5243 Inisiatif Be Halal Pacu Pertumbuhan Industri Berita Harian 07 09 2019



SERDANG: Satu inisiatif baharu di bawah Sekretariat Majlis Halal Negara diperkenalkan iaitu Program Pembangunan Strategik Industri Halal atau 'be-Halal'.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata dengan menggunakan Fiesta Halal Malaysia (Halfest) anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai platform, be-Halal adalah inisiatif bagi memacu pertumbuhan industri halal melalui program pembangunan holistik terhadap peserta industri berkenaan.Katanya, ia bagi membolehkan mereka bersaing secara produktif dan inovatif dalam mendepani pelbagai cabaran global, baik dalam industri halal atau dunia perdagangan yang mencabar.“Untuk permulaan, 50 peserta industri halal akan dipilih menyertai program be-Halal oleh sekretariat.“Peserta be-Halal akan dibangunkan melalui program yang dikendalikan oleh pakar dari pelbagai latar belakang untuk menyumbang kepada peningkatan industri halal negara.“Menjadi salah satu impian dan cita-cita saya apabila menerajui Majlis Halal Negara ini untuk meningkatkan keupayaan dan kapasiti industri halal negara ke peringkat yang lebih berdaya saing,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Halfest di sini, hari ini.Hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.Halfest 2019, ekspo halal terbesar di Malaysia, dianjurkan oleh JAKIM dengan kerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).Ia diuruskan oleh Shapers Malaysia Sdn Bhd yang bertindak sebagai sekretariat ekspo berkenaan.Pada tahun ini, Halfest disertai lebih 450 usahawan dengan pembukaan lebih 500 ruang pameran.Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah berkata, beliau difahamkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan bekerjasama dengan sekretariat Halfest JAKIM bagi membuka ruang kepada 100 syarikat halal dalam kalangan golongan yang memerlukan sokongan, untuk diberi peluang penyertaan.“Saya berhasrat untuk melihat lebih ramai asnaf terbabit di dalam Halfest pada tahun-tahun mendatang, dibantu oleh syarikat-syarikat yang mengeluarkan zakat.“Pendekatan sebegini harus dijadikan model yang boleh diikuti oleh semua Majlis Agama Islam di Malaysia sebagai satu strategi bukan saja untuk mengeluarkan mereka daripada terus menjadi golongan asnaf terutama fakir dan miskin, malah menjadi pembayar zakat pada masa akan datang,” katanya.
Artikel oleh: Berita Harian

INISIATIF BE-HALAL PACU PERTUMBUHAN INDUSTRI

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/09/604270/inisiatif-be-halal-perkasa-industri-halal


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/09/5243-inisiatif-be-halal-pacu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5259 Fitnah Terhadap Komuniti Muslim Sinar Harian 09 09 2019

5259 Fitnah Terhadap Komuniti Muslim Sinar Harian 09 09 2019

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 460 hits
PENGUMUMAN Jemaah Kabinet menolak tindakan memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam dan menyifatkan kempen itu sebagai tidak wajar adalah sangat menghairankan Ini menunjukkan kerajaan hari ini telah jauh daripada realiti masyarakat...
5260 Pantauan Berkala Ikut Sop Harian Metro 10 09 2019

5260 Pantauan Berkala Ikut Sop Harian Metro 10 09 2019

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 361 hits
Kuala Lumpur Babitkan penyertaan orang awam bertauliah mahupun jawatankuasa masjid bagi memantau proses penyembelihan ayam Persatuan Pengguna Islam Malaysia Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata mekanisme pemantauan berkala perlu di...
5266 Lahir Mutawif Mutawifah Profesional Harian Metro 11 09 2019

5266 Lahir Mutawif Mutawifah Profesional Harian Metro 11 09 2019

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 487 hits
DALAM usaha melahirkan lebih ramai golongan mutawif daripada kalangan anak tempatan yang bertauliah selain memberi peluang pekerjaan kepada anak muda biarpun bukan daripada lulusan agama Persatuan Pengguna Islam Malaysia menganjurkan kursus...
5203 Husel Bekerjasama Dengan Ppim Harian Metro 23 08 2019

5203 Husel Bekerjasama Dengan Ppim Harian Metro 23 08 2019

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 414 hits
MASALAH keldai akaun sambung bayar kenderaan along atau ceti haram dan scam adalah antara 20 aduan yang dipanjangkan kepada Persatuan Kebajikan Anak Hulu Selangor walaupun baru dua bulan ditubuhkan Pengerusi HUSEL Noor Izzat Mohd Johari ber...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan