5377 Diperdaya Jadi Keldai Akaun Metrotv Harian Metro 10 10 2019



“SAYA tidak pernah salahkan ibu dan tahu ketika itu dia terdesak lalu menggunakan saya untuk buat pinjaman berikutan adik mahu membayar yuran pengajiannya,” kata pemuda yang mahu dikenali sebagai Syamel, 22.Gara-gara itu juga, dia terpaksa merengkok di penjara kira-kira lapan bulan selepas menyerahkan kad bank bersama nombor pin kepada individu yang menawarkan pinjaman segera sebanyak RM10,000 pada tahun lalu.Menurutnya, dia tidak pernah menerima satu sen wang pinjaman itu tetapi ditahan polis kira-kira selepas dua minggu menyerahkan barang dan maklumat terbabit.“Polis kata akaun saya disalah guna sebab ada kemasukan duit dan sebanyak 17 kes dilaporkan terhadap saya wang berjumlah RM144,000.“Saya dibawa dari balai ke balai macam ‘roadshow’, bermula dari Kuala Muda dan kemudiannya ke Sik, Kedah diikuti Cheras, Petaling Jaya di Selangor, Segamat dan Johor Bahru (Johor), Seremban (Negeri Sembilan), Kuantan (Pahang), Bukit Kinrara di Puchong, Selangor hinggalah ke Penjara Kajang.“Pengalaman duduk penjara selama lapan bulan memang menakutkan tambah pula ia bukan disebabkan kesalahan yang kita buat.“Namun, saya diberikan pelepasan parol empat bulan lebih awal,” katanya ketika pertemuan bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Kuala Lumpur hari ini.Hadir sama Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan, Ketua Biro Pembangunan Sosial PPIM Dr Mazlina Abu Bakar dan Presiden Persatuan Pengguna Bersepadu Malaysia (PPBM) Thomas Thin.Syamel berkata, ketika ini dia terpaksa menganggur berikutan mengalami kesukaran mencari kerja selain tidak boleh membuka akaun bank yang baru.Ibunya yang juga seorang tukang cuci, Zulaika, 46, berkata, dia sedih mengenangkan nasib anaknya itu berikutan terpaksa menanggung kesilapannya.“Waktu itu, anak nak bayar yuran bagi pengajian jururawat berjumlah RM8,000 tetapi saya tidak mempunyai jumlah sebanyak itu jadi saya nekad buat pinjaman segera.“Pada mula memang guna nama mak cik nak buat pinjaman tetapi tidak boleh berikutan individu terbabit berkata umur saya terlalu tua. Jadi saya minta tolong anak tetapi lain pula jadinya,” katanya.Sementara itu, seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Jeff, 28, berkata, kehidupan gelapnya bermula ketika dia cuba mencari kerja.“Waktu itu, saya nampak iklan ditampal di kedai mamak yang mencari pemandu lori dan tanpa ragu-ragu saya terus hubungi nombor terbabit.“Selepas berjumpa dengan individu terbabit, dia kemudian menyuruh saya membuka akaun bagi tujuan kemasukan gaji.“Duit semua dia bagi tetapi selepas itu diberitahu yang saya perlu serahkan kad itu berikutan wang simpanan itu adalah duit syarikat dan kad hanya diberikan selepas saya masuk kerja,” katanya yang tinggal di Kuala Lumpur.Menurutnya, dia tidak pernah dapat panggilan daripada syarikat terbabit selepas itu tetapi terpaksa merengkok dalam penjara hampir tiga bulan selain terpaksa membayar denda sebanyak RM14,500.Nadzim pula berkata, pihaknya sedang cuba berbincang bersama pihak polis dan juga Pejabat Peguam Negara mengenai mangsa sindiket penipuan ‘mule account’ (keldai akaun).“Kita mahu membantu mangsa yang teraniaya dengan perbuatan orang lain. Ini adalah penipuan terkini dan cukup berat berikutan ia membabitkan hukuman penjara berikutan wang dimasukkan ke dalam akaun mangsa,” katanya.


Artikel oleh: Harian Metro
DIPERDAYA JADI 'KELDAI AKAUN' [METROTV]
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/505637/diperdaya-jadi-keldai-akaun-metrotv
https://www.youtube.com/watch?v=q_4jRQLFI_4


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/10/5377-diperdaya-jadi-keldai-akaun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5331 Aktiviti Temubual Bersama Harian Metro Ppim 01 10 2019

5331 Aktiviti Temubual Bersama Harian Metro Ppim 01 10 2019

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 470 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan Toqqi telah ditemubual oleh wartawan Harian Metro yang membincangkan mengenai isu Program Insan Sedia Berjasa Program Bantu Bekas Banduan
5386 Keldai Akaun Pemangsa Atau Mangsa Alhijrah Online 12 10 2019

5386 Keldai Akaun Pemangsa Atau Mangsa Alhijrah Online 12 10 2019

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 487 hits
PPIM mengadakan sidang akhbar khas semalam bagi membela individu yang diperdaya menjadi keldai akaun oleh sindiket penipuan Ikuti laporan Berita AlHijrah 11 Oktober 2019 Sumber Alhijrah OnlineKELDAI AKAUN PEMANGSA ATAU MANGSA
5349 Malakat Mall Untuk Usahawan Bumiputera Harian Metro 03 10 2019

5349 Malakat Mall Untuk Usahawan Bumiputera Harian Metro 03 10 2019

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 515 hits
KOPERASI Pembangunan Pengguna Islam Malaysia mensasarkan untuk membuka 100 Malakat Mall sebagai ekosistem baru dan pusat pengedaran barangan usahawan Bumiputera dalam tempoh 10 tahun akan datang Ketua Pegawai Eksekutifnya Fadzil Hashim berk...
5396 Turun Harga Rumah Pemilikan Asing Boleh Laksana Tapi Perlu Hati Hati Sinar Harian 14 10 2019

5396 Turun Harga Rumah Pemilikan Asing Boleh Laksana Tapi Perlu Hati Hati Sinar Harian 14 10 2019

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 573 hits
SHAH ALAM Pengumuman kerajaan untuk menurunkan nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar untuk tujuan pemilikan asing pada tahun depan boleh dilaksanakan asalkan tidak mengabaikan ekonomi untuk rakyat tempatan Setiausah...
Operasi Nila Jaya 2019 Polda Metro Jaya Ungkap 337 Kasus Narkoba

Operasi Nila Jaya 2019 Polda Metro Jaya Ungkap 337 Kasus Narkoba

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 288 hits
Modus modus baru yang dilakukan untuk dapat mengelabui polisi seperti dibungkus dengan alat kontrasepsi dan dimasukan di dalam alat kemaluan perempuan Modus ini dilakukan oleh Warga Negara Asing
5392 Peluang Kedua Sebenar Kepada Bekas Banduan Metro Tv 13 10 2019

5392 Peluang Kedua Sebenar Kepada Bekas Banduan Metro Tv 13 10 2019

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 407 hits
Peluang kedua yang sebenar Inisiatif itu diambil Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang menjemput banduan dari Penjara Kajang diberi latihan dan kerja untuk membolehkan mereka mengubah nasib dan masa depan Menerusi program Insan Sedia Berja...
5391 Banduan Rebutan Peluang Kedua Metro Ahad 13 10 2019

5391 Banduan Rebutan Peluang Kedua Metro Ahad 13 10 2019

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 467 hits
KUALA LUMPUR Peluang kedua yang sebenar Inisiatif itu diambil Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang menjemput bekas banduan dari Penjara Kajang diberi latihan dan kerja untuk membolehkan mereka mengubah nasib dan masa depan Menerusi progra...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Salam Takziah Buat Seluruh Ahli Keluarga

The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B