5 Sebab Mengapa Anda Perlu Berbuka Puasa Di Surau Masjid


By : Mohd Firdaus Mat Saad

Assalamualaikum,

Saya doakan Allah melapangkan segala urusan anda, dunia dan akhirat. Amin.

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah, Allah pilih kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan tahun ini.


Ia satu bulan yang penuh keberkatan, bulan yang pernuh dengan pengampunan, bulan yang Allah tawarkan pelbagai ganjaran buat hamba hamba Nya yang mengambil peluang.

Di Malaysia, banyak masjid dan surau mengadakan majlis berbuka puasa beramai ramai yang ditaja oleh individu atau pihak surau dan masjid sendiri.

Malangnya, tak ramai yang mengambil peluang untuk berbuka puasa di surau dan di masjid.

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Berbuka Puasa Di Surau / Masjid

1. Waktu sebelum berbuka adalah waktu yang SANGAT MUSTAJAB DOANYA. Malangnya, ramai orang Islam waktu ini sibuk dengan pelbagai perkara sehingga terlepas berdoa pada waktu ini.

Para lelaki sibuk ke pasar Ramadhan untuk membeli makanan. Para wanita sibuk menyediakan juadah berbuka di rumah.

Kesannya, kesian sangat. Kita tak memperbanyakkan doa. Sedangkan itu adalah PELUANG UNTUK DOA KITA ALLAH DENGAR.

Kalau selama ini doa kita kurang mustajab, ini lah masanya.

Berbukalah puasa di surau. Gunakan waktu sebelum berbuka itu untuk anda FOKUS BERDOA SEPENUHNYA.

2. Makan diberikan PERCUMA.

Di surau, pelbagai makanan disediakan setiap hari. Berdasarkan pengalaman saya, makanan yang mereka sediakan Insya Allah cukup dan mengenyangkan.

Bayangkan, jika anda masak sendiri di rumah. Kos mungkin RM7 untuk seorang. Jika anda masak untuk 6 orang. Anda akan keluarkan kos sebanyak RM42 setiap hari.

Sebulan, perbelanjaan ini sahaja sudah RM1200.

Jika anda setiap hari ke surau atau masjid untuk berbuka puasa, anda boleh jimat terlalu banyak duit untuk bulan Ramadhan ini.

Di surau atau masjid, ada makanan, ada pelbagai jenis kuih, ada pelbagai jenis air. Tak perlu dah nak beli di pasar Ramadhan. Tinggal nak pilih dan makan sahaja.


Tradisi surau saya, majlis berbuka puasa diadakan setiap tahun sepanjang Ramadhan
3. Solat Maghrib Berjemaah.

Jika kita berbuka di surau dan masjid. Kita akan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di surau. Jika di rumah, kita mungkin akan solat bersendirian.

Mungkin ada di antara kita yang kurang menunaikan solat berjemaah sebelum ini. Jadikan ia peluang untuk anda dan keluarga membiasakan diri dengan surau.

4. Tak perlu bersusah payah. 

Di surau dan di masjid, anda hanya perlu bawa diri sahaja. Jika ada rezeki lebih, bawalah seketul dua kuih untuk dikongsi dengan rakan sebelah.

Berdasarkan pengalaman saya, jika ke surau dan masjid. Kita hanya perlu duduk sahaja. Kemudian sertai Jemaah bertahlil dan berdoa.

Di 10 minit terakhir sebelum berbuka, anda boleh duduk diam diam. Fokus 100% dan berdoalah apa yang anda hajatkan. Tak perlu bersusah payah nak berhidang.

Semuanya sudah disediakan. Anda tidak penat dan boleh berehat pada waktu ini. Yang paling best, dah habis makan. Tak perlu nak berkemas dan nak basuh pinggan. Kalau di rumah, lepas makan nak kena kemas dan cuci pinggan pula.

Para suami, bawalah isteri dan anak anda ke surau dan masjid berhampiran. Bagi peluang isteri anda berehat pada bulan Ramadhan tahun ini.


Majlis berbuka puasa hari pertama di surau saya hari Isnin lepas. Ramai yang hadir. Sekitar 110 orang. Untuk level surau kampung, dah kira Alhamdulillah kehadiran macam ni


Jemaah wanita pun turut hadir memeriahkan surau. Kami pesan, bawa saja anak anak dan cucu cucu mai ke surau

5. Boleh latih anak mendekati surau dan masjid.

Jika anda nak ajar anak anda solat berjemaah, ini lah masanya. Mereka akan teruja untuk ke surau dan masjid kerana pada waktu ini ada banyak pilihan makanan.

Mereka ada kawan kawan lain yang mereka boleh bergaul dan main bersama.

Inilah peluang untuk mereka bersosial dan improve inter personal skil mereka.

Setiap kali Ramadhan, saya memang bawa keluarga saya ke surau dan masjid. Anak anak pun suka, segalanya mudah. Fawwaz yang umur 3 tahun pun saya angkut ke surau juga tahun lepas.

Nasihat saya buat semua, jom kita guna peluang ini untuk melakukan yang terbaik untuk Ramadhan kita.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdaus.com.my/2019/05/5-sebab-mengapa-anda-perlu-berbuka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Berbuka Puasa Di Surau

Majlis Berbuka Puasa Di Surau

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 607 hits
Assalamualaikum Di surau kami adakan majlis berbuka puasa setiap malam Ia PERCUMA Hari pertama kami jangka kehadiran 100 orang So makanan disediakan untuk 100 orang Kehadiran hari pertama Wanita dan kanak kanak pun ramai yang hadir Tapi yan...
Menu Bersahur Atau Berbuka Puasa Resepi Sup Telur

Menu Bersahur Atau Berbuka Puasa Resepi Sup Telur

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 1751 hits
Menu Bersahur Atau Berbuka Puasa Resepi Sup Telur Salam Ramadan buat semua masuk bulan Ramadan ni memang ramailah yang pening dok pikir nak masak apa untuk bersahur mahu pun berbuka puasa nanti Okey aku share satu resepi yang mudah dan cepa...
Berbuka Puasa Dengan Roti Jala Lembut Sedap Dan Kari Kaki Ayam

Berbuka Puasa Dengan Roti Jala Lembut Sedap Dan Kari Kaki Ayam

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 1191 hits
Berbuka Puasa Dengan Roti Jala Lembut Sedap Dan Kari Kaki Ayam Kalau anda tak pernah lagi makan kari kaki ayam mehlah cuba Saya pun dulu tak suka tapi sejak makan roti jala dengan kuah kari kaki ayam sedap rupanya Lepas tu kaki ayam masak s...
Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Selangor 2019

Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Selangor 2019

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 445 hits
JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1440H 2019M BAGI SELURUH NEGERI SELANGOR Mama perasan ramai yang masuk blog Ni hari ini kerana nak melihat Waktu Berbuka Puasa bagi Negeri Selangor Kasihan pula data yang mama Ada cuma tahun lepas ...
Resepi Ayam Ungkep Sempena Bulan Puasa Ni Cari Cari Idea Nak Masak Apa Untuk Berbuka

Resepi Ayam Ungkep Sempena Bulan Puasa Ni Cari Cari Idea Nak Masak Apa Untuk Berbuka

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 1089 hits
Resepi Ayam Ungkep Bahan Resepi Ayam Ungkep Jawa 1 ekor ayam 1 batang serai diketuk 1 keping asam keeping 3 helai daun limau purut Sedikit air 2 senduk minyak masak Garam dan gula secukup rasa 1 sudu makan jintan putih ditumbuk 1 sudu makan...
Pakej Berbuka Puasa Di Hotel Copthorne Kea Farm Cameron Highlands 2019

Pakej Berbuka Puasa Di Hotel Copthorne Kea Farm Cameron Highlands 2019

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 1413 hits
Sejak lebih 7 tahun Hotel Copthorne menawarkan pakej berbuka puasa setiap hari kecuali Isnin Tahun ini mereka menawarkan pakej bermula dari RM 50 bagi dewasa dan rm 25 bagi kanak kanak Tempahan awal akan mendapat harga istimewa bermula Rm 3...
Cara Membuat Salad Buah Segar Yang Enak Untuk Berbuka Puasa

Cara Membuat Salad Buah Segar Yang Enak Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 544 hits
Cara membuat salad buah segar yang enak untuk berbuka puasa Mau yang legit dengan saus mayo atau salad buah sehat degan greek yoghurt yang rendah kalori
Hukum Menjemput Non Muslim Berbuka Puasa

Hukum Menjemput Non Muslim Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 441 hits
Non Muslim adalah sebahagian daripada ummah siyasiyyah yang membentuk satu kerangka bagi sebuah ummah disamping adanya Muslim sebagai ummah diniyyah Konsep ini telah dibentuk oleh Rasulullah SAW melalui Sahifah Madinah yang dibentangkannya ...
Villa Istana Melaka Tempat Terbaik Untuk Berbuka Puasa Di Melaka

Villa Istana Melaka Tempat Terbaik Untuk Berbuka Puasa Di Melaka

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 1095 hits
Assalmualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai bufet ramadan di...
The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Consultant

Cara Cuci Kerang


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar

Controloc Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan