Hukum Menjemput Non Muslim Berbuka Puasa



Non-Muslim adalah sebahagian daripada ummah siyasiyyah (political community) yang membentuk satu kerangka bagi sebuah ummah (nation) disamping adanya Muslim sebagai ummah diniyyah (religious community). Konsep ini telah dibentuk oleh Rasulullah SAW melalui Sahifah Madinah (Piagam Madinah) yang dibentangkannya.

Maka, secara asasnya non-Muslim adalah warganegara yang wajar menerima haknya untuk hidup dengan harmoni sepertimana dalam konteks Malaysia.

Firman Allah SWT:

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (8) إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (9)
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah al-Mumtahanah: 8-9)

Firman Allah SWT:

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَنْ كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا
“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.” (Surah al-Nisa’: 36)

Ketika membahaskan berkenaan konsep jiran dalam ayat di atas, Imam al-Qurtubi berkata: “Dengan ini, berlaku baik kepada jiran-jiran adalah digalakkan, samada mereka Muslim atau tidak. Ini adalah yang sahih. Bentuk perlakuan baik itu samada dalam bentuk membantu atau boleh jadi dalam bentuk berlaku baik, mengelakkan daripada ketidakselesaan dan berada di samping mereka.” (Tafsir al-Qurtubi, 5/179)


Amalan berbuka puasa perlu dilihat sebagai satu medium yang sangat baik bagi merapatkan hubungan kejiranan dan mahabbah tanpa mengira agama dan bangsa selain daripada memberi gambaran yang sebenar terhadap sifat keramahan Islam. Malah, bulan Ramadhan juga adalah satu bulan yang baik bagi kita menyemai sikap bantu-bantu dan berkongsi kesenangan terutamanya dengan mereka yang memerlukan. Jika dilihat di luar negara, majlis berbuka puasa yang dihadiri non-Muslim adalah perkara yang lazim dilakukan. Tokoh terkenal bukan Muslim seperti Justin Trudeau (Perdana Menteri Kanada), Barack Obama (mantan Presiden Amerika Syarikat), Lee Hsien Loong (Perdana Menteri Singapura) juga pernah menghadiri majlis berbuka puasa anjuran komuniti Muslim di tempat masing-masing.

Oleh itu, kami cenderung berpandangan hukum menjemput non-Muslim berbuka puasa adalah harus dan dibolehkan dalam Islam. Dalam masa yang sama, hendaklah dipelihara adab-adab dan nilai murni dalam majlis berbuka puasa tersebut. Selain itu, pihak yang menganjurkan majlis berbuka puasa boleh juga mengutamakan mereka yang fakir miskin dan anak yatim daripada kalangan Muslim dan bukan Muslim dalam jemputan berbuka puasa. Firman Allah SWT:

وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَى حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا
“Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan.” (Surah al-Insan: 8)

Memberi makan juga adalah dikira sebagai salah satu bentuk sedekah. Dalam hal memberi sedekah kepada non-Muslim, Imam al-Nawawi menyatakan:

يُسْتَحَبُّ أَنْ يَخُصَّ بِصَدَقَتِهِ الصُّلَحَاءَ وَأَهْلَ الْخَيْرِ وَأَهْلَ الْمُرُوءَاتِ وَالْحَاجَاتِ فَلَوْ تَصَدَّقَ عَلَى فَاسِقٍ أَوْ عَلَى كَافِرٍ مِنْ يَهُودِيٍّ أَوْ نَصْرَانِيٍّ أَوْ مَجُوسِيٍّ جَازَ وَكَانَ فِيهِ أَجْرٌ فِي الْجُمْلَةِ
“Dianjurkan agar sedekah itu diberikan kepada orang soleh, orang yang rajin melakukan kebaikan, menjaga kehormatan dan yang memerlukan. Namun jika ada orang yang bersedekah kepada orang fasik, atau orang kafir, di kalangan Yahudi, Nasrani, atau Majusi, hukumnya boleh dan baginya ganjaran pahala pada keseluruhan perbuatannya.” (al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 6/240)

Namun beberapa perkara harus diberi perhatian; lokasi berbuka puasa yang dipilih dan pakaian yang dikenakan haruslah bersesuaian. Manakala adab-adab berbuka puasa haruslah dijaga dan dipatuhi. Sebarang provokasi harus dielakkan, dan sebarang agenda yang tidak baik hendaklah dijauhi.

Semoga Allah memberikan kita kefahaman yang mendalam tentang agama dan menjadikan Malaysia sebuah negara berbilang agama dan bangsa yang kekal dalam keharmonian dan perpaduan.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/hukum-menjemput-non-muslim-berbuka-puasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berbuka Puasa Bersama Ketua Bahagian

Berbuka Puasa Bersama Ketua Bahagian

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 256 hits
SANDAKAN 8 Mei 8211 Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berbuka puasa bersama Ketua ketua UMNO Bahagian Zone 5 Sabah dan jentera PRK UMNO Sandakan di sini hari ini Beliau datang untuk memberi sokongan moral kepada rakan pembangk...
Phad Kra Phao Masakan Thailand Akhirnya Jadi Pilihan Berbuka Puasa

Phad Kra Phao Masakan Thailand Akhirnya Jadi Pilihan Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 526 hits
PHAD KRA PHAO Masakan Thailand Akhirnya Jadi Pilihan Berbuka PuasaTiber teringin nak makan PHAD KRA PHAO makanan thailand So jadi lah yang terpaling simple punye resepi nyummy
Puasa Di Balik Jeruji Ini Menu Berbuka Ratna Sarumpaet

Puasa Di Balik Jeruji Ini Menu Berbuka Ratna Sarumpaet

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 317 hits
Rencananya Ratna akan membawa tiga orang saksi meringankan Mereka yakni Dokter Spesialis Kedokteran Jiwa dr Fidiansjah Sp KJ Kemudian Ahli Pidana Prof Muzakir Terakhir Ahli IT Teguh Arifyadi
Sacc Convec Rai Anak Anak Yatim Asnaf Di Majlis Berbuka Puasa

Sacc Convec Rai Anak Anak Yatim Asnaf Di Majlis Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 434 hits
Kedatangan Ramadan bulan seribu rahmat setiap tahun amat di nanti nantikan umat Islam kerana di bulan ini Allah SWT mengurniakan pelbagai rahmatNya Umat Islam sama sama merebut berpeluang untuk melaksanakan pelbagai amal ibadat yang sunat d...
Majlis Berbuka Puasa Di Surau

Majlis Berbuka Puasa Di Surau

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 601 hits
Assalamualaikum Di surau kami adakan majlis berbuka puasa setiap malam Ia PERCUMA Hari pertama kami jangka kehadiran 100 orang So makanan disediakan untuk 100 orang Kehadiran hari pertama Wanita dan kanak kanak pun ramai yang hadir Tapi yan...
Resepi Roti Sardin Roll Untuk Berbuka Puasa

Resepi Roti Sardin Roll Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 1042 hits
Assalamualaikum Selamat Berpuasa Seri Wangi nak ucapkan kepada semua umat Islam selamat berpuasa di bulan Ramadhan dah masuk hari ke 3 kita berpuasa dan jangan lupa bersembahyang Tarawih Sejak Seri Wangi dah jadi suri rumah tangga sepenuh m...
Senarai Lokasi Berbuka Puasa Bagi Tahun 2019 Bersamaan Ramadan 1440 Hijriah

Senarai Lokasi Berbuka Puasa Bagi Tahun 2019 Bersamaan Ramadan 1440 Hijriah

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 784 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Seperti biasa setiap tahun Maha akan kumpulkan link link tempat untuk korang berbuka puasa Banyak Maha nampak tempat buka puasa yang menarik dengan...
Berbuka Puasa Dengan Daging Burung Unta Al Hamdulillah

Berbuka Puasa Dengan Daging Burung Unta Al Hamdulillah

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 354 hits
ISLAMABAD Badan kebajikan di Karachi menghidangkan menu unik kepada penduduk Islam bandar raya itu untuk berbuka puasa iaitu daging burung unta Daging burung unta mahal dan jarang dimakan di Pakistan dan dianggap eksotik di negara 208 juta ...
5 Sebab Mengapa Anda Perlu Berbuka Puasa Di Surau Masjid

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Berbuka Puasa Di Surau Masjid

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 545 hits
By Mohd Firdaus Mat SaadAssalamualaikum Saya doakan Allah melapangkan segala urusan anda dunia dan akhirat Amin Ramadhan datang lagi Alhamdulillah Allah pilih kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan tahun ini Ia satu bulan yang penuh keber...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui