Aplikasi Mindful Muslim Bantu Menenangkan Kemurungan Kegelisahan Dan Tekanan Ketika Pandemik Covid 19



Aplikasi Mindful Muslim Bantu Menenangkan Kemurungan, Kegelisahan Dan Tekanan Ketika Pandemik COVID-19. | Assalammualaikum semua. Apa khabar? Ruby doakan kita semua dipermudahkan urusan dan diperkayakan rezeki. Terus kuat bersemangat ya. Hari demi hari, melihat statistik kes positif COVID-19, angka kematian, perjalanan pemberian vaksin kepada rakyat dan keadaan pasukan petugas barisan hadapan. Ia membuatkan Ruby kemurungan. Apa sedang berlaku? Kenapa boleh jadi macam ni. Tengok video dan keadaan semasa, memang buat perasaan kita tak keruan. Apa akan terjadi pada masa akan datang? 16 bulan kita mengharungi PKP, PKPD, PKPB dan PKPP. Terasa penatnya sekarang. Namun, Ruby harus terus tabah dan patuh SOP demi insan tersayang di dalam rumah ini. Ya Allah, lindungilah kami di Malaysia ni. Kuatkan keimanan kami. 
Aplikasi Mindful Muslim Bantu Menenangkan Kemurungan, Kegelisahan Dan Tekanan Ketika Pandemik COVID-19.
Ada orang, mereka ada cara untuk membahagiakan diri dia dari serabut memikirkan keadaan pandemik COVID-19. Siapa kita nak mempertikaikan apa sedang berlaku. Nak tanya bagaimana boleh mereka positif COVID-19 pun menjadi sesuatu yang tidak pasti. Pandemik ini bukan perkara mudah. Jangkitan tidak tahu dari siapa dan tiba-tiba seisi keluarga positif. Dari orang dewasa sehingga kanak-kanak perlu melakukan "swab test". Tiap hari kedengaran bunyi siren ambulans dan polis. Sama ada mengiringi jenazah atau membawa pesakit positif COVID-19 ke hospital yang masih ada kekosongan. Allahuakbar, setiap kali keadaan begitu.. Ruby rasa terkedu dan termenung. 

Jadi, Ruby harus bangkit. Sibukkan diri dengan kerja. Bekerja dari rumah dengan menguruskan rumah sahaja. Ruby tidak bekerja pada hakikatnya. Ruby kena positif kan kesihatan mental. Susah sangat. Serius susah. Alhamdulillah Ruby berjaya sibukkan diri. Kemas rumah, memasak, membasuh pakaian, menulis blog, melaksanakan tugasan PdPR anak-anak, buat aktiviti-aktiviti bersama anak dan mengelak dari bertengkar dengan suami. 
Kadang-kadang bila empat orang terperap dalam rumah berkeluasan 850 kaki persegi, ia terasa kecil tiba-tiba. Stress menyelubungi. Pandangan mata menjadi sempit

Astaghfirullahalazim
Astaghfirullahalazim
Astaghfirullahalazim
Pejam mata dan istighfar. Berhenti berfikir sekejap. Tarik nafas sedalam-dalamnya. Kemudian Ruby akan berbaring, tidak mahu buat apa-apa. Beri aku 10 minit wahai badan. Jangan knock out. Jangan.. Tiba-tiba, anak datang. Pegang tangan. 
Ibu.. ibu.. ibu.. nak air ke

Rubu hanya mendiamkan diri.. macam dalam mimpi.

Ibu.. ibu.. tangan kecil si Alif anak nombor dua Ruby letak kat diantara pipi dan leher.

Ibu.. ibu..

Barulah Ruby tersedar dan perlahan-lahan buka mata.

Keadaan ini kerap sangat berlaku, cuma Ruby tidak sedar. Ruby berasa bersyukur kepada Allah s.w.t kerana tanpa disangka, anak-anak kita yang kita sangka agresif kuat bergaduh lebih memiliki perasaan ambil tahu. 
Ruby tanya kepada Alif, kenapa Alif buat macam tu? Dia cakap.

Ibu tidur masa sun (matahari) ada, kita kan tidur masa sun dah takda. Kenalah kejut ibu

Hahahaha

Mindful Muslim Sesuai Untuk Seisi Keluarga.Setiap malam, pasti Ruby dan suami akan melalui ragam anak-anak yang tidak mahu tidur awal. Sedangkan, mata mereka sudah menunjukkan tanda-tanda mengantuk. Malah mereka seperti ketakutan ingin tidur di katil masing-masing. Ada sahaja alasan ingin tidur berhimpit 4 orang. Ruby bukannya apa, rehat yang mencukupi sangat penting buat seisi keluarg. Tidak terkecuali untuk kanak-kanak atau orang dewasa. Tambahan pada musim pandemik COVID-19. 
Work from home (WFH) sangat meletihkan, tidak bekerka juga meletihkan, kerja di luar juga meletihkan. Semu perkara meletihkan, jadi waktu tidur adalah waktu kita berehat. 

Ruby pasang aplikasi Mindful Muslim dan pergi kepada pilihan Night Quran. Apabila ayat-ayat suci surah di dalam Al-Quran dibacakan, secara automatik kita akan baca sekali. Tanpa disedari kita akan terlelap. Ruby memang sukar mendapat tidur lena. Nak tidur awal pun susah. Ada juga Ruby tidur selepas Azan Subuh. Ada kala dah terlena, tetapi terjaga setiap satu jam. Suami selalu akan mamai tegur, belum lagi jam 5. Apabila Ruby ada masalah tidur begini, secara automatik pasangan kita juga akan terganggu kitaran tidur dia. 
Fungsi Menarik Aplikasi Mindful Muslim
Berkemungkinan, Ruby terlalu banyak berfikir. Jadi Ruby mula menggunakan aplikasi Mindful Muslim dengan lebih mendalam. Ada ke fungsi untuk keadaan kesihatan mental macam Ruby? Iya ada! Sleep Diary

Jika anda mempunyai hobi menulis diari atau planner. Sleep diary adalah fungsi paling mudah untuk anda gunakan selain mengambil pen dan kertas. Gunakan fungsi di dalam aplikasi ini sebelum tidur. Ini kerana, kita sering sukar tidur apabila ada sesuatu bermain di minda kita. Fikiran terganggu. Tambahan apabila kita seorang pelajar, ibu, wanita bekerja, lelaki yang membina karier dan pada zaman pandemik ini banyak perkara yang kita gusarkan tanpa sebab. Walau apa kegusaran atau idea tiba-tiba datang menjelma. Taip sahaja di bahagian Sleep Diary. Mudah kan? Jangan bimbang, ia adalah selamat kerana setiap kali ingin memasuki ke bahagian Sleep Story, anda perlu masukkan kata laluan



Kenali Aplikasi Mindful Muslim
Mindful Muslim sarat dengan fungsi menarik. Semuanya untuk bantu anda bertenang. Setiap muslims perlu muat turun aplikasi ini. Gunakan sebaiknya. Walaupun ketika sebelum tidur, ia amat bermanfaat. Setelah Ruby guna, Ruby dapat rasakan perbezaan dalam kitaran tidur. Tidur lebih nyenyak. Kami sekeluarga sama-sama mendengar bacaan surah Al-Quran. Pada hari lain, kami mendengar kisah-kisah nabi dan para sahabat. Ada juga malam-malam yang kami hanya ingin mendengar bunyi ombak dan burung berkicau sahaja. Rindu suasana di kampung. 
Berikut adalah diantara fungsi aplikasi Mindful Muslim. 


Pengasas Mindful Muslim Bersemangat Mahu Bantu Kesihatan Mental Setiap Insan
Ruby melihat kepada pembinaan aplikasi Mindful Muslim. Ia aplikasi yang sangat bagus. Fokus untuk membantu perbaiki kitaran tidur kita dengan cara Islam. Ia membuatkan kita lebih dekat dengan Allah s.w.t. Apabila kitaran tidur kita bagus, secara automatik kehidupan kita juga lebih hebat

Tahukah anda, siapa pengasas Aplikasi Mindful Muslim? Beliau adalah Encik Mohd Akhtaar Bin Abdul Ghani atau lebih mesra dengan panggilan Mohd Akhtaar, berusia 33 tahun dan berasal dari Singapura. Sedang melanjutkan pelajaran di Auckland University of Technology di New Zealand dalam bidang Masters of Communication


Beliau seorang lelaki beragama Islam yang mengambil berat tentang kesihatan mental muslim di seluruh dunia. Malah, beliau ingin menghalang pandangan dan stigma bahawa jika anda mempunyai masalah kesihatan mental, anda adalah muslim yang tidak baik. Kesihatan mental tidak hadir sejak kita lahir atau semasa bayi. Ia terbina ketika kita membesar. Perjalanan kesihatan mental tanpa disedari memberi kesan apabila kita sudah berusia 20 tahun ke atas. Dimana, kita dah mula mempunyai tanggungjawab sebagai anak, pelajar, suami, isteri, kesibukan kerjaya dan tekanan kehidupan. 
Jadi, kesihatan mental yang sihat masih boleh dicapai dengan kembali mengenali diri. Mengenali diri dengan mengamalkan cara hidup yang sihat, mengenali kebolehan dan apa yang kita mampu lakukan. Berfikiran positif dengan bergaul dengan orang-orang yang positif juga. 

Anugerah Dan Penghargaaan Yang Diterima Oleh Mindful Muslim
The World's First Islamic Mindfulness App | Scoop News: https://www.scoop.co.nz/stories/ED2012/S00011/the-worlds-first-islamic-mindfulness-app.htm

The worlds first Islamic mindfulness app | AUT News: https://news.aut.ac.nz/news/the-worlds-first-islamic-mindfulness-app

'Mindful Muslim' app wins X Challenge Supreme Prize - ummid.com : https://ummid.com/news/2020/december/09.12.2020/mindful-muslim-app-wins-x-challenge-supreme-prize.html

AUT alumni launch first Islamic mindfulness app | ITP Techblog: https://techblog.nz/2417-AUT-alumni-launch-first-Islamic-mindfulness-app

Islamic Mindfulness App Wins $20,000 Prize at AUT's X Challenge - Students Herald NZ : https://www.studentsherald.com/islamic-mindfulness-app-wins-20000-prize-at-auts-x-challenge/


Muat Turun Di Google Play Store Dan Apple Store
Download Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mindfulmuslim
Download for iPhone: https://apps.apple.com/us/app/mindfulmuslim/id1503293513

Semoga perkongsian ini bermanfaat. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2021/07/aplikasi-mindful-muslim-bantu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kawal Tekanan Keresahan Dan Depresi Dengan Terapi Jiwa Aplikasi Mindful Muslim

Kawal Tekanan Keresahan Dan Depresi Dengan Terapi Jiwa Aplikasi Mindful Muslim

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 302 hits
Kawal Tekanan Keresahan dan Depresi Dengan Terapi Jiwa Aplikasi Mindful Muslim l Assalamualaikum Siapa yang selalu baca blog Ana mesti pernah baca pengalaman Ana dengan penyakit anxiety disorder Sampai hari ni artikel pengalaman AD tu masih...
Pilihan Raya Tidak Sesuai Diadakan Ketika Pandemik Covid 19

Pilihan Raya Tidak Sesuai Diadakan Ketika Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 235 hits
Pilihan raya tidak sesuai diadakan ketika pandemik Covid 19 Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berpandangan pilihan raya tidak sesuai diadakan ketika ini kerana pandemik Covid 19 Menurut laporan Awani walaupun proses demokrasi i...
Uns Produksi Alat Bantu Pernapasan Untuk Pasien Covid 19 Di Rsud Moewardi

Uns Produksi Alat Bantu Pernapasan Untuk Pasien Covid 19 Di Rsud Moewardi

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 548 hits
Fakultas Teknik Universitas Sebelas Maret Solo memproduksi nasal cannula yang merupakan selang alat bantu pernapasan pada lubang hidung Produksi nasal cannula itu dimaksudkan untuk membantu penanganan pasien positif Covid 19 di Rumah Sakit ...
Ini 8 Produk Pilihan Bantu Mama Hilangkan Stretch Mark Ketika Hamil

Ini 8 Produk Pilihan Bantu Mama Hilangkan Stretch Mark Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 312 hits
Tanda regangan atau stretch mark adalah masalah yang biasa terjadi dalam kalangan wanita Garis memanjang biasanya berwarna perang seakan akan berkedut dan ada kalanya kelihatan seperti satu garisan merekah membuatkan seseorang itu rasa kura...
Peramalan Model Matematik Covid 19 Bantu Kerajaan Rangka Strategi Berkesan

Peramalan Model Matematik Covid 19 Bantu Kerajaan Rangka Strategi Berkesan

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 273 hits
Oleh Dr Shazlyn Milleana binti Shaharudin Fakulti Sains dan Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris Istilah Pandemik dan COVID 19 bukanlah satu nama yang asing sejak setahun yang lalu Pandemik yang melanda di seluruh dunia ini masih ti...
Kri Dr Soeharso Akan Bantu Pasok Oksigen Untuk Pasien Covid 19

Kri Dr Soeharso Akan Bantu Pasok Oksigen Untuk Pasien Covid 19

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 259 hits
KRI dr Soeharso memiliki generator yang mampu memproduksi oksigen Sehingga dapat dibagikan kepada seluruh rumah sakit rujukan COVID 19 khususnya di wilayah Jawa Timur Kasal menjelaskan nantinya akan dibuka pelayanan isi ulang tabung oksigen...
Ketum Pbnu Minta Pkb Bantu Sadarkan Kiai Yang Masih Tak Percaya Covid 19

Ketum Pbnu Minta Pkb Bantu Sadarkan Kiai Yang Masih Tak Percaya Covid 19

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 154 hits
Tolong saya minta dibantu sama PKB lah bagaimana menyadarkan kiai kiai loh ya beberapa kiai yang masih tidak percaya dengan adanya Covid 19 ujar Said Aqil Siradj
Luahan Doktor Saya Tak Boleh Buat Apa Apa Untuk Bantu Pesakit Covid 19

Luahan Doktor Saya Tak Boleh Buat Apa Apa Untuk Bantu Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 410 hits
Berikut adalah pengalaman peribadi dilalui seorang doktor kontrak di sebuah hospital awam Berusia 30 an dia bercakap kepada Malaysiakini dengan syarat identitinya tidak didedahkan Hal itu antara lain kerana kakitangan kerajaan tidak dibenar...
Kasih Pak Long Tpm Bantu Lapan Beradik Yatim Piatu Akibat Covid 19

Kasih Pak Long Tpm Bantu Lapan Beradik Yatim Piatu Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 283 hits
Kasih Pak Long TPM bantu lapan beradik yatim piatu akibat Covid 19 Nazurah Nabilah Benyajeed 19 bersama tujuh adik beradik lain yang kisahnya tular selepas kehilangan ibu bapa akibat Covid 19 baru baru ini akan diserap masuk menjadi anak an...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya