5 Perkara Terawal Blogger Baru Perlu Buat
5 Perkara Terawal Untuk Blogger Baru Perlu Lakukan
Pertama - Sediakan Banyak Entri BerkualitiBila dah ada blog, perkara utama adalah menyediakan entri. Jangan fikir gadget atau widget lagi. Isi dulu ruangan dalam blog dengan entri-entri anda. Paling minima yang harus anda buat ialah sediakan 10 entri. Dah ada 10 entri, kemudian barulah kita pergi ke langkah kedua.
Kedua - Kemaskini Layout BlogBila dah ada entri, masa yang sesuai untuk mencantikkan blog anda, dan kemaskini layout yang ada. Buat masa ini, blog anda dah ada tapak sendiri dengan adanya 10 entri tersebut. So, kemungkinan nanti andai ada yang blogwalking dan tetiba terserempak dengan blog anda, mereka dah ada entri-entri yang boleh dibaca. Mencantikkan blog di sini bermaksud, memastikan susun atur widget atau apa jua yang ada di sidebar (sisi blog) adalah dalam keadaan teratur dan seragam. Dinasihatkan jangan tergesa-gesa letakkan widget2 buat duit .... sebab ia tak berbaloi lagi time ni.
Ketiga - Hanya Letak Widget Sesuai Untuk BlogLetakkan widget yang sesuai dengan blog anda. Buat permulaan jangan beratkan blog anda dengan widget yang tak perlu. Selaras dengan blog yang baru, maka tak perlulan letak widget popular post, comment widget tu semua lagi ...belum masanya lagi. Widget asas yang saya cadangkan ialah, list entri terkini, atau mungkin arkib entri - menunjukkan blog anda baru. Maksima disyorkan adalah 5, tak perlu lebih. Lagi sedikit, lagi bagus. Boleh juga letakkan pageviews dan Google+ Follower (angka membuktikan blog anda baru).
Keempat - Rekabentuk Header Blog Lebih BaikBila dah cukup entri, dah ada widget bersesuaian, maka reka cipta header yang lebih baik, mungkin pada permulaan anda tidak begitu serius dengan header anda, tetapi cubalah bermain dengan jenis-jenis font yang ada, kalau nak lebih kreatif, anda boleh buat header sendiri mengunakan beberapa software editing gambar yang ada.
Kelima - Perkenalkan Blog Kepada Dunia Blog MalaysiaHeader pun dah cantik, entri blog pun dah ada .... paparan pageviews dan followers pun dah ada (utk buktikan blog anda blog baru), listing entri2 anda pun dah ok, kemudian anda dah senaraikan blog atau webpage kegemaran anda (untuk pamerkan minat serupa dengan blogger lain). Maka, tibalah masanya anda perkenalkan blog anda ke dunia blogger.
Dengan adanya 5 perkara ini, saya boleh andaikan bahawa blog anda sudah cukup sedia untuk dipromosikan. Pastikan diri anda sebagai seorang blogger baru telah ikuti 5 panduan 5 perkara ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adajew.net/2019/06/5-perkara-terawal-blogger-baru-perlu.html