5203 Husel Bekerjasama Dengan Ppim Harian Metro 23 08 2019



MASALAH keldai akaun, sambung bayar kenderaan, along atau ceti haram dan scam adalah antara 20 aduan yang dipanjangkan kepada Persatuan Kebajikan Anak Hulu Selangor (HUSEL) walaupun baru dua bulan ditubuhkan.

Pengerusi HUSEL Noor Izzat Mohd Johari berkata, pelbagai isu yang membelenggu rakyat di kawasan itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan pihaknya terpanggil untuk menubuhkan persatuan berkenaan yang bertindak sebagai orang tengah antara pengadu dan pihak berkuasa.

Menurutnya, antara yang mencatatkan aduan tertinggi ialah isu pinjaman along memandangkan terdapat sebahagian besar daripada pengadu adalah mereka yang berpendapatan rendah dan terbabit dengan ceti haram.

“Sebelum ini, mereka banyak berurusan dengan beberapa NGO di ibu negara dan sudah pasti ia mengambil masa dan memerlukan kos.

“Jadi, kita ambil pendekatan tubuhkan HUSEL untuk membantu mereka membuat aduan bagi memastikan setiap isu dapat dibawa ke tengah.

“Kita terkejut kerana banyak juga masalah di sini, semuanya membabitkan kepenggunaan. Justeru kita bekerjasama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk isu terbabit,” katanya yang mengadakan pertemuan dengan wakil penduduk Hulu Selangor baru-baru ini.

Hadir sama dalam pertemuan itu ialah aktivis PPIM Syed Kamarul al Masyhur.

Noor Izzat berkata, pihaknya juga menerima aduan penipuan menerusi telefon terutama membabitkan warga emas yang mengeluarkan wang simpanan mereka selepas diperdaya sindiket tertentu.

Menurutnya, pihaknya berharap masyarakat di Hulu Selangor mengambil peluang itu untuk mengemukakan apa juga aduan berkaitan bagi mencari jalan penyelesaian isu yang berlarutan sejak sekian lama.

“Kami boleh dihubungi di Facebook Persatuan Kebajikan Anak Hulu Selangor, ada aktivis yang sedia menunggu untuk melayani setiap aduan.

“Mana yang berkaitan dengan isu nasional kita salurkan kepada PPIM kerana mereka lebih pakar dan berpengalaman.

“Platform ini juga kita gunakan untuk melatih sukarelawan baru yang berminat untuk sama-sama menyumbang kepada masyarakat Hulu Selangor,” katanya.

Sementara itu, Syed Kamarul berkata, isu along membabitkan pengadu di daerah itu akan diselesaikan secara berjadual dengan memberikan tumpuan kepada kes serius membabitkan jumlah along yang ramai.

Menurutnya, kebanyakan kes sudah dirujuk kepada PPIM sebelum ini dan ada yang sudah diproses termasuk menjadualkan semula pembayaran pinjaman sedia ada.

“Kita akan semak semula setiap aduan. PPIM komited untuk membantu mangsa dan mengalu-alukan komitmen anggota masyarakat untuk memberikan maklumat sekiranya ada,” katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

HUSEL BEKERJASAMA DENGAN PPIM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/08/489063/husel-bekerjasama-dengan-ppim

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/08/5203-husel-bekerjasama-dengan-ppim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5216 Nafi Terima Deposit Rm1 14j Tanpa Lesen Metrotv Harian Metro 27 08 2019

5216 Nafi Terima Deposit Rm1 14j Tanpa Lesen Metrotv Harian Metro 27 08 2019

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 928 hits
AHLI perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas dua pertuduhan menerima deposit tanpa lesen sah daripada orang ramai berjumlah lebih RM1 14 juta antara Januari 2016 hingga Februari 2017 Tertuduh Rosman Jamal 39 bagaima...
5173 Segera Siasat Bengkel Putar Alam Harian Metro 17 08 2019

5173 Segera Siasat Bengkel Putar Alam Harian Metro 17 08 2019

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 548 hits
KERAJAAN digesa menyiasat isu manipulasi dalam isu penyelenggaraan kenderaan milik agensi dan jabatan bagi memastikan ia mematuhi prosedur betul dan selamat digunakan di jalan raya Pengerusi Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan Mohammad...
5181 Rayuan Bantuan Untuk Rakan Media Ppim Ppim 20 08 2019

5181 Rayuan Bantuan Untuk Rakan Media Ppim Ppim 20 08 2019

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 596 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah lebih 20 tahun bersama rakyat Malaysia memperjuangkan hak pengguna di negara ini Sepanjang perjuangan kami banyak isu yang telah dibawa ke tengah sehingga mendapat perhatian pihak berwajib dengan bant...
5185 Lawatan Ke Pasar Raya Aj Best Ppim 22 08 2019

5185 Lawatan Ke Pasar Raya Aj Best Ppim 22 08 2019

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 1066 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan Toqqi telah mengadakan lawatan ke Pasar Raya AJ Best di Jalan Tuanku Abdul Rahman Chow Kit Kuala Lumpur pada malam semalam Pasar Raya AJ Best ini dimiliki oleh AJ Best Holdings Sdn Bhd di mana pemiliknya meru...
5183 Ppim Lancar Tabung Food Bank Bantu Staf Utusan Malaysia Gazette 21 08 2019

5183 Ppim Lancar Tabung Food Bank Bantu Staf Utusan Malaysia Gazette 21 08 2019

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 461 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah melancarkan tabung Food Bank PPIM untuk membantu wartawan dan kakitangan Utusan Melayu Malaysia Berhad yang dihimpit masalah tunggakan gaji Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata i...
5184 Nasional Fm Nak Tanya Apa Ppim 21 08 2019

5184 Nasional Fm Nak Tanya Apa Ppim 21 08 2019

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 382 hits
Ketua Aktivis PPIM toqqi dalam segmen Nak Tanya Apa di Nasional FM membawakan tajuk Pengguna Bijak Persatuan Pengguna Islam Malaysia
5170 Ppim Sokong Ph Hukum Pembelot Negara Malaysia Gazette 15 08 2019

5170 Ppim Sokong Ph Hukum Pembelot Negara Malaysia Gazette 15 08 2019

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 492 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pembelot negara PPIM amat bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri yang menegaskan tidak akan berkompromi dengan man...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia