Piawai Baru Moral Di Malaysia Baru


Timmy Say
-June 17, 2019 9:00 AM


Skandal video seks sekali lagi menaikkan nama Malaysia. Pada 1998, seluruh negara diajar memahami erti liwat. Pada 2019, rakyat diajar menerima perkataan semburit.

Dalam mana-mana skandal video seks, perkara paling susah bukanlah membuktikan video itu palsu, walaupun ada pelakon kembar ataupun memahami teknologi terkini seperti “deepfake”.

Perkara paling susah ialah memalsukan benda yang sudah terang-terang betul. “Deepfake” bukanlah teknologi yang rumit. Perkara yang rumit adalah cuba memalsukan perkara yang betul.

Tapi dalam dunia politik, kebenaran tidak dapat mengatasi persepsi dan sikap berterus-terang lebih membahayakan diri daripada hipokrasi.

Contohnya, pihak yang meledakkan video seks akan muncul sebagai orang yang cuba menenangkan keadaan, manakala pihak yang mengaku terus-terang pula ditahan, sementara pihak yang menipu pula dibiarkan bebas bergerak.

Dalam skandal video seks ini, masyarakat umumnya terbahagi kepada 2 kumpulan besar dan 1 kumpulan kecil, iaitu kumpulan yang sudah menonton klip tersebut dan mempercayai video itu, kumpulan yang sudah menonton klip tersebut dan tidak mempercayai video itu, dan kumpulan yang tidak menonton klip tersebut.

Mereka yang dituduh terlibat dengan skandal ini akan hilang separuh keyakinan rakyat secara automatik. Oleh itu sewajarnya mereka yang dituduh itu bercuti atau berundur sehingga nama masing-masing dibersihkan.

Sekiranya perkara ini berlaku di Korea Selatan dan Jepun, sudah tentu pemimpin terlibat mengundur diri atas nama tanggungjawab, demi menjaga nama baik negara dan kerajaan berserta malu pada diri sendiri.

Tapi di Malaysia, mereka yang terlibat sama ada dulu atau kini, masih boleh bercita-cita menjadi perdana menteri.

Di Malaysia hari ini, segalanya boleh dinafi dan disangsi kerana kompas moral kerajaan dan rakyat sudah dirosakkan politik.

Masyarakat sudah boleh menerima pemegang sijil palsu dan penipu kelayakan akademik memegang jawatan tertinggi negara.

Masyarakat juga boleh menerima pimpinan kerajaan yang diragui moralnya.

Ini piawai baru masyarakat.

Golongan itu boleh dibiarkan bertakhta menjadi menteri, hatta perdana menteri sekalipun, tanpa sebarang protes besar.

Masyarakat dilihat seolah-olah merestui tindakan mengaibkan orang sebagai pencuri, perompak dan mengambil duit orang walaupun tanpa bukti mencukupi.

Tindakan menjatuhkan maruah dan keluarga orang dalam perkara yang melibatkan duit diterima secara meluas. Bukti separa, tulisan spekulasi di media sosial dan audio sudah cukup untuk buat rakyat percaya.

Ini berbeza dengan mengaibkan penipu sijil akademik, pembeli sijil akademik palsu dan pengkhianat kepada isteri dan keluarga sendiri. Meskipun bukti di depan mata tidak dapat menipu minda, ini masih kurang direstui masyarakat.

Dalam situasi ini, bukti kertas dan video tidak boleh dipakai, malah disaran untuk diabaikan.

“Halal” lagi mereka yang terlibat dengan aktiviti ini untuk kekal berpangkat asalkan bos kata tidak bersalah. Apakah ini Malaysia Baru? Entahlah.

Di mana-mana negara, pemenang pilihan raya yang akan menentukan moral apakah yang boleh dipakai dan apakah yang boleh diterima.

Jika pemenang merasakan mereka yang boleh mengkhianati isteri dan keluarga tidak akan mengkhianati amanah rakyat dan duit rakyat, itu hak dan kuasa mereka; masyarakat perlu menerimanya.

Sekiranya ada yang mengadu, berpesanlah pada mereka untuk menerima Malaysia Baru yang haru biru ini.

Apakah Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dapat memperbetulkan kompas rakyat sebelum bersara?

Antara langkah penting selepas selesainya penyiasatan menyeluruh terhadap skandal video seks terbaru ialah Mahathir perlu memastikan mereka yang terlibat dengan penyebaran dan mereka yang terlibat dalam video itu tidak boleh mendekati kerusi perdana menteri walau apapun yang terjadi.

Sesungguhnya, mereka yang sanggup melancarkan serangan taraf terhina ini jauh lebih berbahaya daripada mereka yang terlibat dengan kegiatan tidak bermoral secara berahsia.

Meskipun begitu, kedua-dua pihak hilang kelayakan untuk berada dalam pasukan yang memimpin Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/06/piawai-baru-moral-di-malaysia-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Kini Berdepan Dengan Krisis Integriti Dan Krisis Moral Tuan Guru Haji Hadi Awang

Malaysia Kini Berdepan Dengan Krisis Integriti Dan Krisis Moral Tuan Guru Haji Hadi Awang

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 488 hits
Malaysia kini berdepan dengan krisis integriti dan krisis moral Islam mengajar kita berwaspada ketika datang suatu berita yang tidak pasti kesahihannya Islam juga mengajar kita untuk menjaga maruah diri dan saudara yang termasuk di dalam Ma...
Pelantikan Sprm Pm Sedar Beliau Pimpin Malaysia Baru Kata Hanipa

Pelantikan Sprm Pm Sedar Beliau Pimpin Malaysia Baru Kata Hanipa

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 286 hits
Pelantikan SPRM PM sedar beliau pimpin Malaysia Baru kata Hanipa Timbalan menteri undang undang itu juga yakin kerajaan PH tidak akan perlecehkan pandangan yang diberikan berhubung pelantikan Latheefa
Something Rotten In The State Of Malaysia Baru

Something Rotten In The State Of Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 226 hits
Something is rotten in the state of Denmark is what Marcellus an officer of the palace guard uttered in Shakespeare s Hamlet after the ghost of the dead king appears walking over the palace walls Denmark at the time was festering with moral...
Xiaomi Mi 9t Mungkin Berharga Rm1299 Di Malaysia

Xiaomi Mi 9t Mungkin Berharga Rm1299 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 316 hits
Xiaomi bakal melancarkan Mi 9T secara rasminya pada 20 Jun ini tetapi seperti kebiasaan kini penyenaraian Xiaomi Mi 9T telah pun tertiris di Lazada memperlihatkan ia akan berharga sekitar RM1299 di Malaysia Xiaomi Mi 9T hadir dengan skrin 6...
4992 Mudahkan Rakyat Buat Aduan Kegiatan Judi Utusan Malaysia 17 06 2019

4992 Mudahkan Rakyat Buat Aduan Kegiatan Judi Utusan Malaysia 17 06 2019

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 424 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia dan kerajaan digesa supaya mewujudkan pusat saluran maklumat bagi membolehkan rakat sertai kempen banteras judi haram Penyediaan pusat saluran maklumat itu juga supaya memudahkan data data butiran mereka t...
19 Senarai Finalis Pemenang Bachelor Of Malaysia 2019 Menggegar Sanubari

19 Senarai Finalis Pemenang Bachelor Of Malaysia 2019 Menggegar Sanubari

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 651 hits
Bachelor of Malaysia adalah pertandingan pencarian lelaki terkemuka di Malaysia yang mencari bakat dan bukan hanya penampilan dan fizikal yang terbaik tetapi juga personaliti dan pengetahuan yang hebat
Hari Raya Adalah Pemangkin Rakyat Malaysia Untuk Mengurangkan Sisa Makanan

Hari Raya Adalah Pemangkin Rakyat Malaysia Untuk Mengurangkan Sisa Makanan

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 585 hits
Carousell salah satu daripada pasar iklan baris terbesar dan paling pantas di dunia menjalankan kaji selidik dalam aplikasinya yang menarik seramai 1 724 responden mengumpul beberapa pandangan ke dalam pembersihan rumah tradisional atau mer...
Kanada Tidak Bercadang Untuk Ambil Semula Sisa Plastik Di Malaysia

Kanada Tidak Bercadang Untuk Ambil Semula Sisa Plastik Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 334 hits
Nampanya masalah pembuangan sisa plastik dari negara luar ke dalam negara kita masih belum selesai sepenuhnya apabila ada beberapa negara enggan mengambil semula sampah mereka Kanada merupakan antara negara yang tidak ingin menerima semula ...
Pos Malaysia Keluarkan Setem Variasi Asam Kesukaan Rakyat Malaysia

Pos Malaysia Keluarkan Setem Variasi Asam Kesukaan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 468 hits
KUALA LUMPUR Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan siri setem baharu yang memaparkan tiga variasi Asam yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia iaitu Asam Kelubi Asam Embang dan Asam Kandis Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Haidan Ab...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp