5009 Pencemaran Gas Ppim Kesal Kejadian Berulang Sinar Harian 21 06 2019



SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyatakan bantahan terhadap pihak berkuasa ekoran insiden pencemaran gas yang melanda di Pasir Gudang semalam.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, pihaknya amat kesal dengan kejadian kali ini kerana ia menunjukkan kerajaan tidak ambil serius kejadian sebelum ini.
"Bantahan kami terhadap pihak berwajib negeri dan Persekutuan kerana dianggap gagal dalam menjaga keselamatan pengguna khususnya penduduk Pasir Gudang," katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.
Katanya, pihaknya turut mendesak kerajaan negeri dan Pusat memberi penjelasan bagaimana perkara pencemaran udara itu boleh berulang.
"Sampai bila penduduk harus hidup dalam keadaan begini, apa yang telah dilakukan oleh pihak berwajib dan bagaimana ia boleh berulang.
"Semua pihak berwajib bertanggungjawab atas apa yang berlaku kali ini, jika dahulu mereka menyalahkan kilang-kilang yang tidak bertanggungjawab, kali ini di mana mereka?
"Mengapa tiada pemantauan berkala dan adakah mereka hanya menjadi bahan ketawa oleh pelaku-pelaku ini sehingga pencemaran berlaku di kawasan yang sama," katanya.
Menurutnya, pihak berkuasa perlu mengadakan lebih pemantauan berkala bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.
"Sejak kejadian pertama pada bulan Mac tahun ini, PPIM masih mendapat aduan terdapat mangsa yang masih mengalami komplikasi perubatan.
"Kini dengan kejadian kembali berulang, kami amat bimbang dengan tahap keselamatan penduduk di sana," katanya.
Jelasnya, selain risiko masalah kesihatan jangka pendek, kejadian pencemaran gas beracun itu juga dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan dan kualiti hidup penduduk dalam jangka masa panjang.
Terdahulu, kejadian yang merupakan kali kedua tahun ini dan melibatkan 15 pelajar sekolah termasuk lima yang dikejarkan ke hospital.
Mereka merupakan pelajar Sekolah Agama Taman Mawar, kira-kira tujuh kilometer dari Sungai Kim Kim yang dicemari toksik Mac lalu.
Pelajar yang terlibat dilaporkan mengalami gejala sesak nafas dan muntah dengan lima daripada mereka dihantar ke hospital petang semalam, dipercayai akibat pencemaran udara.
Sungai Kim Kim yang dicemari toksik pada 7 Mac lalu menjejaskan hampir 6,000 penduduk termasuk pelajar sekolah sehingga 111 sekolah di Pasir Gudang, dekat sini, diarahkan ditutup sementara.
Sebanyak 900 tan tanah tercemar bersama selut dan 1,500 tan air tercemar daripada dasar sungai berkenaan juga terpaksa dikumpul sebelum dilupuskan oleh kontraktor yang dilantik kerajaan.
Artikel oleh: Sinar Harian
PENCEMARAN GAS: PPIM KESAL KEJADIAN BERULANG ARTIKEL PENUH - SINAR HARIAN - 21/06/2019
https://www.sinarharian.com.my/article/33690/BERITA/Nasional/Pencemaran-gas-PPIM-kesal-kejadian-berulang

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/06/5009-pencemaran-gas-ppim-kesal-kejadian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5011 Ppim Sambut Baik Pengambilalihan Tol Kurangkan Beban Pengguna Sinar Harian 23 06 2019

5011 Ppim Sambut Baik Pengambilalihan Tol Kurangkan Beban Pengguna Sinar Harian 23 06 2019

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 476 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyambut baik usaha kerajaan untuk mengambil alih empat konsesi lebuh raya bertol yang akan memberikan kesan positif kepada pengguna terutama dalam meringankan beban kos sara hidup Ketua Aktivisn...
4988 Ppim Sedia Bantu Polis Banteras Judi Haram Sinar Harian 17 06 2019

4988 Ppim Sedia Bantu Polis Banteras Judi Haram Sinar Harian 17 06 2019

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 526 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyokong penuh komitmen Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador dalam membanteras jenayah judi di negara ini Ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya bersedia untuk berkongsi ...
5010 Pencemaran Udara Berulang Apa Tindakan Pihak Berkuasa 21 06 2019 Ismaweb 21 06 2019

5010 Pencemaran Udara Berulang Apa Tindakan Pihak Berkuasa 21 06 2019 Ismaweb 21 06 2019

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 569 hits
BANGI 17 Syawal 1440H Jumaat Persatuan Pengguna Islam Malaysia kesal dengan pihak berkuasa negeri dan Persekutuan susulan insiden pencemaran gas yang berlaku di Pasir Gudang Johor semalam Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata kejadian...
5008 Ppim Bantah Kerajaan Susulan Pencemaran Udara Di Pasir Gudang Malaysia Gazette 21 06 2019

5008 Ppim Bantah Kerajaan Susulan Pencemaran Udara Di Pasir Gudang Malaysia Gazette 21 06 2019

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 815 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyatakan bantahan terhadap pihak berkuasa ekoran insiden pencemaran gas yang melanda di Pasir Gudang semalam Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya amat kesal dengan kejadian ...
5012 Majikan Game Sampai Bankrap 72 Juta Tv Ppim 23 06 2019

5012 Majikan Game Sampai Bankrap 72 Juta Tv Ppim 23 06 2019

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 383 hits
Bankrap Bukan Penamat Hidup PPIM telah menerima ratusan aduan kebankrapan melibatkan nilai ratusan juta ringgit dan Alhamdullilah sebahagian aduan berjaya diselesaikan Donald Trump Walt Disney Stan Lee mereka juga antara individu yang perna...
5015 Majlis Sambutan Aidilfitri Tekun Nasional Ppim 24 06 2019

5015 Majlis Sambutan Aidilfitri Tekun Nasional Ppim 24 06 2019

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 877 hits
Toqqi hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Tekun Nasional Di majlis tersebut PPIM membincangkan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional Dato Adam Abd Ghani mengenai potensi program usahawan bekas banduan PPIM menerajui program usahawan...
5002 Mesyuarat Ppim Bersama Jabatan Penjara Dan Gisb Holdings Ppim 19 06 2019

5002 Mesyuarat Ppim Bersama Jabatan Penjara Dan Gisb Holdings Ppim 19 06 2019

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 608 hits
Mesyuarat PPIM bersama Jabatan Penjara dan GISB Holdings membincangkan peluang kedua untuk bekas banduan serta beberapa program akan datang yang dirancang dapat membantu golongan bekas banduan mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih ba...
Cara Semakan Baki Ptptn Online Tunggakan Terkini

Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Ph Sokong Pas Perintah Perlis Sampai Tamat Penggal

Si Kecil Diserang Asthma

Menantu Datuk Nikah Kahwin


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Cara Mohon Dulang Emas Di Negeri Kelantan Panduan Lengkap Terkini

Raikan 68 Tahun Legasi Warisan Dan Kecemerlangan Yu Ting Bersama Chef Martin Yan

Kenangan Annual Dinner Sekolah Dengan Tema Glitz N Glamz Yang Pasti Meletup

Target Simpanan 2026 Cara Tetapkan Matlamat Ikut Gaji

Tag Produk Fungsi Kepentingan Peranannya Dalam Branding

A Visual Timeline Of Moab S Landscape From Dawn To Dusk