Untuk makluman semua, Villa Istana Melaka terletak di Ayer Keroh, Melaka. Tempat ini juga pernah dijadikan lokasi set penggambaran dalam drama ‘Jodoh-Jodoh Annisa’ yang kini ditayangkan di Astro Prima. Selain tempatnya yang cantik dan ruang makan yang berhawa dingin, Villa Istana Melaka ini juga menyajikan sajian makanan bertaraf 5 bintang untuk bufet Ramadan sepanjang Bulan Ramadhan 2019 ini.
Kambing grill
Kemudahan
Menarik bukan? Selain itu juga, terdapat kemudahan yang boeh digunakan oleh para pengunjung tatkala berbuka puasa di sini. Villa Istana Melaka turut menyediakan ruang parking kereta yang luas, tandas awam, bilik solat khas yang dilengkapi dengan sejadah, selipar serta tempat wuduk agar para pelanggan dapat menunaikan solat Maghrib & Isyak dengan selesa selepas berbuka puasa.
Bilik penginapan ekslusif juga disediakan untuk pengunjung musafir yang ada urusan lanjut di Negeri Melaka Bandar Bersejarah.
Para tetamu juga akan didendangkan dengan persembahan hiburan islami dari Kumpulan Nasyid Unggul SaffOne yang akan menghiburkan para tetamu sepanjang bulan ramadhan ini.
Ruangan yang luas dan selesa untuk pengunjung yang berbuka di sini.
Harga
Harga nilai hebat yang ditawarkan adalah hanya RM45.00 untuk dewasa dan RM29.90 untuk kanak-kanak.
Ini antara tempat yang paling murah yang pernah saya tahu untuk tawaran berbuka puasa. Terbaiklah! Memang anda tak patut lepaskan peluang untuk berbuka di sini.
Oh! Lupa untuk saya maklumkan yang bufet Ramadan di Villa Istana Melaka ini berlangsung pada 6 Mei hingga 1 Jun 2019.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |