5369 Kerajaan Diminta Kaji Semula Hukuman Penjara Berita Harian 06 10 2019




Kuala Lumpur: Kesalahan pemilik akaun hanyalah kecuaian menyerahkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) mereka kepada pihak lain tetapi dihukum seolaholah mereka adalah sindiket.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sehubungan itu mencadangkan agar pesalah atas kesalahan itu dikenakan hukuman Perintah Kehadiran Wajib atau Perintah Khidmat Masyarakat yang lebih perikemanusiaan.
Ketua Biro Pembangunan Sosial PPIM, Dr Mazlina Abu Bakar, berkata hukuman berkenaan adalah wajar sekiranya siasatan menjurus kepada punca kecuaian berlaku.
“Ini kerana negara akan kerugian aset dan bertambahnya kos yang perlu ditampung dalam penjara. Adalah lebih baik mereka menjalani perintah khidmat masyarakat yang diselia parol kerana tiada rekod jenayah yang akan mencalar masa depan mereka,” katanya kepada BH.
Semalam, BH melaporkan kecuaian pemegang kad ATM antara punca pemilik akaun dijadikan keldai akaun selepas kad mereka digunakan sindiket untuk jenayah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad, dilaporkan berkata ada pemilik akaun kehilangan kad ATM tetapi tidak melaporkan kehilangannya kepada pihak bank menyebabkan akaun masih aktif.
Mazlina berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) juga perlu menguatkuasakan undangundang terhadap mereka yang memiliki akaun bank secara berlebihan.
“Bagaimana seseorang boleh memiliki lebih 12 akaun? Bank pula perlu memainkan peranan mengingatkan pelanggan untuk tidak serahkan maklumat bank kepada pihak lain.
“Begitu juga syarikat telekomunikasi, masih ada sim kad prabayar yang tidak berdaftar dibenarkan penjualannya sehingga menyukarkan pihak berkuasa mengesan penjenayah sebenar,” katanya.
Beliau berkata, PPIM menerima 44 kes keldai akaun sejak Januari tahun ini dan sebahagian besar kes menunjukkan bukti mereka meminjam wang daripada along serta menyerahkan kad ATM mereka sebagai cagaran.
“Along inilah yang terbabit dalam sindiket Macau, panggilan penyamaran dan lainlain modus operandi untuk menipu orang ramai dengan menggunakan nombor akaun keldai akaun.
“Ramai keldai akaun yang menjadi mangsa. Contohnya, tidak logik banduan dalam penjara boleh keluarkan ratusan ribu ringgit daripada ATM. Kenapa tidak siasat siapa yang mengeluarkan wang berkenaan?” katanya.
Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak menafikan ada segelintir bersubahat dengan sindiket tetapi siasatan menyeluruh boleh mengasingkan mana yang benar atau sebaliknya.
“Contoh, kes seorang petani membuka 12 akaun bank manakala isterinya membuka sembilan akaun bank yang jelas ada unsur subahat.
“Undang-undang perlu dikaji semula kerana sudah lapuk. Kesalahan memiliki kad ATM orang lain hanya disabit kesalahan kecil, sedangkan kesalahan menyerahkan kad ATM kepada orang lain dihukum penjara.
Dalam pada itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi BH berkata, pemberi pinjam wang (PPW) berlesen tidak dibenarkan memegang kad ATM dan nombor pengenalan peribadi pelanggan mereka.
“Apa yang kita bimbang, ada PPW yang beroperasi secara haram dan meletakkan syarat itu sebagai cagaran.
“Orang ramai boleh membuat aduan ke Jabatan Peminjam Wang KPKT untuk tindakan lanjut,” katanya.

Artikel oleh: Berita Harian
KERAJAAN DIMINTA KAJI SEMULA HUKUMAN PENJARA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/10/5369-kerajaan-diminta-kaji-semula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Sedia Kaji Semula Pelaksanaan Gst Dr Mahathir

Kerajaan Sedia Kaji Semula Pelaksanaan Gst Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 345 hits
Kerajaan bersedia mengkaji semula pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Kalau itu kehendak rakyat kita akan kaji sama ada lebih baik daripada SST ujarnya ringkas Sebelum ini Institut Penyel...
5351 Struktur Semula Gst Kepada Kadar Tiga Peratus Sinar Harian 03 10 2019

5351 Struktur Semula Gst Kepada Kadar Tiga Peratus Sinar Harian 03 10 2019

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 295 hits
SHAH ALAM Sekiranya kerajaan mahu memperkenalkan kembali Cukai Barang dan Perkhidmatan penstrukturan semula pada kadar tiga peratus berbanding enam peratus sebelum ini perlu dilakukan bagi meringankan beban rakyat Presiden Gerakan Datuk Dr ...
Catatan Harian Emme 5 Oktober 2019

Catatan Harian Emme 5 Oktober 2019

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 439 hits
Niat dan azam tu sentiasa ada untuk meneruskan penulisan di blog baru Cadangannya paling tidak seminggu 3 entri baru Sudahnya tengoklah saya masih lagi jauh ketinggalan dari planning asal Waktu kemuncak untuk saya fokus menguruskan tempahan...
Yakin Najib Dan Zahid Hamidi Akan Ke Penjara Hisham Mahu Kejar Kerusi Pm Semula

Yakin Najib Dan Zahid Hamidi Akan Ke Penjara Hisham Mahu Kejar Kerusi Pm Semula

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 205 hits
Kenapa tiba tiba saja Hishammuddin Hussein mahu dijadikan Setiausaha Agung BN Dan mengapa perlu ada desakan untuk tujuan itu Bukankah kuasa melantik Setiausaha Agung BN terletak pada Pengerusi BN Di atas ini adalah antara beberapa persoalan...
5349 Malakat Mall Untuk Usahawan Bumiputera Harian Metro 03 10 2019

5349 Malakat Mall Untuk Usahawan Bumiputera Harian Metro 03 10 2019

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 415 hits
KOPERASI Pembangunan Pengguna Islam Malaysia mensasarkan untuk membuka 100 Malakat Mall sebagai ekosistem baru dan pusat pengedaran barangan usahawan Bumiputera dalam tempoh 10 tahun akan datang Ketua Pegawai Eksekutifnya Fadzil Hashim berk...
Kaji Semula Bidang Tugas Warden Asrama Di Sekolah Nutp

Kaji Semula Bidang Tugas Warden Asrama Di Sekolah Nutp

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 267 hits
KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan meminta Kementerian Pendidikan Malaysia membuat kajian semula terhadap skop dan bidang tugas warden di semua sekolah berasrama di seluruh negara Presidennya Aminuddin Awang berkata keputusan dibuat...
5363 Subsidi Petrol Bersasar Kaedah Baik Salurkan Bantuan Ppim Sinar Harian 06 10 2019

5363 Subsidi Petrol Bersasar Kaedah Baik Salurkan Bantuan Ppim Sinar Harian 06 10 2019

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 559 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyifatkan sistem pelaksanaan program subsidi petrol bersasar yang memberi fokus kepada golongan berpendapatan rendah satu kaedah yang baik untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang layak Ketu...
5377 Diperdaya Jadi Keldai Akaun Metrotv Harian Metro 10 10 2019

5377 Diperdaya Jadi Keldai Akaun Metrotv Harian Metro 10 10 2019

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 435 hits
SAYA tidak pernah salahkan ibu dan tahu ketika itu dia terdesak lalu menggunakan saya untuk buat pinjaman berikutan adik mahu membayar yuran pengajiannya kata pemuda yang mahu dikenali sebagai Syamel 22 Gara gara itu juga dia terpaksa meren...
Gst Jika Itu Kehendak Rakyat Kerajaan Akan Kaji Gst Mungkin Dikembalikan

Gst Jika Itu Kehendak Rakyat Kerajaan Akan Kaji Gst Mungkin Dikembalikan

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 331 hits
Putrajaya Kerajaan pada hari ini tidak mempunyai masalah untuk mengkaji semula mengimplementasi GST GST merupakan sistem percukaian yang telah ditamatkan pada tahun lepas oleh kerajaan Pakatan Harapan apabila mereka berjaya mendapat kerusi ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik