20 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Pembuka Selera
20 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Pembuka Selera. Dari dulu sampai sekarang, lauk pauk kampung tak pernah mengecewakan. Ada saja lauk sedap-sedap yang boleh bagi kita selera nak makan. Orang kata, tak jemu ditelan walau ada menu moden yang muncul sekarang ni. Betul tak?#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan
20 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Pembuka Selera. Dalam post pilihan kali ini, saya akan kongsi 20 gambar lauk pauk kampung yang sedap-sedap pembuka selera. Saja je bagi gambar agar kita bersemangat nak masak dan dapat idea baru nak masak lauk apa untuk family tersayang.
Lain-lain lauk pauk kampung yang tak ada dalam gambar tentulah asam pedas ikan merah style Johor, ayam masak kari, daging rendang kunyit dan banyak lagi. Bila saya lihat gambar-gambar lauk pauk masakan kampung ni, saya perasan.. semua lauk pauk simple dan kosnya murah. Orang kata, bukan terletak pada harga tetapi rasa dan suasana tu yang amat menggamit memori.
Baca juga:
1. Berapa lamakah makanan boleh hadam?? 2. Makan salad untuk diet sihat
20 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Pembuka Selera
1. Ikan masak singgang, sotong kembang masak sambal, ikan goreng dan ulam bendi rebus
2. Siput sedut lemak cili api, sambal belacan, ikan goreng dan ulam petai
3. Ikan goreng, telur masin, ulam-ulaman,
4. Ikan masak lemak belimbing buluh, ulaman peria, ikan goreng, bendi goreng telur
5. Tempoyak ikan patin, ikan goreng, kacang buncis goreng udang, ulaman
6. Ikan masak gulai, tumis kobis, telur dadar, sambal beacan, ulaman
7. Ikan goreng, ulam jantung pisang rebus, batang keladi masak asam, sambal belacan
8. Terung goreng berlada, sup tulang, ulam petai
9. Ikan kering, ayam goreng, ulam bendi rebus
10. Lemak labu, ayam goreng, petai bakar, sambal budu
11. Ikan selar masak singgang, petai bakar, sambal tumis, budu
12. Lemak labu dengan kacang panjang, ulaman, sambal belacan, tauge goreng udang, ikan goreng
13. Ulaman timun, masak lemak putih suhun dengan tauhu kering, ikan goreng, sambal ikan bilis petai
14. Telur masin, ikan goreng, sambal tumis petai, masak lemak cili padi ayam
15. Ayam goreng kunyit, tempe goreng, ikan masak kari, sambal tumis
16. Ikan asam pedas, sambal udang, ikan bawal goreng, tumis sayur bayam
17. Masak lemak ketam, telur masin, sambal udang petai, ikan goreng, ulaman
18. Ikan goreng, telur dadar, ikan masak singgang, budu, ulaman
19. Labu masak lemak putih, urap, lala masak lemak kuning, gulai nangka
20. Ketam goreng berlada, siput sedut masak lemak cili api, ulaman,
Okay tak idea menu lauk pauk kampung yang saya kongsikan di atas? Ada lauk pauk yang anda nak masak tapi tak ada dalam gambar? Tak apa.. masaklah ikut apa idea yang anda ada. Yang penting masak dengan ikhlas, pasti hasilnya sedap
Selamat memasak ya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.kisahresepi.com/2021/09/20-gambar-menu-lauk-pauk-kampung.html