Yakin Najib Dan Zahid Hamidi Akan Ke Penjara Hisham Mahu Kejar Kerusi Pm Semula




Kenapa tiba-tiba saja Hishammuddin Hussein mahu dijadikan Setiausaha Agung BN?

Dan mengapa perlu ada desakan untuk tujuan itu?

Bukankah kuasa melantik Setiausaha Agung BN terletak pada Pengerusi BN?

Di atas ini adalah antara beberapa persoalan yang menjadi pertanyaan ramai sejak semalam apabila Badan Perhubungan UMNO Johor tampil menyatakan sokongan agar bekas Naib Presiden UMNO itu dilantik sebagai Setiausaha Agung BN.

Walaupun tampak hanya menyokong, tetapi oleh kerana tiada sesiapa yang menyuarakan perkara itu secara terbuka sebelum ini, apa yang dilakukan oleh Badan Perhubungan UMNO Johor ini lebih berupa desakan sebenarnya.

Soalnya, kenapa perlu Zahid Hamidi selaku Pengerusi BN didesak untuk melantik Hishammuddin sebagai Setiausaha Agung BN?

Apakah Zahid Hamidi tidak boleh memilih calon pilihannya sendiri?

Desakan ini bukan saja pelik, bahkan tidak pernah berlaku sebelum ini kerana biasanya kuasa melantik Setiausaha Agung BN terletak sepenuhnya kepada budi bicara Pengerusi BN menentukan calon pilihannya.

Apakah Hishammuddin begitu istimewa sehingga Zahid Hamidi perlu didesak untuk memberi bekas Menteri  Pertahanan itu jawatan Setiausaha Agung BN?

Apa masalahnya dengan Setiausaha Agung BN sedia ada, Tengku Adnan Tengku Mansor?

Jika kedudukan beliau yang sedang berdepan pertuduhan rasuah di mahkamah dijadikan alasan untuk menukarnya dan digantikan dengan Hishammuddin,!apa bezanya dengan Zahid Hamidi sendiri yang turut, malah mempunyai lebih banyak kes di mahkamah?

Dalam hal ini, mahu tidak mahu, harus diakui tindakan mendesak Zahid Hamidi ini dilakukan kerana UMNO dilihat semakin kuat sekarang ini, terutama sejak bekerjasama dengan Pas.

Sebelum ini, sebaik UMNO kalah pilihanraya dan hilang kuasa, Hishammuddin adalah antara yang terawal  melarikan diri dan tidak percaya parti itu mampu  dipulihkan semula.

Itulah sebabnya beliau tidak sedia mengekalkan jawatan Naib Presiden UMNO yang disandangnya sejak sekian lama atau menawarkan diri untuk jawatan yang lebih tinggi dalam  pemilihan UMNO tahun lalu.

Sejak itu, beliau dilihat lebih mempunyai hubungan rapat dengan Azmin Ali, sekutu Tun Mahathir Mohamad dalam kerajaan PH, malah pernah bercuti bersama Menteri Hal Hal Ehwal Ekonomi itu di Maghribi.

Hishammuddin juga kemudian turut bertemu Tun Mahathir bersama wakil Pas dan GPS yang dipercayai bertujuan menawarkan sokongan mengekalkan khidmat Perdana Menteri sehingga ke akhir penggal.

Sejak itu timbul perkhabaran, tujuan mengekalkan Tun Mahathir sehingga ke akhir penggal itu akan disusuli kemudiannya dengan kemasukan Hishammuddin ke dalam kerajaan serta akan bergandingan dengan Azmin sebagai pasangan peneraju negara di masa depan.

Bagaimanapun, dengan perkembangan mutakhir UMNO sekarang ini, Hishammuddin terlihat ingin kembali semula merapati parti itu melalui jawatan Setiausaha Agung BN sebagai batu loncatannya, sekaligus menunjukkan hilang keyakinannya kepada Tun Mahathir.

Dengan jawatan Setiuasaha Agung BN, Hishammuddin dipercayai akan bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan tahun 2021 akan datang lantaran yakin ketika itu Zahid Hamidi sudah pun disabitkan bersalah di mana sama ada tidak boleh lagi mempertahankan jawatannya atau telah berada di penjara.

Di waktu yang sama, keyakinan beliau tentunya Najib Razak juga tidak akan kembali lagi kerana turut senasib dengan Zahid Hamidi didapati bersalah oleh mahkamah.

Makna mudahnya, melalui desakan menjadikannya Setiausaha Agung BN itu, Hishammuddin kini jelas mahu mengejar kerusi Perdana Menteri sebagai matlamat akhir perjuangannya.

Dengan Zahid Hamidi dan Najib tiada tempat lagi dalam UMNO, hanya melalui jawatan Setiausaha Agung akan memudahkan Hishammuddin mendahului calon lain dalam pemilihan 2021 akan datang dan seterusnya akan mengetuai BN menghadapi PRU15 pada 2023. (Shahbudindotcom 01/10/2019)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/10/yakin-najib-dan-zahid-hamidi-akan-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bn Akan Tanding Kerusi Parlimen Tanjung Piai Ahmad Zahid

Bn Akan Tanding Kerusi Parlimen Tanjung Piai Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 292 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Kemajuan India SeMalaysia ke 27 di Wisma IPF Seri Kembangan Selangor foto HAZROL ZAINAL SERI KEMBANGAN Barisan Nasional akan meletakkan calon pada Pil...
Netizen Kecam Mukhriz Plagiat Bahan Reka Grafik Zahid Hamidi

Netizen Kecam Mukhriz Plagiat Bahan Reka Grafik Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 225 hits
Bukan sahaja terkenal dengan U Turn budaya salin tiru serta penjenamaan semula kemudian mengambil kredit berkata hasil idea sendiri sudah menjadi trend kepada kerajaan Pakatan Harapan Setelah lebih lima ratus hari memerintah negara banyak c...
Umno Tak Akan Sokong Pembentukan Ipcmc Kata Zahid Hamidi

Umno Tak Akan Sokong Pembentukan Ipcmc Kata Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 185 hits
Umno tak akan sokong pembentukan IPCMC kata Zahid Hamidi Dikemas kini 17 minit yang lalu Diterbitkan pada 7 Oct 2019 9 44PM
Isu Sindiket Mykad Zahid Hamidi Wajar Disiasat

Isu Sindiket Mykad Zahid Hamidi Wajar Disiasat

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 184 hits
DENYUT REFORMASI Kerajaan Pakatan Harapan mengambil tindakan pantas dan tangkas dalam membanteras sindiket penjualan kad pengenalan kepada warga asing seperti yang dilaporkan media baru baru ini Setakat ini enam individu telah dihadapkan ke...
Maksud Sebenar Disebalik Warna Baju Banduan Bagi Penjara Malaysia

Maksud Sebenar Disebalik Warna Baju Banduan Bagi Penjara Malaysia

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 1269 hits
Maksud Sebenar Disebalik Warna Baju Banduan Bagi Penjara Malaysia Tak dinafikan penjara adalah antara tempat paling teruk di Malaysia ni Yelah siapa yang nak duduk kat dalam penjara Kena kurung kena lokap hingga tak boleh lihat dunia luar M...
Pelaku Pembakar Hutan Terancam Dipidana Maksimal 12 Tahun Penjara

Pelaku Pembakar Hutan Terancam Dipidana Maksimal 12 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 184 hits
Kapolda Kalimantan Selatan Irjen Yazid Fanani mengatakan seorang pelaku pembakaran hutan dan lahan dicokok Polres Hulu Sungai Selatan Tersangka bernama Mulyadi diketahui berasal dari desa setempat dan diamankan kemarin Jumat kemarin sekitar...
Hukuman Penjara Dan Denda Koruptor Dikurangi Rkuhp Bakal Bikin Orang Makin Hobi Korupsi

Hukuman Penjara Dan Denda Koruptor Dikurangi Rkuhp Bakal Bikin Orang Makin Hobi Korupsi

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 241 hits
Korupsi juga turun level dari kejahatan luar biasa ke kejahatan biasa Apa kabar Indonesia di masa depan
Dinilai Banyak Pasal Karet Ruu Kuhp Jika Disahkan Bisa Buat Penjara Penuh

Dinilai Banyak Pasal Karet Ruu Kuhp Jika Disahkan Bisa Buat Penjara Penuh

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 208 hits
Rancangan Kitab Undang Undang Hukum Pidana menuai pro dan kontra Ketua YLBHI Asfinawati mengatakan banyak pasal pasal karet dalam RUU KUHP tersebut Jika rancangan tersebut disahkan masyarakat akan banyak terjerat Dia menilai revisi yang ber...
Maksud Hadith Dunia Penjara Orang Mukmin

Maksud Hadith Dunia Penjara Orang Mukmin

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 389 hits
SOALAN Berkenaan hadith yang berbunyi Dunia penjara orang beriman dan syurga orang kafir apakah maknanya JAWAPAN Hadith yang dimaksudkan ini diriwayatkan dari Abu Hurairah r a katanya Rasulullah saw bersabda Bermula dunia itu adalah penjara...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025