5 Resipi Lauk Pauk Rendah Garam Kebaikannya Terhadap Kesihatan
Berapa ramai di antara kita yang takut untuk menggunakan produk penambah perisa Monosodium Glutamat (MSG) seperti AJI-NO-MOTO®, dalam masakan kerana sering dimomokkan kesan negatifnya kepada kesihatan.
Antara mitos yang selalu kita dengar akibat menggunakan produk ini ialah kepala cepat botak, kepala pening, cepat berasa haus dan yang paling ditakuti ianya boleh menyebabkan kanser.
Namun tahukah anda, sebenarnya semua itu adalah tidak benar sama sekali!
MSG sebenarnya ialah asid glutamik atau glutamat (sejenis asid amino). Glutamat ini boleh didapati secara semulajadi dalam makanan berprotein seperti daging, sayur-sayuran, hasil ternakan dan susu.
Malah jika anda nak tahu, badan manusia pun ada menghasilkan glutamat dalam jumlah yang banyak. Otot, otak dan organ badan yang lain mengandungi lebih kurang empat paun glutamat.
Paling menarik, susu ibu pun kaya dengan glutamat, iaitu enam kali lebih tinggi jika dibandingkan dengan susu lembu!
Jadinya di sini, jangan cepat percaya dengan khabar angin yang belum tentu sahih. Umpama janganlah buang air dalam tempayan jika baru mendengar guruh di langit.
Sebenarnya, penggunaan AJI-NO-MOTO® di dalam makanan adalah lebih baik daripada garam sahaja. Ini kerana ia dapat mengurangkan pengambilan garam atau sodium dalam diet harian. Jika anda nak tahu, AJI-NO-MOTO® mengandungi hanya 12% sodium manakala garam mengandungi 39%. Menarik kan?
Jadi hentikan salah faham tentang mitos penggunaan AJI-NO-MOTO® kerana ia telah digunakan lebih dari 100 tahun dan ia juga merupakan salah satu bahan makanan yang paling selamat dah telah banyak dibuat kajian.
Yang penting, AJI-NO-MOTO® membantu mengurangkan penggunaan garam dalam masakan. Hanya sekadar ditambah sedikit sahaja bagi menambahkan kesedapan rasa dalam masakan dan mampu mengurangkan pengambilan sodium sebanyak 30% hingga 40%.
Masakan akan jadi lebih enak bila dimasak bersama AJI-NO-MOTO®. Ia memberikan rasa ‘umami’ iaitu rasa asas kelima selain daripada manis, masin, masam dan pahit.
Inilah faktanya kerana AJI-NO-MOTO® yang dihasilkan oleh Ajinomoto (Malaysia) Berhad adalah tulen dan ia dihasilkan daripada tebu atau ubi kayu melalui proses penapaian dan disahkan halal dari JAKIM.
Jom masak dengan menggunakan AJI-NO-MOTO® kerana ia membantu menjimatkan masa dan memudahkan kerja masakan anda.
Jadi nak masak menu apa agaknya ya? Jangan risau. 5 resipi di bawah boleh membantu anda tentang idea untuk masakan rendah garam yang mudah, sihat dan sedap hanya dengan menambah AJI-NO-MOTO®. Selamat mencuba!
1. AYAM REBUS KUAH TAUCU
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam 2 helai daun bay2 hiris halia1/2 sudu kecil garam1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®Air secukupnyaBAHAN KUAH:
2 sudu makan taucu1/2 sudu makan sos tiram1 sudu makan kicap manis1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®1/2 biji bawang Holland | dadu halus1 biji jus limau nipis2 ulas bawang putih | cincang halus2cm halia muda | hiris halus5 biji cili padi | hirisSedikit lada benggala | dadu halus1/2 sudu kecil gula jika perlu1/2 cawan air rebusan ayamCARA MEMASAK:
1. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama daun bay, halia, AJI-NO-MOTO® dan garam. Rebus selama 10-15 minit atau hingga isi ayam masak.
2. Angkat dan toskan isi ayam. Simpan 1/2 cawan air rebusan tadi.
3. Untuk menyediakan kuah, masukkan taucu ke dalam kuali.
4. Masukkan juga air rebusan ayam, sos tiram, kicap manis, bawang holland, bawang putih, halia, cili padi dan lada benggala. Masak guna api sederhana hingga kuah sedikit pekat.
5. Perasakan dengan jus limau nipis, AJI-NO-MOTO® serta gula jika perlu. Setelah cukup rasa, padamkan api.
6. Hiris isi ayam yang telah direbus tadi dan tuang kuah taucu. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Dengan AJI-NO-MOTO®, sebanyak 46% garam dapat dikurangkan dalam sajian ini.
2. BERLADO TEMPE TAUHU
BAHAN-BAHAN:
3 keping tauhu | dipotong dan digoreng2 paket tempe | dipotong dan digoreng300gm cili hijau2 ulas bawang putih4 biji bawang merah1 biji buah tomato hijau | ditumbuk1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®100gm minyak masakCARA MEMASAK:
1. Rebus cili hijau, bawang putih dan bawang merah sehingga layu. Tos dan tumbuk kasar-kasar.
2. Panaskan minyak masak di dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk tadi sehingga pecah minyak.
3. Selepas itu masukkan tomato, AJI-NO-MOTO® dan garam. Kacau sebati
4. Masukkan tempe dan tauhu. Gaul hingga rata.
5. Sedia dinikmati.
INFO: Dengan AJI-NO-MOTO®, sebanyak 34% garam dapat dikurangkan dalam sajian ini.
3. KERABU SEAFOOD THAI
BAHAN-BAHAN:
200gm udang | buang kulit200gm sotong | buang kulit & hiris bulat50gm suhun | rendam, celur dan tos1 biji limau nipis | ambil jus sahaja3 sudu makan sos cili Thai1 sudu makan kepingan cili kering1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®1/2 sudu kecil garam 1 sudu kecil gula perangBAHAN HIRIS:
3 batang serai4 helai daun limau purut1 biji tomato 1/2 cawan daun ketumbar Sedikit daun pudina 1 biji bawang besar1 biji cili merahCARA MEMASAK:
1. Campurkan sotong dan udang yang dibersihkan, gaulkan dengan jus limau.
2. Bersihkan, dan celur sekejap lebih kurang 1-2 minit dalam air mendidih.
3. Angkat dan tos.
4. Masukkan bahan seafood suhun yang telah dicelur bersama bahan hirisan lain.
5. Tambahkan sos cili Thai, kepingan cili, AJI-NO-MOTO®, gula perang, jus limau nipis dan garam.
6. Gaul rata, Salad sedia dihidangkan.
INFO: Dengan AJI-NO-MOTO®, sebanyak 13% garam dapat dikurangkan dalam sajian ini.
4. SUP BEBOLA IKAN, LEEK & CENDAWAN TIRAM
BAHAN-BAHAN
300gm bebola ikan1 batang leek | hiris150gm cendawan tiram | carikSedikit suhun | rendam3 ulas bawang putih | tumbuk 5 biji bawang merah | hiris3cm halia muda | hiris memanjang4-5 biji cili padi | titik1/2 sudu kecil garam1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®1 sudu kecil serbuk lada hitamAir secukupnyaCARA MEMASAK:
1. Masukkan air ke dalam periuk, renehkan guna api sederhana.
2. Masukkan bawang merah, halia, bawang putih dan cili padi.
3. Setelah air mendidih, masukkan bebola ikan, leek dan cendawan tiram. Biarkan mereneh hingga bebola ikan timbul.
4. Masukkan suhun dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan serbuk lada hitam.
5. Kacau sebentar dan sedia untuk dihidang.
INFO: Dengan AJI-NO-MOTO®, sebanyak 34% garam dapat dikurangkan dalam sajian ini.
5. DENDENG DAGING BERLADO
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus dan hiris nipis dan lebar10 biji cili merah8 biji bawang merah4 ulas bawang putih1 biji tomato | potong dadu1 batang serai |ketuk2cm haliaMinyak masak secukupnya1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®1/2 sudu kecil garam1/4 sudu kecil gulaSedikit air rebusan dagingCARA MEMASAK:
1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, tomato dan cili merah. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
4. Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan serai dan hirisan halia. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, sedikit garam dan gula jika perlu.
5. Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
6. Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.
INFO: Dengan AJI-NO-MOTO®, sebanyak 34% garam dapat dikurangkan dalam sajian ini.
The post 5 Resipi Lauk Pauk Rendah Garam & Kebaikannya Terhadap Kesihatan appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/09/5-resipi-lauk-pauk-rendah-garam.html