5835 Lupakan Dulu Ketam Sotong Udang Sinar Harian 01 04 2020


PADA ketika ini, setiap kali menyelak helaian akhbar atau melayari laman media sosial, kita disajikan berita angka kematian di seluruh dunia yang semakin meningkat angkara pandemik Covid-19. Namun, masih ada yang berasa diri kebal dan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan hingga 14 April ini bagi membendung penularan pembunuh tidak kelihatan itu.Di sebalik kedegilan sekelompok masyarakat, kerajaan terus berhempas-pulas menangani isu kritikal ini dan pada masa sama membela nasib rakyat yang terjejas akibat lanjutan PKP.Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah RM250 bilion, kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah 40 bilion serta penangguhan bayaran balik sehingga enam bulan kepada peminjam individu dan perusahaan kecil dan sederhana merupakan antara inisiatif kerajaan demi meringankan beban kewangan lebih 32 juta rakyat Malaysia.Namun benarkah dengan segala kemudahan dan kelonggaran yang diberikan, rakyat Malaysia berasa mewah meskipun ‘terkurung’ di rumah pada ketika ini?Menurut penulis buku kewangan, Dr Azizul Azli Ahmad, kerajaan sememangnya serius dalam membantu mengatasi masalah dan emosi rakyat dengan memberi pakej rangsangan ekonomi seperti Pakej Prihatin Rakyat dan pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 KWSP.Azizul Azli“Kita sedia maklum kajian-kajian sebelum ini mendapati bahawa kadar simpanan dana kecemasan rakyat Malaysia berada pada tahap yang rendah. Insentif ini memberi kelegaan pada emosi dan kedudukan kewangan sewaktu tempoh PKP ini,” kata Azizul kepada Sinar Harian semalam.Jika kita hitung jumlah penerimaan bantuan kewangan yang digambarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai keluarga Mak Cik Kiah, secara purata sebuah keluarga seperti Mak Cik Kiah akan mendapat insentif berjumlah RM4,200 dan jumlah penjimatan daripada rebat elektrik, utiliti, pinjaman, sewa dan sebagainya sehingga RM8,300.Jangan borosAzizul yang juga Pensyarah Kanan di Universiti Teknologi Mara berkata, sesungguhnya bantuan tersebut memberi kelegaan buat isi rumah B40.“Ia sebenarnya bukan mewah, tetapi ia adalah sebuah gambaran bahawa PKP ini tidak hanya akan berlaku dalam tempoh 30 hari tetapi kita perlu bersedia untuk hadapi ini selama enam bulan ke depan.“Saya ada menulis sewaktu hari keempat PKP bahawa PKP akan dilanjutkan dan ternyata ia benar. Maka persiapan secara kewangan dan mental untuk tempoh itu perlulah ada. Kita bukan terpaksa menghadapinya sebulan dua tetapi mungkin akan terkesan enam bulan ke depan.“Mungkin kita tak perlu ada hidangan udang, sotong dan ketam lagi di atas meja. Ini masa untuk berjimat-cermat, kena didik keluarga dari sekarang, makan bukan untuk sedap tapi untuk kenyang,” kongsi Azizul.Begitulah antara bait-bait yang dikongsi Azizul tentang sikap segelintir masyarakat yang masih berbelanja boros seperti sedang menikmati percutian yang panjang.“Banyak jenis makanan sedang dicuba, malah sehari dua ada orang boleh viral cara buat kek dan buat kopi. Mereka seperti tidak bersedia secara mental bahawa ia bukan hanya wabak penyakit tetapi kita sedang menghadapi wabak ekonomi yang dahsyat dalam peradaban manusia.“Kita masih belum bersedia untuk hidup berjimat, bersederhana, sebab kita jangkakan ia sementara sahaja. Kita harus melihat secara global bahawa ia meliputi seluruh dunia.“Ada di antara kita masih dalam mood bercuti saya kira dengan menikmati makanan mewah setiap hari.“Tanya diri kita, kita ada simpanan enam bulan kecemasan atau tidak? Jika tiada, saya sarankan mulakan catu atau jaga bahan makanan kita. Manfaatkan duit RM500 KWSP untuk pembelian makanan dan perubatan keluarga kita dulu,” katanya lagi.Ketua keluarga yang membeli barangan dapur di pasar perlu berjimat-cermat demi menjaga kewangan keluarga dalam berdepan zaman kemelesetan ekonomi akibat wabak Covid-19
Ditanya tentang kepentingan menabung pada ketika ini, Azizul menegaskan, beliau telah menulis tentang isu menabung sejak tahun 2015.“Kita harus menabung setiap kali memiliki gaji. Dan bila keadaan begini berlaku, kita wajib meningkatkan kadar tabungan kita kepada 50 peratus daripada gaji.“Jika selama ini kadar tabungan kita hanya sekitar lima hingga 10 peratus, maka saat ini belanja hangus biasanya (30 peratus) kita manfaatkan untuk tujuan tabungan juga.“Jika gaji kita 50 peratus untuk belanja keperluan, 30 peratus belanja hangus dan 20 peratus untuk simpanan pelaburan. Maka ini saatnya kita masukkan 30 peratus belanja hangus tambah 20 peratus bagi menjadikannya 50 peratus.Azizul berkata, menabung bukan soal duit, sebaliknya ia soal mentaliti yang perlu dibetulkan.Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, pemberian pelbagai bantuan kewangan oleh pihak kerajaan merupakan inisiatif yang bagus dan amat dialu-alukan bagi meringankan beban rakyat.Nadzim“Apa yang perlu diutamakan adalah penyampaian bantuan itu kepada pengguna dalam kadar segera. Saya minta agensi-agensi yang bertanggungjawab mempermudahkan prosedur dan memastikan bantuan dapat disalurkan secepat mungkin,” katanya kepada Sinar Harian.Menjawab soalan apakah kini waktu yang tepat bagi rakyat Malaysia untuk menyimpan susulan pelbagai bantuan yang ditawarkan, Nadzim berkata, selain peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga, tempoh PKP ini merupakan ‘waktu latihan’ kerana negara tidak pernah berdepan situasi seperti ini.Katanya: “Dengan pelbagai bantuan yang diberikan, kita harus menjadikan ia kesempatan untuk menambah tabungan, kerana kita sebenarnya tidak perlu berbelanja terlalu banyak ketika tempoh PKP, kita harus cuba berjimat.”Menurut beliau, masyarakat harus berfikir untuk masa akan datang terutama selepas wabak Covid-19 ini berakhir, kita masih perlu membayar kembali hutang sedia ada sebelum ini.“Anggaplah ini semua sebagai hikmah tersembunyi dan jadikanlah tempoh PKP ini sebagai waktu yang boleh memberi kesedaran kepada kita semua,” kata beliau.
Artikel oleh: Sinar HarianLUPAKAN DULU, KETAM, SOTONG, UDANG https://www.sinarharian.com.my/article/76704/ANALISIS-SEMASA/Lupakan-dulu-ketam-sotong-udang

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/04/5835-lupakan-dulu-ketam-sotong-udang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5822 Manfaat Tempoh Pkp Kukuhkan Hubungan Keluarga Maamor Sinar Harian 29 03 2020

5822 Manfaat Tempoh Pkp Kukuhkan Hubungan Keluarga Maamor Sinar Harian 29 03 2020

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 242 hits
SHAH ALAM Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu banyak memberikan kenangan indah kepada Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Dr Maamor Osman sekeluarga Beliau berkata disebabkan tidak boleh ke m...
5839 Pkp Peluang Ibu Bapa Kenal Karakter Anak Sinar Harian 03 04 2020

5839 Pkp Peluang Ibu Bapa Kenal Karakter Anak Sinar Harian 03 04 2020

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 354 hits
PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan yang berlangsung sejak 18 sehingga 31 Mac bagi fasa pertama telah melabuhkan tirainya Ramai yang menyambut baik arahan pihak kerajaan itu namun ada juga segelintir yang bersikap agak main main dengan ...
5840 Covid 19 Pesanan Khas Datuk Nadzim Johan Sinar Harian 02 04 2020

5840 Covid 19 Pesanan Khas Datuk Nadzim Johan Sinar Harian 02 04 2020

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 277 hits
Usah tertekan terus duduk di rumah sebagai usaha membanteras Covid 19 Dengarkan mesej daripada Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan Artikel oleh Sinar HarianCOVID 19 PESANAN KHAS DATUK NADZIM JOHAN
5854 Cagar Anak Bini Kepada Ah Long Ppim Sinar Harian 07 04 2020

5854 Cagar Anak Bini Kepada Ah Long Ppim Sinar Harian 07 04 2020

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 341 hits
SHAH ALAM Tindakan ceti haram atau ah long yang memegang kad pengeluaran wang automatik peminjam bukan perkara yang menghairankan kerana ia menjadi antara modus operandi digunakan ah long sebagai satu bentuk cagaran Setiausaha Persatuan Pen...
5853 Ibu Bapa Pengusaha Taska Kena Cari Jalan Penyelesaian Harian Metro 08 04 2020

5853 Ibu Bapa Pengusaha Taska Kena Cari Jalan Penyelesaian Harian Metro 08 04 2020

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 275 hits
KERAJAAN harus mewujudkan satu polisi khusus supaya isu pembayaran yuran taska dan tadika swasta ketika Perintah Kawalan Pergerakan dapat ditangani secara berhemah tanpa membebankan mana mana pihak Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Mal...
Unjuran Tahap Tinggi Dan Tahap Rendah Urusniaga Harian Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 08 April 2020

Unjuran Tahap Tinggi Dan Tahap Rendah Urusniaga Harian Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 08 April 2020

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 279 hits
Tahap Tinggi dan Tahap Rendah Harian dari Central Bank Dealer Range hari ini biasanya dibentuk pada STDV 2 STDV 4 di bawah keadaan pasaran biasa tetapi kadang kala harga boleh mencapai STDV 5 STDV 6 Berikut adalah tahap harga untuk hari ini...
5834 Kwsp Sudah Terima 85 000 Permohonan Harian Metro 02 04 2020

5834 Kwsp Sudah Terima 85 000 Permohonan Harian Metro 02 04 2020

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 401 hits
SEJUMLAH 85 000 permohonan pengeluaran i Lestari diterima Kumpulan Wang Simpanan Pekerja setakat jam 4 petang tadi Sumber berkata jumlah itu agak tinggi dan pihaknya menasihatkan pemohon agar tidak menyerbu kaunter sebaliknya menggunakan pe...
5832 Malakat Mall Guna Teknologi Virus Buster Nano Spray Harian Metro 31 03 2020

5832 Malakat Mall Guna Teknologi Virus Buster Nano Spray Harian Metro 31 03 2020

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 567 hits
Cyberjaya Malakat Mall menjadi pusat beli belah pertama menyediakan perkhidmatan Virus Buster Nano Spray di pintu masuk utama bagi menangani penyebaran wabak Covid 19 Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkat...
5849 Kementerian Luar India Janji Beri Kerjasama Berita Harian 05 04 2020

5849 Kementerian Luar India Janji Beri Kerjasama Berita Harian 05 04 2020

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 218 hits
Kuala Lumpur Kementerian Luar India berjanji memberi perhatian dan kerjasama sepenuhnya terhadap isu kebajikan rakyat Malaysia yang dikuarantin di negara itu Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata janji itu disampaikan ketika ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game