5 Tanda Dan Kehebatan Malam Lailatulqadar Yang Perlu Anda Tahu


Hari ini, 19 Mei 2020 bersamaan 26 Ramadhan. Berbaki 4 hari lagi umat Islam akan menunaikan ibadah puasa sebelum menjelang Aidilfitri. Sedar tak sedar bulan Ramadhan bulan penuh dengan kemuliaan ini akan meninggalkan kita.
Sepuluh malam terakhir Ramadhan merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan tertentu. Terdapat satu malam, dalam 10 malam terakhir di bulan Ramadhan yang diyakini paling istimewa iaitu Malam Lailatul Qadar.
Malam Lailatul Qadar ini sering ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam setiap kali menjelang Ramadhan kerana malam ini merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat paling besar daripada Allah S.W.T.
“Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin  TuhanNya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.”
(Surah al-Qadr: 4-5)
Kelebihan Malam Qadar
Para ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Hal ini, berdasarkan nas yang terdahulu. Antara kelebihan malam ini ialah:
Dikatakan lebih baik daripada seribu bulan. Imam al-Qurtubi berkata: “Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar. Hal ini, disokong oleh Abu al-‘Aliyah. Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut. Imam Qurtubi berkata: “Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar. Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan. Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar. Al-Dahhaq berkata: “Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan. Sedangkan Mujahid berpendapat: “Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.” Lihat Tafsir al-Qurtubi 20/133. Waktu Atau Bilakah Berlakunya Lailatulqadar? Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadan, Baginda menghidupkan malam tersebut dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya.
Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan yang bermaksud: “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadan malebihi usahanya daripada malam-malam lain.”
Lailatulqadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil.” Adapun mereka yang menentukan malam Lailatulqadar ada banyak pendapat, antaranya:
Pertama:
Pendapat yang terkuat mengikut para ulama bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam 27 Ramadan. Hujah mereka amat banyak, antaranya:
Mengikut Abu Ka’ab katanya: “Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatulqadar jatuh dalam bulan Ramadan, manakala Lailatulqadar pula jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.” Daripada riwayat Muawiyah yang bermaksud: “Bahawa Nabi SAW telah bersabda bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam ke-27.” Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir (hia) yang kembalinya kepada Lailatulqadar. Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.Anhuma yang bermaksud: “Sesiapa yang mencari Lailatulqadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu Lailatulqadar pada malam yang ke-27.”  Kedua:
Pada malam 23 Ramadan. Inilah pendapat Imam Syafie. Inilah juga pendapat Malik, Ibn Khuzaimah, Abu Awanah dan al-Tahawi berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Carilah malam Qadar pada malam 23 Ramadan.”
Ketiga:
Pada malam 21 Ramadan. Inilah juga pendapat yang dipilih oleh Imam Shafie. Dia berdalilkan pada riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tuntutlah malam 17,21 dan 23 Ramadan.”
Keempat:
Pada malam 24 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Ibn Abbas bahawa Baginda SAW bersabda dalam Riwayat Muhammad bin Nasr Ahmad daripada Bilal dan al-Tayalisi :
Maksudnya: “Carilah malam Lailatulqadar pada malam 24 Ramadan.”
Kelima:
Pada malam akhir Ramadan. Hal ini berdasarkan hadis Muawiyah RA bahawa Nabi SAW bersabda dalam Riwayat Ibn Nasr:
Maksudnya: “Carilah malam Qadar pada akhir malam Ramadan.”
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Berdasarkan perbincangan di atas, jelas menunjukkan kepada kita betapa mulia dan agungnya malam Lailatulqadar sehingga melebihi daripada 1000 bulan. Justeru, hendaklah kita lakukan amalan ibadat dengan bersungguh-sungguh tanpa sebarang pengabaian. Isikanlah dengan qiamullail, bacaan al-Quran, zikrullah, munajat dan doa. Terutamanya doa keampunan dan kerahmatan daripada-Nya.
Kami nyatakan di sini bagaimana Rasulullah SAW dan salaf as-soleh beribadat:
Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya: Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW apabila masuk pada sepuluh akhir (Ramadan), Baginda SAW akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya (menjauhi daripada melakukan hubungan seksual dengan isteri-isterinya)”
Riwayat Muslim: 2015
Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:
Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW berusaha bersungguh-sungguh (beribadah) pada sepuluh akhir (Ramadan) melebihi kesungguhannya pada bulan-bulan yang lain”
Riwayat Ahmad
Imam Sufyan al-Thauri Rahimahullah berkata: Maksudnya: “Apabila masuknya sepuluh akhir Ramadan, aku lebih suka untuk melakukan tahajjud pada waktu malam dan bersungguh-sungguh melakukannya. Sufyan al-Thauri Rahimahullah juga akan mengejutkan ahli keluarganya untuk mendirikan solat seandainya mereka mampu melakukannya.” Lihat Lathaif al-Maarif (hal. 160).
Paling kurang pastikan solat fardhu kita dilakukan secara berjemaah.
Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah menyatakan. Sebahagian ulama mazhab Syafie menakalkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma bahawa: Maksudnya: “Menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat ‘Isya’ secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah jua. Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata:
Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan malam itu. Begitu jualah yang dikatakan oleh Imam asy-Syafie rahimahullah dalam pendapat lamanya: Sesiapa yang mendirikan solat Isya’ dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh kebaikannya.” Lihat Lathaif al-Maarif (hal. 159).
Semoga kita semua meraih malam Lailatulqadar. Amin.
Rujukan 
[1] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 2015. Dicapai dari Bayan Linnas Lailatul Qadar, Carilah pada 20 Mei 2019


The post 5 Tanda Dan ‘Kehebatan’ Malam Lailatulqadar Yang Perlu Anda Tahu appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/tanda-dan-kehebatan-malam-lailatulqadar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar

Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 740 hits
Pejam celik dah masuk ramadhan yang ke 13 dah kita semua Semoga kita semua terus istiqamah dalam menjalani ibadah puasa walaupun raya tahun ni kita semua dok umah jer Raya tetap raya kan cuma dalam keadaan sekarang pikir2kan sendiri cara ba...
Malam 10 Terakhir Ramadhan Dan Lailatulqadar

Malam 10 Terakhir Ramadhan Dan Lailatulqadar

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 558 hits
Bismillahirrahmanirrahim Lagi beberapa hari kita akan masuk ke 10 hari terakhir Ramadhan Kareem dan yang paling istimewa ialah Anugerah yang Allah SWT sediakan untuk kita iaitu malam Lailatulqadar pada salah satu malam dalam 10 malam terakh...
Telefilem Khas Ramadhan 10 Malam Terakhir 16 Mei 2020 Jam 8 00 Malam Di Saluran Tv Okey Rtm

Telefilem Khas Ramadhan 10 Malam Terakhir 16 Mei 2020 Jam 8 00 Malam Di Saluran Tv Okey Rtm

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 1158 hits
Telefilem khas Ramadhan 10 Malam Terakhir 16 Mei 2020 jam 8 00 malam di saluran TV Okey RTM Lakonan Syafie Naswip Aedy Ashraf Liyana Jasmay Nik Adam Mika Laila Nasir Bohari Ibrahim Saidi Sabri Amirulhafiz
Serbuan Ke Rumah Najib Malam Ramadan 2018 Keterlaluan

Serbuan Ke Rumah Najib Malam Ramadan 2018 Keterlaluan

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 292 hits
MALAYSIAKINIMengenang detik detik penggeledahan rumah bekas perdana menteri pada malam pertama Ramadan 2018 bekas pengawal peribadi kepada Najib Razak berkata sebagai anggota polis tindakan itu dilihatnya keterlaluan Sub Inspektor Alias Yah...
10 Malam Terakhir

10 Malam Terakhir

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 831 hits
Nantikan tayangan telefilem khas Ramadhan 10 Malam Terakhir arahan Sabri Yunus pada 16 Mei 2020 jam 8 00 malam di saluran TV Okey RTM JUDUL 10 MALAM TERAKHIRWAKTU SIARAN Sabtu 16 Mei 2020 8 00 malam SIARAN TV Okey PENULIS SKRIP Sabri Yunus ...
Boleh Jual Colek Hingga 10 Malam Mulai Esok Mb Kelantan

Boleh Jual Colek Hingga 10 Malam Mulai Esok Mb Kelantan

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 303 hits
KOTA BHARU Kedai makan di negeri ini dibenarkan beroperasi hingga jam 10 malam mulai esok berbanding sebelum ini dihadkan pada 6 30 petang Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kes...
Tekan Penularan Virus Corona Purbalingga Berlakukan Jam Malam

Tekan Penularan Virus Corona Purbalingga Berlakukan Jam Malam

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 312 hits
Bupati Purbalingga Dyah Hayuning Pratiwi mengatakan kasus positif di Purbalingga menjadi 46 kasus
Jadual Ibadat Kita Di 10 Malam Terakhir Ramadhan

Jadual Ibadat Kita Di 10 Malam Terakhir Ramadhan

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 1265 hits
Jadual Ibadat Kita Di 10 Malam Terakhir Ramadhan Insya Allah kita semua akan melalui 10 malam terakhir ramadhan tahun ini bersama sama Dengan orang yang tersayang bersama dengan anak anak dan juga keluarga tercinta Semoga kita semua di kurn...
Make Your Business Standout

Genting Malaysia Berhad Terima Anugerah Halal Champion Negeri Pahang Bagi Tahun 2024

Indonesian Architects Week In Kuala Lumpur 2024

Portal Berita Online Papua Tengah Wajah Baru Informasi Lokal Dengan Perspektif Global

Ambil Jubah Konvo Popular Di Media Sosial

A Comprehensive Guide To Marijuana Delivery In San Diego Quality And Transparency

Cara Buat Black Garlic Secara Homemade

Solat Kariah 16 Masjid Di Rembau Tak Sah Kerana Khatib Tertinggal Rukun Khutbah Jumaat


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Lupakan Sakit Hati Nikmatilah Hidup Dengan Gembira

Full Aircond Ruang Tamu Dan Bilik

Pantyhose Secret Wars Part One

Rahsia Buat Duit Dengan Template Canva

Interest Wells Fargo Savings

50 Unique Tattoo Name Ideas To Honor Loved Ones