Berkebun Di Rumah Tips Penjagaan Pokok Bunga Hydrangea
Sekarang satu dunia dilanda Pandemic Covid 19 dan ramai kena stay at home semasa PKPP dan PKPB ramai yang ambil langkah mengisi masa lapang dengan berkebun dan menanam pokok. Hobi ni sangat bagus sebab selain mneghijaukan bumi dan menambah kadar oksigen di rumah anda, kita juga dapat mengeluarkan peluh dan toxin dari badan. Bila layan pokok bunga ni memang boleh release sedikit stress dan tekanan.
Pernah dengar Bunga Hydrangea atau ada panggil Bunga Siti Zubaidah atau Bunga Kembang 3 Bulan. Di sesetengah negara dipanggil Hortensia ialah bunga yang sangat cantik dengan rimbunan bunga bunga kecilnya membentuk kelompok bulat besar. Bunga ni bila kembang akan tahan selama 3 bulan. Memang cantik jika bunga ni menghiasi taman atau laman rumah. Tapi ramai yang takut nak jaga pokok bunga ni yang katanya agak susah nak dijaga? Betul ke?
Bila sekarang kena jaga laman sebab emak pun dah tak berapa sihat, alang alang kena take over laman maka saya kini serius pula menanam pokok. Seronok pula tengok pokok yang disiram dan dibelai setiap hari naik bunganya, kembang, keluar pucuk baru dan semakin subur. Timbul kepuasan tengok hasil menjadi cantik depan mata. Disebabkan saya suka ke Cameron Highland, maka saya terapkan unsur-unsur seperti taman ala di Cameron kahkahkah!
Jadi wajibla ada pokok berbunga kan? Dan selain rose saya beli juga pokok Hydrangea. Mula saya beli ialah pokok tak ada bunga. Risau juga takut mati kalau beli yang berbunga mahal sikit dari yang tak ada bunga. Tapi selepas 2 minggu jaga pokok tu elok dan keluar putik bunga maka hati pun berbunga-bunga. Lantas saya terus ajak DH ke Cameron Highland sebab nak beli Hydrangea yang ada bunga terus! Ok jom lah saya share tips nak jaga pokok Hydrangea ni ya.
2 Jenis Hydrangea Di Malaysia - Bunga Siti Zubaidah
Ini pokok Hydrangea yang saya beli. Ada 2 jenis ya sebab bunganya lain sikit bentuk.
Bigleaf Hydrangea : Hydrangea macrophyllaBunganya sedikit tajam sebelah kelopak luar. Daun juga tajam dan sedikit runcing. Jenis ni selalunya tak tahan panas. Selalunya hidup subur di kawasan sejuk. Tapi jika nak tanam dikawasan bawah boleh je cuma jangan kena panas secara direct.
Smooth Hydrangea : Hydrangea arborescensJenis ni bunganya kecik sikit kelopak tapi bentuk kelopak bulat. Gugusannya pulak besar membulat. Warna sedikit lembut dan macam Hydrangea lain warnanya ikut tahap PH tanah. Cuma warnanya lembut tak berapa terang. Ada yang panggil bunga Hydrangea ni jenis kampung yang agak tahan lasak dan boleh tahan cuaca panas. Tapi tetap perlu disiram 2 kali sehari.
Tips Penjagaan Pokok Hydrangea
Kekerapan SiramanPerlu siram 2 kali sehari jika pokok ditanam dalam pasu. Air kena cukup kerana pokok ni daunya lebar dan jika ada bunga, bunganya banyak keluar sekaligus. Jadi perlukan air yang banyak untuk kekalkan kesegaran pokok.
Tempat Teduh Pokok ini janganlah letak di tempat cahaya matahari secara direct. Tapi letak dibawah porch atau kawasan berbumbung. Ianya juga perlu matahari sebab tumbuhan berbunga kan. Cuma tak boleh secara direct
Teknik SiramanDisebabkan daun pokok ni besar dan bunga juga besar maka jika siram tak betul dikhuatiri air tak betul kena akarnya. Sebab hari tu saya tengok pokok saya layu bunganya pada waktu petang sedangkan saya sudah pun siram pada waktu pagi. baru teringat saya siram dari atas sahaja dan air kena daun yang besar. Daun yang besar tu dah bawa air keluar dari pasu. Jadi akarnya tak kena air. Jadi pastikan siran terus air ke perdu pokok ya
PembajaanGuna apa sahaja baja bunga atau baja kopi yang sesuai tapi jangan terlalu banyak dan berlebihan. Teknik pembajaan juga penting. Jangan letak terus baja dekat dengan pokok. Sebaliknya letak di tepi pasu keliling pokok. Biar jauh dari akar pokok ya supaya akar tak terkejut terima nutrien. Adakalanya lebihan nutrien boleh mematikan pokok
Warna Bunga HydrangeaPokok Hydrangea ni sangat unik sebab bunganya mengikut keadaan PH tanah. Jika tanah berasid maka warnanya akan jadi Pink. Jika lebih beralkali wanan bunga akan jadi biru. Tapi jika warna putih maka sedikit susah nak ubah warnanya mungkin ambil masa bertahun. Warna ketika baru keluar ialah warna hijau muda. Warna ni akan perlahan lahan tukar kepada warna kekal apabila bunganya kembang habis dan matang
Jadi jika nak warna pink boleh perah sedikit limau pada tanah pokok dan jika nak warna biru boleh tabur sedikit kapur pertanian pada tanah pokok. Cuma jangan berlebihan ya kerana asid dan alkali berlebihan akan boleh menyebabkan pokok mati
Ini pokok yang saya bela dari belum berbunga. Sekarang dah keluar bunga dan saya berdebar nak tengok warna apa yang keluar. Harap harap soft pink! Ini ialah jenis smooth hydrangea
Ok dah Tips Penjagaan Pokok Bunga Hydrangea dan dah tahu cara nak jaga pokok hydrangea ni boleh lah cuba-cuba beli tanpa ragu-ragu dan takut ianya mati. Asalkan rajin menyiram dan belai pokok dengan kasih sayang!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.enyabdullah.com/2020/11/tips-pokok-hydrangea.html