Adakah Nama Nama Allah Swt Hanya 99 Nama Sahaja



SOALAN:
Adakah nama-nama Allah hanya 99 nama?

JAWAPAN:
Pada asasnya, nama-nama Allah SWT hanya diketahui melalui apa yang dikhabarkan oleh-Nya sendiri di dalam al-Quran atau melalui lisan Rasul-Nya. Nama-nama tersebut adalah bersifat tauqifiyyah.

Imam al-Nawawi menyebut: “Sesungguhnya nama-nama Allah itu bersifat tauqifiyyah, iaitu tidak boleh ditetapkan kecuali berdasarkan dalil-dalil sahih.” (Lihat: al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim Ibn al-Hajjaj, 7/188)

Dalam menjawab persoalan di atas, kami mulakan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, di mana Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ لِلَّهِ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ اسْمًا مِائَةً إِلا وَاحِدًا مَنْ أَحْصَاهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ
“Sesungguhnya Allah memiliki 99 nama, seratus kurang satu. Sesiapa yang menghitungnya, dia masuk syurga.” [Riwayat al-Bukhari (2736) dan Muslim (2677)]

Namun begitu, hadith ini tidaklah memaksudkan bahawa nama Allah SWT terhad kepada 99 nama sahaja. Imam al-Nawawi menjelaskan: “Ulama' bersepakat bahawa hadith ini tidak menunjukkan batasan jumlah nama-nama Allah. Tidaklah hadith ini bermaksud: Bahawa tiada nama lain selain daripada 99 nama ini. Sesungguhnya maksud hadith ini ialah jika seseorang melakukan ihsa’ (beriman, meyakini dan beramal) dengan 99 nama ini, maka dia akan masuk syurga.” (Lihat: al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim Ibn al-Hajjaj, 9/39)

Berkenaan makna ‘أَحْصَاهَا’, secara ringkasnya, kami berpendapat ia dengan maksud beriman dan meyakini serta beramal.

Sesungguhnya nama-nama Allah SWT tidaklah terbatas bilangannya. Terdapat nama-nama yang Dia rahsiakan dalam ilmu ghaib-Nya. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Rasulullah SAW bersabda:

“Tidaklah apa-apa masalah atau kesedihan menimpa seseorang, lalu orang itu membaca:

اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ ، وَابْنُ عَبْدِكَ ، وَابْنُ أَمَتِكَ ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ، أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي ، وَنُورَ صَدْرِي ، وَجِلَاءَ حُزْنِي ، وَذَهَابَ هَمِّي ،
Ya Allah, sesungguhnya aku hamba-Mu, anak kepada hamba-Mu, anak kepada hamba perempuan-Mu, ubun-ubunku di tangan-Mu, telah berlalunya keputusan-Mu, Engkau telah berlaku adil ke atasku dalam keputusan-Mu, aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama yang Engkau berikan pada diri-Mu, atau yang telah Engkau ajarkan kepada salah satu makhluk ciptaan-Mu, atau yang telah Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau yang telah Engkau rahsiakan dalam ilmu ghaib-Mu, (aku memohon kepada-Mu) untuk menjadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya di dadaku, penghilang kesedihanku, penghapus kesusahanku.

(Apabila seseorang membaca seperti ini) pasti Allah akan menghapuskan kesusahan dan kesedihannya, dan menjadikan untuknya jalan keluar.” Abdullah bin Mas’ud R.A bertanya: “Ya Rasulullah, perlukah aku mempelajari doa ini?” Baginda SAW menjawab: “Sudah pasti, sesiapa yang mendengarnya perlu mempelajarinya.” [Riwayat Ahmad (3583)]

Imam al-Khattabi dan selainnya berkata: “Ini menunjukkan bahawa Dia memiliki nama-nama yang Dia rahsiakan. Hal tersebut menunjukkan bahawa sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya Allah memiliki 99 nama, siapa yang membacanya masuk syurga”; bahawa Allah SWT memiliki 99 nama yang apabila ada seseorang yang mengamalkannya, maka dia akan masuk syurga. Sebagaimana seseorang berkata: “Saya memiliki wang seribu dirham yang saya sediakan untuk sedekah”, sedangkan wangnya lebih banyak daripada itu. Dan Allah SWT dalam Al-Quran berfirman, “وَلِلَّهِ الأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا” (Dan Allah memiliki nama-nama yang agung, maka berdoalah dengannya). Dia memerintahkan agar berdoa dengan nama-namanya yang mulia secara mutlak. Dia tidak mengatakan bahawa namanya cuma 99 nama.” (Dinukilkan dari kitab Majmu’ al-Fatawa, 22/282)

Ibn Qayyim pula menjelaskan: “Nama-nama Allah yang indah tidaklah terbatas bilangannya. Sesungguhnya Allah memiliki nama dan sifat yang Dia rahsiakan dalam ilmu ghaib-Nya. Malaikat yang rapat dengan-Nya pun tidak mengetahui, tidak juga para Nabi yang diutuskan, sebagaimana dalam hadith (riwayat Ahmad di atas). Dia telah menjadikan namanya kepada tiga bahagian:

Nama yang Dia berikan kepada diri-Nya dan Dia menzahirkan hal itu kepada sesiapa yang Dia kehendaki daripada malaikat-Nya, dan selain mereka tetapi Dia tidak menyatakannya di dalam kitab-Nya.Nama yang Dia turunkan dalam kitab-Nya untuk mengenalkan-Nya kepada hamba-hamba-Nya, dan;Nama-nama yang Dia rahsiakan pada ilmu ghaib-Nya dan tidak diketahui oleh satu makhluk pun.
(Lihat: Badai’ al-Fawa’id, hlm. 176)

Oleh itu, daripada nas dan kenyataan di atas, jelas bahawa nama Allah SWT tidaklah terbatas kepada 99 nama tersebut sahaja. Sesungguhnya nama-nama Allah SWT amat tidak terbatas bilangannya.

Terdapat nama-nama yang Allah SWT zahirkan sehingga boleh diketahui, dan terdapat pula nama-nama lain yang Dia tidak nyatakan dan dirahsiakan pada ilmu ghaib-Nya sehingga mahkluk-makhluk tidak mengetahuinya.

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita ilmu dan kefahaman dalam mengamalkan segala titah perintah-Nya. Amin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/adakah-nama-nama-allah-swt-hanya-99.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Atm Bukan Kerana Nama Hanya Kerana Allah Subhanahu Wa Ta Ala Pengorbanan Dan Keberanian Tak Terdendang 9737

Atm Bukan Kerana Nama Hanya Kerana Allah Subhanahu Wa Ta Ala Pengorbanan Dan Keberanian Tak Terdendang 9737

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 513 hits
BLACK OPS THE MALAYSIAN CONNECTION DI AFGHANSEPTEMBER 3 2012 BY ADMIN 986 COMMENTSArtikel ini ditujukan kepada semua Unsung Hero mereka yang mengorbankan diri untuk bangsa agama dan negara tanpa mengambil kira upah pingat kepentingan negeri...
Sikat Rambut Potong Kuku Suami Allah Swt Janjikan Ganjaran Terbesar Buat Isteri

Sikat Rambut Potong Kuku Suami Allah Swt Janjikan Ganjaran Terbesar Buat Isteri

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 261 hits
Untuk seorang isteri memenangi hati suami sebenarnya tidaklah susah Kadang kadang suami tidak kisah pun bentuk fizikal isteri yang dia inginkan hanya seorang isteri yang menyayangi serta memanjakannya Suami ni kalau diikutkan kalau manja le...
Kelebihan Dan Kebaikan Zikir Yang Dijanjikan Allah Swt

Kelebihan Dan Kebaikan Zikir Yang Dijanjikan Allah Swt

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 683 hits
Zikir bukan hanya boleh dilakukan ketika selesai menunaikan solat tetapi ia boleh dibuat pada bila bila masa dan ketika Walaupun kita sibuk dengan berbagai aktiviti harian ia tidak bermakna tiada peluang untuk kita berzikir Sebenarnya zikir...
Kfc Buat Promo 2 Snack Plate Kombo Hanya Rm20 Sahaja

Kfc Buat Promo 2 Snack Plate Kombo Hanya Rm20 Sahaja

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 783 hits
Guys KFC buat promosi awesome lagi guys Promosi istimewa 20 2 2020 Beli 2 Combo Snack Plate Hanya RM20 sahaja Promosi ni sehari je tau Hari Khamis minggu depan ni memang kena pergi makan KFC lah guys Tarikh cantik tu 20 2 2020 Promosi bermu...
Gunung Jerai Akan Keluar Api Sekiranya Manusia Melakukan Perkara Yang Di Larang Oleh Allah Swt

Gunung Jerai Akan Keluar Api Sekiranya Manusia Melakukan Perkara Yang Di Larang Oleh Allah Swt

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 307 hits
Tragedi letusan Gunung berapi mengingatkan kepada kita semua tentang bala kemusnahan yang telah di berikan kepada manusia yang tidak sedarkan diri dan ditimpakan ke atas kaum kaum yang melampaui batas Saksikan video dokumentari kemusnahan K...
Hati Ini Rindu Sangat Sangat Hanya Demam Biasa Allah Pinjamkan Baby Na 5 Bulan

Hati Ini Rindu Sangat Sangat Hanya Demam Biasa Allah Pinjamkan Baby Na 5 Bulan

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 393 hits
Anak yang dilahirkan sihat dan normal dengan berat 3 05 kilogram hanya sempat 5 bulan saja bersama keluarga Itu janji Allah Mulanya hanya demam saja siapa sangka ia menjadi asbab untuk anak ini bertemu pencipta Nya Menurut pemergian Putri Q...
Hanya Ingat Mati Dan Allah Lelaki Ini Diserang Perusuh Kerana Berjubah Berjanggut Dan Pakai Serban Di India

Hanya Ingat Mati Dan Allah Lelaki Ini Diserang Perusuh Kerana Berjubah Berjanggut Dan Pakai Serban Di India

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 299 hits
Susulan daripada pergolakan yang berlaku sekarang di New Delhi melibatkan orang Muslim sangat sengsara Penduduk Muslim di sana dalam keadaan huru hara dipercayai akibat rusuhan daripada kaum Hindu yang tidak berpuas hati Sehingga semalam ha...
Dalam Keadaan Sekarang Dan Urgent Hanya Anwar Atau Najib Sahaja Yg Paling Sesuai Uruskan Negara

Dalam Keadaan Sekarang Dan Urgent Hanya Anwar Atau Najib Sahaja Yg Paling Sesuai Uruskan Negara

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 386 hits
Tidak boleh letak orang lain untuk trial and error Kecuali Mahathir sekadar jadi pemerhati dan mengasingkan diri Biar Muhyiddin dan BERSATU mencari MP dan parti yang boleh bekerjasama membentuk kerajaan baru sekaligus menafikan Anwar dan PH
Jodoh Di Tangan Allah Swt

Jodoh Di Tangan Allah Swt

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 206 hits
Ikhtiar untuk menemukan jodoh anda Khusus hanya untuk yang siap nikah tidak pakai pacaran Siapakah jodoh kita kapan waktunya tiba di mana akan dipertemukan apakah ia benar benar orang shaleh shalehah Semua itu rahasia Allah SWT Allah SWT me...
Saka Bapak Kau

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Movie Jangan Pandang Belakang 2

Samarinda Lara Kasih

Daging Goreng Belengas

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk