinjam RM10,000 namun selepas dokumen diserahkan mangsa kononnya diteliti, scammer dakwa mangsa layak terima pinjaman sehingga RM50,000 namun mereka kenakan pelbagai caj."Apabila mangsa ingin batalkan pinjaman itu, dia diugut akan diambil tindakan undang-undang menyebabkan mereka terpaksa akur untuk teruskan (pinjaman)," katanya.Mengulas lanjut, Zharif berkata, berdasarkan pemerhatian pihaknya, segelintir scammer pinjaman mempunyai kaitan dengan along.Ini kerana katanya, terdapat akaun bank digunakan scammer untuk tujuan pembayaran dikesan milik along.Zharif berkata, ketika ini, pihaknya banyak memfokuskan memberi kesedaran kepada pengguna supaya tidak terjebak sama ada dengan penipuan pinjaman mahupun along.Jelasnya, jumlah aduan membabitkan along kebiasaannya tinggi selepas musim perayaan atau ketika permulaan sesi persekolahan."Ini trend biasa. Disebabkan itu, kita laksanakan pelbagai program advokasi dan pendidikan bagi mengelak pengguna terus bergantung kepada golongan along."Hanya pengguna mampu hentikan kegiatan penipuan sebegini. Apabila tiada lagi permintaan, insya-Allah penawaran (pinjaman along) akan terkubur," katanya.
Artikel oleh: Harian MetroPENIPUAN PINJAMAN TINGGI KETIKA PKPhttps://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/572576/penipuan-pinjaman-tinggi-ketika-pkp

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/04/5905-penipuan-pinjaman-tinggi-ketika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Urusniaga Harian Tinggi Dan Rendah Gbp Usd Untuk 26 Apr 2020

Urusniaga Harian Tinggi Dan Rendah Gbp Usd Untuk 26 Apr 2020

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 325 hits
Tahap tinggi dan rendah urusniaga harian dari Asia Range biasanya terbentuk di STDV 2 STDV 4 di pasaran keadaan biasa tetapi kadang kadang mereka dapat mencapai STDV 5 STDV 6 Berikut adalah tahap hari ini STDV 10 1 3062 STDV 9 1 2999 STDV 8...
5908 Jom Cantikkan Peribadi Harian Metro 30 04 2020

5908 Jom Cantikkan Peribadi Harian Metro 30 04 2020

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 355 hits
PEPATAH Melayu ada menyebutkan berat mata memandang berat lagi bahu memikul yang memberikan pengertian kepada kita sekiranya ada orang melihat orang yang susah kita akan berasa kasihan kepadanya namun orang yang ditimpa kesusahan itu lebih ...
Gbp Usd Unjuran Urusniaga Harian Tinggi Rendah Untuk 17 April 2020

Gbp Usd Unjuran Urusniaga Harian Tinggi Rendah Untuk 17 April 2020

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 301 hits
High Of The Day dan Low Of The Day dari Central Bank Dealer Range hari ini biasanya terbentuk di STDV 2 STDV 4 dalam keadaan pasaran biasa tetapi kadang kadang harganya boleh mencapai STDV 5 STDV 6 Berikut adalah tahap untuk hari ini STDV 1...
5930 Santuni Golongan B40 Barisan Hadapan Harian Metro 04 05 2020

5930 Santuni Golongan B40 Barisan Hadapan Harian Metro 04 05 2020

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 410 hits
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia bersama Gardenia Bakeries Sdn Bhd Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan tampil dengan Projek Zero Hunger untuk menyantuni seramai mungkin go...
Covid19 Rutin Harian Semasa Pkp

Covid19 Rutin Harian Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 812 hits
RUTIN HARIAN SEMASA PKP Amalkan gaya hidup yang aktif dan sihat COVID19 StayAtHome MovementControlOrder PerintahKawalanPergerakan KitaMestiMenangKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAKementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia KKMMJabatan Perdan...
Aduan Suami Bekas Suami Tak Beri Nafkah Naik Ketika Pkp

Aduan Suami Bekas Suami Tak Beri Nafkah Naik Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 350 hits
Mahkamah Syariah boleh memerintahkan penahanan pendapatan atau potongan gaji bagi suami atau bekas suami berpendapatan tetap dengan mengarahkan bayaran terus ke akaun bank anak dan isteri KUALA LUMPUR Aduan berhubung suami atau bekas suami ...
Penjara 3 Hari Denda Rm1 000 Main Golf Ketika Pkp

Penjara 3 Hari Denda Rm1 000 Main Golf Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 398 hits
TIGA lelaki yang ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan kerana bermain golf semalam dijatuhi hukuman penjara tiga hari dan denda RM1 000 oleh Mahkamah Majistret Batu Gajah hari ini Majistret Nazratul Natrah Mohd Yusuf membuat kep...
Agong Buat Sendiri Rondaan Lihat Lalu Lintas Kl Waktu Malam Ketika Pkp

Agong Buat Sendiri Rondaan Lihat Lalu Lintas Kl Waktu Malam Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 317 hits
fb comments fb comments span fb comments span iframe style min width 100 important width 100 important Minggu lalu Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan akan disambung...
Larian Malaysia Sarong Music Run 2025 Dirasmikan Oleh Yab Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim

Lirik Lagu Nanti Pulangnya Ke Aku Ya Dalia Farhana

Zenqira Revolusi Infrastruktur Ai Berbasis Komputasi Terdesentralisasi

Pesawat Ringan Terhempas Berdentum Rempuh Bas 2 Terbunuh

Penang Pas Youth Defends Razman Against Pro Dap Faction In Party

Masak Bening Kentang Dan Suhun

Peguam Selar Hannah Yeoh Beri Alasan Kaitan Tugas Guna Aset Kerajaan Hadir Saman Fitnah

Selera Tekak Masing Masing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Cops Probing Sosma Detainees Families Gathering Outside Sg Buloh Prison

Better Chance At Tier Ii Seats With Bn Ph Alliance Says Umno Man

Heartless Moron Siti Kasim Enlightens Rais Hussin Why Palestinian Prisoners Ain T Welcome In Malaysia

Ramadan Buffet 2025 Johor Bahru Desaru Hotel Deals You Can T Miss

Inovasi Terbaru Dalam Teknologi Forklift Untuk Efisiensi Energi Di Industri

Enaknya Berbuka Puasa Dengan Santapan Rasa Paragon Buffet Ramadan Grand Paragon Hotel Johor Bahru