5266 Lahir Mutawif Mutawifah Profesional Harian Metro 11 09 2019



DALAM usaha melahirkan lebih ramai golongan mutawif daripada kalangan anak tempatan yang bertauliah selain memberi peluang pekerjaan kepada anak muda biarpun bukan daripada lulusan agama, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menganjurkan kursus Mutawif dan Mutawifah Profesional 2.0, baru-baru ini.

Kursus itu dengan kerjasama Kementerian Pendidikan diadakan di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), diikuti di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebelum diteruskan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sejak 27 Julai lalu membabitkan 400 pelajar.

Selain itu, pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Sultan Zainal Abidin, Politeknik Sarawak, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut serta dalam kursus selama enam hari itu.

Ketua Biro Penggerak Belia PPIM, Abd Halim Ikhsan berkata, kursus itu bertujuan memberikan nilai tambah kepada peserta selain ijazah yang diperoleh dalam bidang masing-masing bagi meningkatkan lagi kebolehpasaran mereka dalam dunia pekerjaan.

“Kursus ini bakal melahirkan mutawif dan mutawifah (perempuan) serta kakitangan pengurusan umrah dalam kalangan pelajar universiti awam secara profesional. Antara pengisian kursus, mendedahkan kepada pelajar berkaitan realiti kerjaya mutawif dan pengurusan umrah.

“Pada masa sama, ia juga dapat membuka minda peserta mengenai peluang lain yang terbentang luas selain bidang akademik yang diambil apabila mereka berpeluang mendapatkan kerjaya dalam bidang pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian kursus itu yang disempurnakan Timbalan Setiausaha Bahagian, Cawangan Operasi Strategik, Bahagian Perancangan dan Penyelarasan Dasar kementerian, Fazli Said, di Auditorium Utama, Kampus Sultan Abdul Jalil, UPSI.

Turut hadir, Ketua Pengarah Islamic Tourism Malaysia, Datuk Seri Abdul Khani Daud dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.


PELAJAR kursus mutawif bergambar kenangan dengan memakai ihram
Abdul Halim berkata, peserta yang menamatkan kursus akan ditempatkan di syarikat pengendali umrah untuk menjalani sesi latihan industri selama sebulan setengah bermula 3 September lalu dan sebanyak 60 syarikat pengendali umrah bekerjasama memberikan tempat latihan kepada peserta.

“Setiap peserta menerima Sijil Profesional Mutawif dan Mutawifah yang membolehkan mereka menjalankan tugasan berkenaan secara profesional di mana-mana syarikat pengendali umrah di Malaysia.

“Biarpun pekerjaan ini berdepan dengan pelbagai cabaran terutama melayan pelbagai kerenah jemaah, tetapi ia kerjaya yang dipandang tinggi kerana perlu bertanggungjawab melayan tetamu Allah.

“Mereka juga berpeluang membantu orang lain dan bukan hanya memandang ia sebagai satu pekerjaan yang memperoleh pendapatan semata-mata sebaliknya malah berpaksikan ibadat,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor UPSI, Profesor Dr Md Amin Md Taff berkata, pihaknya berharap kursus itu dapat melatih pelajar sehingga mereka mampu untuk terbang ke tanah suci dan menimba pengalaman sebagai pembantu mutawif seterusnya sebagai mutawif.

“Graduan universiti hari ni tidak boleh mengharapkan pencapaian akademik semata-mata dalam mencari pekerjaan, sebaliknya mereka perlu mempelbagaikan nilai tambah dalam kemahiran lain termasuk menjadi mutawif secara profesional,” katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

LAHIR MUTAWIF, MUTAWIFAH PROFESIONAL

https://www.hmetro.com.my/nuansa/2019/09/495426/lahir-mutawif-mutawifah-profesional



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/09/5266-lahir-mutawif-mutawifah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5260 Pantauan Berkala Ikut Sop Harian Metro 10 09 2019

5260 Pantauan Berkala Ikut Sop Harian Metro 10 09 2019

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 312 hits
Kuala Lumpur Babitkan penyertaan orang awam bertauliah mahupun jawatankuasa masjid bagi memantau proses penyembelihan ayam Persatuan Pengguna Islam Malaysia Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata mekanisme pemantauan berkala perlu di...
4288 Ppim Rombak Struktur Harian Metro 17 09 2019

4288 Ppim Rombak Struktur Harian Metro 17 09 2019

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 532 hits
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia akan memberikan fokus kepada penyampaian maklumat kepenggunaan dengan cara yang lebih berkesan dalam usaha mengekang aktiviti penipuan di negara ini Menerusi perubahan struktur pengurusannya ia turut membab...
5275 Jualan Peniaga Islam Meningkat Tiga Kali Ganda Kerana Kempen Bmf Sinar Harian 13 09 2019

5275 Jualan Peniaga Islam Meningkat Tiga Kali Ganda Kerana Kempen Bmf Sinar Harian 13 09 2019

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 753 hits
SHAH ALAM Sambutan luar biasa masyarakat negara ini terhadap Kempen Buy Muslim First membolehkan majoriti peniaga beroleh peningkatan hasil jualan mencecah tiga kali ganda sejak dua minggu lalu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysi...
4284 Wartawan Bimbang Kereta Dilelong Berita Harian 14 09 2019

4284 Wartawan Bimbang Kereta Dilelong Berita Harian 14 09 2019

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 498 hits
KUALA LUMPUR Seorang wartawan wanita bimbang keretanya dilelong berikutan tindakan syarikat peminjam wang berlesen yang memberi kemudahan pinjaman kenderaan enggan menerima tunggakan bayarannya Usaha wartawan dari Perak itu untuk membayar t...
5259 Fitnah Terhadap Komuniti Muslim Sinar Harian 09 09 2019

5259 Fitnah Terhadap Komuniti Muslim Sinar Harian 09 09 2019

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 403 hits
PENGUMUMAN Jemaah Kabinet menolak tindakan memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam dan menyifatkan kempen itu sebagai tidak wajar adalah sangat menghairankan Ini menunjukkan kerajaan hari ini telah jauh daripada realiti masyarakat...
Analisis Harian Bagi Pasangan Eur Aud Bagi 30 08 2019

Analisis Harian Bagi Pasangan Eur Aud Bagi 30 08 2019

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 372 hits
Gambaran yang ditunjukkan di atas adalah carta harian bagi pasangan EUR AUD Garis hijau mewakili titik rintangan pada carta Harga menembusi garisan hijau pada bulan Ogos dan telah didagangkan secara sideway untuk tempoh satu bulan Carta jel...
Umno Agm Pushed To November In View Of Sabah Polls

Adakah Harga Minyak Gencatan Senjata Akan Menyebabkan Usd Jpy Tertekan Selasa 01 Julai 2025

Sambal Sotong Kurita Dan Gelagat Orang British

Rafizi Bakar Balik Jangan Jadi Tua Yang Sibuk Jaga Politik Orang

Money Macam Manusia Usahawan Tudung Hadiahkan Kucing Bmw I7 Amp Rantai Emas Layan Macam Anak Sendiri

Lumpuh Lepas Bersalin Suami Tinggal Isteri Derita Atas Katil

Hishammuddin S Suspension Not Discussed At Supreme Council Meeting Says Zahid

Pihak Polis Ecrl Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bendung Kes Curi Kabel Sepanjang Laluan Di Pahang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bagaimana Kita Boleh Menyokong Pemuliharaan Gajah Di Malaysia

Pensyarah Rugi Hampir Rm300 000 Terpedaya Suspek Menyamar Pegawai Polis

Senarai Ringkas Barang Yang Dikenakan Dan Dikecualikan Daripada Cukai Jualan Dan Perkhidmatan Di Malaysia

Ready To Wear A Streetfighter Kit For The Harley Davidson Pan America

Tali Pinggang Keledar Bas Penerangan Tarikh Kuat Kuasa

Trump Ugut Usir Elon Musk Dunia Politik As Bergegar