509 Penagih Tegar Disabit Di Bawah Seksyen 39c


509 PENAGIH TEGAR DISABIT DI BAWAH SEKSYEN 39C
JOHOR BAHRU – Seramai 509 penagih dadah tegar di negeri ini disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 sejak Januari lalu hingga kini.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka merupakan penagih yang sudah tiga kali ditahan atas keselahan sama dan di bawah seksyen itu membawa hukuman lebih berat iaitu penjara lima tahun dan tiga sebatan.
Beliau memberitahu, polis Johor sejak April lalu menekankan tangkapan dan tindakan di bawah seksyen berkenaan yang dilihat amat berkesan dalam menangani masalah penagih berulang.
“Sebelum ini, sekitar Januari dan Februari lalu, jumlah penagih berulang yang polis Johor tangkap amat sedikit iaitu antara 10 dan 15 orang sahaja tetapi mulai April lepas, kita beri penekanan terhadap tangkapan terhadap penagih berulang di bawah Seksyen 39C ini.
“Seksyen ini bukan sahaja menjadi senjata ampuh memerangi dadah tetapi juga berjaya mengurangkan kadar jenayah seperti ragut, samun dan rompak kerana perbuatan itu saling berkait dengan penagih,” katanya selepas Majlis Perasmian Penyelarasan Tugas dan Projek Rintis Menangani Masalah Penyalahgunaan Dadah Substan dan Pelencongan Sosial di Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat, Tampoi, di sini semalam.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin.
Ayob Khan berkata, seramai 14,000 penagih dadah ditangkap dalam tahun ini setakat ini dan 10 peratus daripadanya dikesan kembali menagih.
Menurutnya, mereka yang kembali menagih itu antara sebabnya pelbagai dadah jenis baharu yang memberi kesan berbeza daripada dadah biasa termasuk tahap bahayanya.
Ketika ini katanya, peningkatan permintaan terhadap dadah jenis metamfetamin serta dadah psikoaktif jenis baharu atau New Psychoactive Substances (NPS) di pasaran Asia yang menjurus kepada pembabitan belia.
“Pada tahun 2009, terdapat 130 jenis dadah termasuk NPS, namun pada tahun 2019, terdapat peningkatan iaitu sebanyak 892 jenis dadah,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, polis sedang mengesan pengedar yang membekalkan dadah kepada pelajar sekolah menengah selepas 177 pelajar di Johor dalam tahun ini didapati positif dadah.
Ayob Khan berkata, keterangan daripada mereka yang terlibat iaitu pelajar Tingkatan Empat dan Lima sedang diambil bagi menjejaki pihak yang membekalkan dadah kepada pelajar sekolah.
“Kita juga sedang menyiasat adakah mana-mana pihak atau sindiket dadah yang menyasarkan pelajar sekolah sebagai penagih yang baharu. Mereka yang terlibat semuanya pelajar lelaki dan hanya seorang pelajar perempuan.
“Saya percaya Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan memperluaskan dan melakukan ujian saringan di sekolah secara berterusan. 19 daripada 177 pelajar itu didapati sudah pulih daripada ketagihan dadah,” katanya.
Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, baru-baru ini mendedahkan seramai 177 pelajar sekolah dikesan terlibat dengan gejala penagihan dadah di negeri ini menerusi ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap 10,132 pelajar di 280 buah sekolah oleh AADK.
Mazlan mengingatkan pihak sekolah agar tidak menyembunyikan sebarang maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah membabitkan pelajar mereka daripada pihak bertanggungjawab yang melakukan siasatan. – JT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johortimes.my/2020/09/509-penagih-tegar-disabit-di-bawah-seksyen-39c/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ipw Desak Polri Segera Pecat Oknum Polisi Pontianak Seetubuhi Anak Bawah Umur

Ipw Desak Polri Segera Pecat Oknum Polisi Pontianak Seetubuhi Anak Bawah Umur

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 244 hits
Ketua Presidium Indonesia Police Watch Neta S Pane mengaku miris dengan kasus persetubuhan yang diduga dilakukan oknum polisi Polresta Pontianak Kota berinisial DY terhadap anak di bawah umur Kasus tersebut dinilai telah merusak citra Polri...
Honor Pula Akan Bawa Masuk Telefon Pintar Mampu Milik Bawah Rm400

Honor Pula Akan Bawa Masuk Telefon Pintar Mampu Milik Bawah Rm400

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 563 hits
Siapa sangka masih ada banyak lagi model telefon pintar yang boleh korang pilih Kalini giliran Honor pula yang akan memperkenalkan telefon pintar baru mereka iaitu Honor 9S dengan harga bawah RM400 gais Untuk Honor 9S ini didatangkan dengan...
Rancangan Perdagangan Pasangan Eur Usd Pada 21 September Euro Sedang Berusaha Bergerak Ke Bawah Pasaran

Rancangan Perdagangan Pasangan Eur Usd Pada 21 September Euro Sedang Berusaha Bergerak Ke Bawah Pasaran

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 280 hits
Penurunan yang jelas dalam kejadian coronavirus dilihat di Amerika Syarikat dan Brazil masing masing mencatatkan kes harian hanya pada 37 ribu dan 15 ribu Malangnya perkara yang sama tidak dapat dikatakan di India yang mencatatkan kes denga...
Ini Tampang Brigadir Dy Polisi Tersangka Pemeerkosaan Anak Di Bawah Umur

Ini Tampang Brigadir Dy Polisi Tersangka Pemeerkosaan Anak Di Bawah Umur

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 376 hits
Oknum polisi Brigadir DY anggota Polresta Pontianak telah ditetapkan sebagai tersangka berdasarkan hasil visum terungkap bukti perseetubuhan yang dilakukannya terhadap anak di bawah umur Lalu siapa Brigadir DY yang tega melakukan tindakan t...
Emas Berada Di Bawah Tekanan Jualan Besar Besaran

Emas Berada Di Bawah Tekanan Jualan Besar Besaran

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 298 hits
Emas mempercepatkan penurunan setelah kejatuhan agresif semalam di bawah tahap psikologi 1 900 Ia diniagakan pada paras 1 876 dan nampaknya sangat lemah pada carta 4 Jam Peningkatan Dolar AS berbanding pesaingnya cenderung untuk mendorong l...
Menu Terbaik Di Bawah Satu Bumbung Raf Pj X The Fennels

Menu Terbaik Di Bawah Satu Bumbung Raf Pj X The Fennels

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 923 hits
Hi korang Kepada semua penduduk di area Petaling Jaya kini korang boleh lah berkunjung ke restoran Raf PJ x The Fennels Di mana korang boleh dapatkan semua menu terbaik di bawah satu bumbung Yes memng betul sebab aku sendiri rasa mcam ramba...
Tutorial Letak Add A Gadget Di Bawah Header Blog Untuk Iklan Adsense

Tutorial Letak Add A Gadget Di Bawah Header Blog Untuk Iklan Adsense

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 489 hits
Tutorial Letak Add A Gadget di Bawah Header Blog Untuk Iklan Adsense hi there Jadi selepas tukar template blog mrs pip yang terbaru mrs pip try nak letak iklan adsense betul betul di bawah header blog Malangnya ruang di bawah header tu tida...
Dinner Di Restoran Salai Salai Seksyen 7 Shah Alam Selangor

Dinner Di Restoran Salai Salai Seksyen 7 Shah Alam Selangor

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 715 hits
Ini adalah post yang agak basi wuwuu Kesian mama kan asyik buat entry lewat aje Mama sekeluarga berbuka puasa di Restoran Salai Salai Seksyen 7 Shah Alam Selangor semasa restoran ni baru sehari dibuka di cawangan Shah Alam Di Seksyen 7 Shah...
Brics Ekonomi Israel Diseret Merudum Pasti Al Hamdulillah

Royal Addendum On Najib S House Arrest Only Hearsay Stresses Saifuddin

Tested American Metal S The Disciple Sonic Infused Whiskey

Tiada Tangan Ghaib Yang Pilih Semuanya Ikut Prosedur Dan Aturan Tak Pasti Jang

The Disciple A Mixed Metal Harley Bobber With El Knucklehead Power

The Incredible Tale Of The Talking Tortoise A Fifth Century Ethiopian Exploration Of Wisdom And Humility

Court Affirmed Addendum Hearsay Najib Unqualified For House Arrest

Aquarius Career Horoscope December 2021


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online

Resepi Sos Hijau Vietnam Roll Paling Lemak dan Berkrim

Biodata Terkini Sheila Abdull Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Mungkinkah

Biodata Terkini Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Keranamu Kekasih


Night Of Fright 10 Sunway Lagoon

Curi Curi

Night We Held Between By Noor Abed

Filem Bisikan Dosa

Titah Adendum Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat

Cara Buat Stok Ibu Sambal Dah Siap Senang Nak Buat Macam Macam Lauk Sambal