5030 40 Individu Berputih Mata Ditipu Skim Pelaburan Berita Harian 28 06 2019



Kuala Lumpur: Terpengaruh janji manis bakal menerima pulangan lumayan menyebabkan lebih 40 individu kerugian mencecah RM2 juta, selepas menyertai dua skim pelaburan kononnya berasaskan hartanah.
Mangsa terdiri daripada pelbagai golongan termasuk pesara dan warga emas, terpaksa berputih mata apabila wang simpanan mencecah ratusan ribu, hangus tanpa pulangan dijanjikan.
Walaupun mangsa sudah berusaha pelbagai cara termasuk membuat laporan polis, namun masih gagal mendapatkan semula wang mereka selepas syarikat pelaburan terbabit memberi pelbagai alasan, selain kini menghilangkan diri.
Pesara Telekom, Jamaludin Hamdan, 59, mendakwa kerugian wang simpanan RM44,000 selepas menyertai satu skim pelaburan hartanah pada awal 2016, yang kononnya bakal menjalankan pelbagai projek hartanah yang mendapat sokongan daripada Kerajaan China dan Kemboja.
“Saya tidak teragak-agak melaburkan wang selepas terpengaruh dengan tawaran pulangan mencecah 10 peratus setiap bulan daripada jumlah pelaburan yang dibuat.
Guna nama M-capital“Syarikat menggunakan nama Millenium Capital (M-capital) turut membawa kami ke Kemboja untuk melihat sendiri tapak hartanah yang bakal dijadikan asas pembinaan sebuah jambatan, bagi meyakinkan kami.
“Kami hanya mendapat hasil pulangan pada tiga bulan pertama sebelum syarikat terbabit lesap dan ejen-ejennya tidak dapat dihubungi,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM di sini, semalam.
Mangsa yang berasal dari Muar, Johor itu, berkata selain dirinya, ada lebih 200 individu lain yang turut melabur dengan syarikat sama dengan jumlah pelaburan minimum AS$1,000 (RM4,400).
Seorang lagi mangsa, Sheikh Razali Bux, 61, berasal dari Ulu Kinta, Perak, mendakwa kerugian hampir RM10,000 selepas melabur Mangsa dengan sebuah syarikat pelaburan yang menggunakan tema Islam pada 2016.
“Saya difahamkan pengasas syarikat itu kononnya adalah seorang bergelar Datuk, selain mempunyai kelulusan peringkat doktor falsafah dalam bidang Usuluddin daripada sebuah universiti tempatan.
“Saya percaya itu semua hanya taktik digunakan bagi mengaburi orang ramai untuk membuat pelaburan dan mendakwa wang itu bakal digunakan untuk pelaburan dalam bidang hartanah, pertanian dan penternakan.
Pulangan 15 peratus sebulan“Setiap ahlinya yang mencecah hampir 6,000 orang dijanjikan pulangan antara 10 hingga 15 peratus sebulan, bergantung kepada jumlah pelaburan dengan nilai serendah RM350 untuk satu lot pelaburan,” katanya yang juga seorang pesara hospital swasta di Ipoh.
Sheikh Razali berkata, beliau menyedari tertipu apabila selepas tiga bulan, syarikat menggunakan nama Sinar Ummah Berhad itu tidak membayar pulangan bulanan seperti dijanjikan.
“Mereka beri pelbagai alasan, termasuk menutup laman web yang pada mulanya digunakan ahli untuk menyemak penyata bulanan dan aktiviti perjalanan syarikat.
“Susulan itu, lebih 40 ahli membuat laporan polis terhadap syarikat terbabit pada Mac lalu selepas pelbagai usaha kami untuk mendapatkan semula wang, gagal,” katanya.Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, menasihati orang ramai supaya membuat semakan dan rujukan terlebih dahulu, sebelum mengambil keputusan menyertai sebarang pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan.
“Buatlah semakan pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan rujuk terlebih dahulu dengan pihak polis serta Bank Negara Malaysia (BNM).
“Jangan mudah sangat berikan (laburkan) wang kita pada orang, bila wang itu sudah berada di tangan orang lain, ia bukan lagi hak kita... maka beringatlah,” katanya.
Artikel oleh: Berita Harian
40 INDIVIDU BERPUTIH MATA DITIPU SKIM PELABURAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/06/5030-40-individu-berputih-mata-ditipu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5034 164 Mangsa Diperdaya Skim Pelaburan Rugi Lebih Rm1 2 Juta Ismaweb 27 06 2019

5034 164 Mangsa Diperdaya Skim Pelaburan Rugi Lebih Rm1 2 Juta Ismaweb 27 06 2019

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 445 hits
KUALA LUMPUR 23 Syawal 1440H Seramai 164 mangsa kebanyakan dari Perak mendakwa ditipu sindiket skim pelaburan tapak iklan secara dalam talian membabitkan kerugian lebih RM1 2 juta kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk N...
17 Jun 2019 Analisis Teknikal Dan Cadangan Perdagangan Urusniaga Harian Pasangan Mata Wang Eur Usd

17 Jun 2019 Analisis Teknikal Dan Cadangan Perdagangan Urusniaga Harian Pasangan Mata Wang Eur Usd

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 394 hits
Sejak 19 Januari pasangan mata wang EUR USD telah bergerak dalam saluran digambarkan dengan kecenderungan menurun sedikit Tinjauan jangka pendek bertukar kepada penurunan harga mensasarkan ke tahap 1 1175 dikekalkan pada carta 4H Baru baru ...
5028 Terpikat Layanan Istimewa Usahawan Terpedaya Skim Pelaburan Cepat Kaya Bernama 27 06 2019

5028 Terpikat Layanan Istimewa Usahawan Terpedaya Skim Pelaburan Cepat Kaya Bernama 27 06 2019

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 420 hits
KUALA LUMPUR 27 Jun Terpedaya dengan pakej pelancongan mewah dan layanan istimewa selama empat hari ke Kemboja termasuk diiring seseorang kononnya bergelar Jeneral dari negara itu seorang usahawan wanita hilang lebih RM44 000 akibat terjeba...
Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang Eurusd Untuk 03 Julai 2019

Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang Eurusd Untuk 03 Julai 2019

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 328 hits
Tinjauan Teknikal Pasangan mata wang EURUSD diniagakan berhampiran tahap sasaran 1 1270 pada masa ini Adalah lebih baik untuk keluar dari kedudukan semasa pada harga semasa atau pada tahap 1 1270 dan tunggu isyarat dagangan yang selanjutnya...
Tinggalkanlah Perjuangan Kalau Semata Mata Kerana Individu Najib

Tinggalkanlah Perjuangan Kalau Semata Mata Kerana Individu Najib

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 246 hits
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam hantaran di Facebooknya dengan tegas memberi beberapa pesanan dan peringatan kepada ahli ahli parti Tinggalkanlah perjuangan kalau semata mata kerana individu Lupakanlah persengketaan sesama kita ...
5011 Ppim Sambut Baik Pengambilalihan Tol Kurangkan Beban Pengguna Sinar Harian 23 06 2019

5011 Ppim Sambut Baik Pengambilalihan Tol Kurangkan Beban Pengguna Sinar Harian 23 06 2019

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 384 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyambut baik usaha kerajaan untuk mengambil alih empat konsesi lebuh raya bertol yang akan memberikan kesan positif kepada pengguna terutama dalam meringankan beban kos sara hidup Ketua Aktivisn...
5009 Pencemaran Gas Ppim Kesal Kejadian Berulang Sinar Harian 21 06 2019

5009 Pencemaran Gas Ppim Kesal Kejadian Berulang Sinar Harian 21 06 2019

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 296 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyatakan bantahan terhadap pihak berkuasa ekoran insiden pencemaran gas yang melanda di Pasir Gudang semalam Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata pihaknya amat kesal dengan kejadian kali ini ...
5021 Sindiket Penipuan Pelaburan Kembali Berleluasa Sidang Media Ppim 27 06 2019

5021 Sindiket Penipuan Pelaburan Kembali Berleluasa Sidang Media Ppim 27 06 2019

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 435 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia amat bimbang dengan sindiket penipuan pelaburan yang masih berleluasa PPIM masih menerima aduan dari mangsa seluruh Malaysia terutama di bahagian pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak Menurut Ketua Aktivis P...
Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 25 Jun 2019

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 25 Jun 2019

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 264 hits
Gambaran Keseluruhan Pasangan mata wang EUR USD meneruskan pergerakan ke atas dari tahap 1 1371 Semalam pasangan mata wang tersebut melakukan pergerakan menaik dari tahap 1 1324 ke atas sekitar 1 1420 Hari ini paras rintangan pertama diliha...
Kemaskini S Pay Global Tukar Telefon Username Password Baru

Cerita Makan Kedai Tomyam Hujung Minggu Di Melaka

Belanja Makan Hujung Tahun Di Damas Arabic Restaurant Penang

Man With Flail Right Arm Awarded Rm850 000 For Medical Negligence

Filem Abah Saya Uncle Mike

Reka Bentuk Kotak Kreatif Untuk Hari Perayaan Panduan Praktikal

Perkeso Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2024 A Must Have For Every Housewife

Importance Of Good Manners In Life


echo '';
Siapa Ezwan Zain Ini Biodata Lelaki Yang Didakwa Sebagai Mr E Kekasih Baru Erra Fazira

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Wanita Maut Jatuh Tingkat 23 Kondominium

Imam Abu Hanifah Sisih Jawatan Demi Tolak Kezaliman

Adakah Blog Dan Domain Sendiri Masih Berbaloi Di Tahun 2025

Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2024